Sabtu, 29 November 2008

Kisah Bidong 19

Cerita yang dipaparkan ini merupakan e-mail yang dikirim oleh seorang lelaki Vietnam dari Belgium. Beliau pernah menetap di Kem Pelarian Galang Indonesia pada zaman remajanya. Mail ini diterima pada bulan Mei 2002.

Saya berumur tujuh tahun sewaktu meninggalkan Vietnam bersama emak saya, kakak saya dan seorang kawan emak. Kami bertolak pada waktu malam dalam tahun 1988. Jumlah kami seramai 49 orang menumpang sebuah bot yang kecil. Kami belayar selama lapan hari dan kehabisan makanan. Kami bernasib baik kerana kami bertemu dengan bot lain yang memberikan kami sedikit makanan dan air. Kami juga pernah dilanda ribut pada satu malam.
Setelah lapan hari berlayar kami mendarat di sebuah pulau yang dihuni oleh pasukan tentera. Kanak-kanak dan wanita dibenar menginap di dalam khemah mereka tetapi kaum lelaki dikehendaki berada di luar khemah. Kaum wanita disuruh memasak untuk kami dan mereka makan bersama-sama.Kami selalu tidak cukup makanan. Emak saya selalu makan nasi basi yang dibasuh dengan air laut supaya hilang rasa masamnya. Nasi yang baik diberikan kepada saya dan kakak. Selepas dua hari seorang perempuan iaitu ibu tekong bot meninggal.
Kemudian pasukan tentera di situ ingin menghantar kami ke laut. Kami merayu agar kami tidak dihantar ke laut. Setiap kanak-kanak dan wanita berlutut dan ada yang sanggup mencium kasut tentera di situ. Mereka meminta wang agar bot kami boleh dibaiki. Setelah kami mengumpulkan perhiasan dan menyerahkan kepada mereka, mereka memberi semula perkakasan bot yang mereka telah ambil. Kemudian menunda bot itu ke laut. Pada malam itu kami berfikir tentera itu akan mengambil wanita-wanita kami lalu kami memotong tali bot. Bot kami hanyut ke pulau lain. Seorang lelaki putus kaki akibat tersepit antara bot dan batu sewaktu menarik bot. Pulau itu merupakan pulau yang tidak berpenghuni tetapi terdapat beberapa pondok kecil. Keesokan hari bot kami pecah akibat hempasan ombak dan terkena pada batu.
Kami makan apa sahaja yang kami temui, kami menjumpai telur penyu yang sungguh lazat terutama jika kita lapar. Selepas tiga hari tentera datang lagi mengambil kami ke kem mereka kemudian menghantar kami ke Kem Pelarian Galang. Indonesia. Apa yang tidak kami ketahui ialah Ibu kami sedang mengandung, tidak berapa lama kami di Galang , Ibu kami melahirkan seorang lagi ahli keluarga kami adik perempuan yang diberi nama Sha. Selepas setahun kawan ibu saya diterima oleh kerajaan Kanada. Keluarga kami tinggal di Galang selama dua tahun. Saya mengingati hampir segalanya , setiap jalan dan bangunan. Di galang terdapat kedai runcit , pub, disco, dua panggung wayang, sebuah Gereja Maria, dua tokong Buddha, sebuah hospital, sekolah dan pejabat pos.
Setiap dua minggu kami dibekalkan dengan beras, sardin, minyak masak dan garam. Pada masa yang sama juga datuk saya di Belgium ada juga mengirimkan wang, kami juga menanam sayur-sayuran. Kami tidaklah mewah tetapi kami tetap gembira. Kami saling bantu membantu. Setiap sabtu kami bergotong royong membersihkan kem dan tempat tidur kami sendiri. Hanya hari Ahad kami dibenarkan pergi ke pantai yang terletak dua kilometer dari kem.
Saya selalu ponteng sekolah dan merayau-rayau di sekeliling pulau. Inilah satu faktor mengapa saya mengingati segenap ceruk pulau ini. Kami masih mengamalkan beberapa tradisi kami di sini sebagai contoh Tahun Baru disambut dengan bunga api di vietnm tetapi kami di sini membuat unggun api dan membuat bising dengan tin, periuk, kuali dan apa sahaja yang boleh menghasilkan bunyi.
Di kawasan kami di Galang , emak saya merupakan orang yang sangat dihormati. Setiap remaja disini memanggil ibu saya “emak”. Jika mereka hendakkan sesuatu mereka minta dengan emak saya. Emak saya pernah memberikan kepada mereka wang untuk mereka pergi ke pub untuk minum. Sebenarnya banyak kenangan manis sewaktu kami di Galang.
Selepas dua tahun kami di terima ke Perancis. Mula-mula kami ke Singapura dan tinggal selama seminggu sebelum kami terbang ke Pertancis. Singapura bandar yang sangat cantik.
Kami tinggal di kem pelarian Perancis selama tiga minggu sebelum menaiki kereta ke rumah datuk saya di Belgium. Perjalanan saya dari Vietnam ke Belgium memberikan saya pengalaman yang sungguh hebat dan tak mungkin dilupakan.
Pengalaman di Galang sangat mengujakan saya. Saya sangat berharap satu masa nanti saya akan menjejakkan kaki saya di Galang biarpun buat seketika. Terdapat banyak cerita sedih dari kawan-kawan yang lain. Saya mendapat tahu akhirnya pelarian di Galang akhirnya dihantar semula ke Vietnam. Dan Galang kini sudah menjadi satu kawasan industri, saya sangat mengharap satu hari nanti saya akan dapat bercuti ke sana.
Tulus Ikhlas daripada saya,
Thien.

Kisah Bidong 18

Nasib Orang Hanyut
Oleh Don Hardy
Pulau Galang tesergam gagah di tenggah – tengah kepulauan Indonesia dan tidak begitu jauh ke selatan Singapura. Ia menyimpan pelbagai kenangan buat berpuluh-puluh ribu orang hanyut yang mana telah dijadikan kem pelarian oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.Mereka datang dengan bot-bot kecil untuk menyelamatkan diri setelah tamatnya perang Vietnam. Disini juga tersimpannya harapan orang-orang pelarian untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
Asap hitam bot berenjin diesel yang turut diiringi bunyi yang membingitkan memecah kesunyian alam semulajadi yang damai di sini. Akhirnya bot ini mendarat di sebuah jeti kayu di pulau yang kecil ini. Dilihat dari jauh , pulau yang menghijau dikelilingi lautan yang agak panas ini tidak ada apa-apa bezanya dengan pulau-pulau lain. Tetapi di sinilah satu ketika pernah menempatkan orang-orang pelarian vietnam yang dikenali juga dengan nama orang hanyut. Mereka hidup tanpa mengetahui dimana haluan mereka seterusnya. Mereka menanggung pelbagai risiko demi mengharapkan kehidupan yang lebih baik di negara asing berbanding negara sendiri yang ditinggalkan.
Pelarian yang selamat tiba di sini telah melalui pelbagai dugaan dan ujian yang sangat memeritkan. Mereka memperjudikan nasib dengan menyusuri lautan yang sangat merbahaya dan berjaya sampai kesini. Banyak juga yang gagal dalam perjudian ini. Lanun-lanun berkeliaran di laut untuk mencari keuntungan yang mudah yang biasanya berhasil. Ramai sekali pelarian Vietnam dirompak, dibunuh dan dirogol. Mereka meninggalkan pelarian Vietnam sehelai sepinggan terkapai-kapai ditengah lautan lautan setelah segala harta benda dirampas. Di sini terdapat satu perkuburan yang terdiri daripada tiga orang perempuan yang membunuh diri kerana menanggung penderitaan akibat dirogol ketika dalam pelayaran.
Tujuh orang pegawai kongres dan saya sendiri disambut oleh kakitangan kem dan pekerja PBB yang megendalikan kerja sukar menyediakan tempat tinggal pelarian, menjaga makan dan minum serta kesihatan orang-orang pelarian di sini. Kami akan memastikan status pelarian di sini dan menyaring mereka untuk dihantar ke negara ketiga.
Sesiapa yang tidak dapat membuktikan yang dirinya adalah orang-orang pelarian mengikut definisi PBB atau yang tidak mempunyai ahli keluarga di negara lain mempunyai masa depan yang suram. Beberapa orang dikalangan mereka kembali semula ke Vietnam manakala sebahagian lagi masih tinggal di sini mengharapkan dirinya “diselamatkan”. Sewaktu lawatan saya kebanyakan mereka tidak menepati syarat untuk ditempatkan di negara lain. Mereka juga menolak untuk pulang secara sukarela ke negara yang menyingkirkan mereka.
Sewaktu taklimat ringkas disampaikan oleh komandan kem kami dapati bahawa kem ini dibina ketika berakhirnya perang Vietnam dan mampu menampung suku daripada jumlah yang ada di sini. Ketika ini USA telah mengambil 82060 pelarian Vietnam, yang mencukupi syaratnya. Ketika lawatan pada tahun 1991 kanada telah mengambil 13516 orang diikuti Australia 6470 orang. Negara negara lain tidak begitu membuka pintu kepada pelarian Vietnam. Jepun menerima 113, Sepanyol, Italy, Argentina dan Ireland mengambil kurang daripada 20 orang setiap negara. Sedangkan orang-orang pelarian masih lagi berduyun-duyun datang dengan menaiki bot yang sarat dengan penumpang. Di kem pelarian pula tidak kurang 50 orang yang baru lahir setiap bulan.
Kesukaran dan kerisauan hidup di Galang semakin bertambah lagi apabila banyak negara memperketatkan peraturan tidak menerima lagi orang-orang pelarian.Ada sesetengahnya mereka menghalau semula ke laut apabila orang hanyut ini tiba di negara mereka.
Setelah diberi taklimat kami menaiki caravan dan empat jep yang didahului oleh trak yang mempunyai lampu merah berkelip-kelip di atasnya. Di sini terdapat dua kem dan satu tanah perkuburan di tepi bukit yang dipanggil kem ketiga. Hujan renyai-renyai mulai turun ketika kami berhenti untuk mewngambil gambar kedai kecil di tepi jalan. Selain daripada wang yang mereka bawa dan yang dikirim oleh kaum keluarga mereka tidak ada sumber lain. Peluang mencari wang disini amat tipis. Tetapi dengan adanya pelawat dan memenuhi keperluan mereka sebuah sedikit kedai makan dan kedai runcit dengan minima barang keperluan wujud di sini.
Terdapat tanda-tanda kesedihan dan putus asa pada kebanyakan wajah orang dewasa di sini tetapi tidak bagi kanak-kanak. Mereka nampaknya gembira dengan kedatangan orang luar sambil mengucapkan apa yang dipelajari di sekolah sementara di sini seperti “good morning sir” atau “ nice afternoon sir”. Apabila kita membalas sapaan mereka ,mereka akan ketawa riang.
Di satu sudut terdapat sebuah pondok terbuka tempat dimana orang-orang pelarian sedang memperjudikan nasib mereka. Pekerja Kem sedang mengiringi delegasi dari Washington menemuduga pelarian yang belum disaring bagi menentukan mereka akan ditempatkan semula di USA atau terus tinggal disini. Keputusan hari ini menentukan samada mereka diberi status sebagai penghijrah ekonomi atau orang pelarian. Temuduga yang mengambil masa selama satu jam itu cuma berjaya memilih 20 % daripada mereka manakala 80 % lagi gagal dan masih belum diketahui dimana arah tujunya.
Sambil kami berjalan dan bercakap-cakap dengan orang-orang pelarian melalui penterjemah yangakan nmengetahui nasib mereka sebentar lagi, saya nampak seorang kanak-kanak perempuan yang cantik memakai baju putih dan bersih berdiri tidak jauh daripada kami. Saya menghampirinya, pada mulanya dia cuba melarikan diri tetapi setelah dipujuk dia bersetuju bergambar dengan kami. Suaranya lembut dan perlahan. Dia tidak senyum.
Dia berumur tujuh tahun. Apabila ditanya dimana ibubapanya pada mulanya dia tidak menjawab. Selepas beberapa ketika dia berkata-kata. Melalui penterjemah saya mendapat tahu yang dia tidak tahu di manakah ibu dan bapanya. “ Lidah saya menjadi kelu, bila saya ingin bertanya lagi soalan kepadanya suara saya tidak keluar” . Saya begitu terkilan bila memikirkan nasib anak kecil yang tidak bersalah itu.
Menyusuri jalan yang berlumpur itu fikiran saya tidak lekang dari memikirkan nasib kanak-kanak itu dan penghuni kem ini yang terpaksa menerima nasib sebegini akibat pertelingkahan politik di negara mereka. Saya mengingat kembali dalam upacara memperingati mangsa kemalangan udara di Scotland beberapa tahun lalu. Satu ketika seorang lelaki telah menemui beberapa orang di lapangan terbang sebelum berlepas ke satu destinasi dan melambai-lambai tangan kearah mereka ketika menaiki pesawat. Beliau sendiri menaiki pesawat lain. Apabila mendapat berita bahawa pesawat rakan yang baru ditemui ditimpa kemalangan dia menghantar satu nota di tempat memperingati kematian akibat bencana itu dengan bertulis “ Kepada gadis kecil berbaju merah ……..awak tidak patut jadi begini”. Dan kepada gadis kecil berbaju putih yang baru saya temui , dia juga tidak patut jadi begitu tetapi tidak seorang ingin mengambil tahu tentangnya.
Caravan kami bergerak perlahan menuju ke penghujung kem dan melalui satu tempat dimana seorang anak muda mengheret seekor ular sepanjang lima belas kaki dari sebatang anak sungai sambil bersorak dengan bangganya. Lima belas minit kemudian kami kembali semula ke pengkalan dimana orang yang diberi peluang ke negara lain meninggalkan jejak terakhir di pulau ini. Saya berasa sungguh bersalah kerana cuma kami yang menikmati segala kebebasan menaiki bot meninggalkan pulau ini pada hari ini. Selepas bersalaman dengan kakitangan dan pegawai disini kami meninggalkan pulau ini dengan bot yang mengeluarkan asap hitam dan berkepul-kepul. Dari atas bot saya memandang ke arah pulau tetapi kem-kem pelarian berada di belakang bukit. Hanya yang ditinggalkan ialah harapan dan keperitan hidup orang-orang pelarian yang terlindung dari dunia luar. Apabila Pulau Galang hilang di ufuk sedikit demi sedikit rasa gusar saya turut hilang. Dalam fikiran saya kehidupan beribu-ribu pelarian Vietnam adalah berada di awan-awangan tidak dapat di ketahui samada Pulau Galang menjadi batu loncatan untuk kehidupan baru atau tempat terakhir sebelum mereka dihantar pulang. Apabila mendapat berita Kem Pulau Galang sudah ditutup banyak perkara bermain di fikiran saya. Sebahagian mendapat tempat di negara lain manakala sebahagian lagi dipaksa kembali ke tanah air yang mereka tinggalkan satu masa dulu.
Perkara yang paling kerap sekali bermain di fikiran saya ialah gadis kecil berambut hitam dan berbaju putih. Sebelum kami meninggalkan kem mereka saya sekali lagi melihatnya menyusuri jalan yang berlumpur. Seketika kami berpandangan tanpa sebarang kata, akhirnya dia tersenyum dan melambai tangan ke arah kami sebelum kami meninggalkannya.
Saya tidak dapat melupakan Pulau Galang, berbukit lembab yang wujud di muka bumi ini sedangkan saya kadangkala tidak pernah menghargai kebebasan diri yang saya nikmati. Sesungguhnya saya tidak dapat melupakan gadis kecil itu dan tidak mengetahui apakah nasibnya kerana saya tidak bernah bertanya siapa namanya.
Inilah satu hakikat hidup, ianya sangat menyusup ke dalam jiwa. Inilah kuasa fundamental yang yang menukar kehidupan buat selamanya. Dan Pulau Galang menyaksikan segalanya. Disini segala harapan dimusnahkan……… dan disinilah tempat menelan segala kepahitan.

Kisah Bidong 17

Selamat Tinggal Orang Hanyut, Selamat Datang Dunia Yang Kejam
Oleh Andrew Lam
Bertarikh : 24.04.1996

Ketika seramai 35,000 pelarian Vietnam bertaburan di serata kem pelarian di Asia Tenggara disuruh pulang ke negara asalnya, pengajarannya satu kesedaran bahawa dunia luar yang satu ketika menjanjikan kesenangan hidup kini sama sahaja dengan negara asal. “tiada lagi tempat untuk melarikan diri”. PNS Editor, Andrew Lam , bekas pelarian Vietnam baru-baru ini melawat kem pelarian di Kemboja dan Hong Kong.

San Jose,CA . Satu imej yang menghantui kami. ….. sebuah bot kecil terumbang ambing di tengah lautan bergelora. Pada tiang benderanya berkibar satu bendera SOS , apabila melintasi sebuah kapal tangan –tangan kecil melambai-lambai dengan maksud yang sama terdapat pada bendera. “ Selamatkan kami, Kami ingin kebebasan, Kami sayang USA.!” Sayangnya kita tidak dapat ikuti kesudahan ceritanya.
Pada hari ini orang krisis orang pelarian melanda hampir setiap ceruk dunia. Semangat untuk mencari perlindungan di negara lain telah bertukar menjadi penyesalan dan ketakutan. 35,000 pelarian Vietnam yang ada di seluruh asia Tenggara pada hari ini diminta pulang ke negara asal. Ini lah yang dinamakan Order Baru Dunia !!!. Tetapi apa yang pelarian inginkan……kebebasan atau dihantar pulang. Sebenarnya lebih mudah menutup telinga dan melabelkan orang-orang pelarian Vietnam dengan pelbagai label kemudian mengantar mereka pulang daripada mendengar dan memahami situasi yang ekonomi yang sedang mereka hadapi.
Contohnya Mr Diep Tran, seorang bekas Leftenan tentera Vietnam. Beliau ditangkap ketika cuba melarikan diri pada tahun 1979, dia diseksa dan dihantar ke kem pemulihan manakala isterinya dipaksa tinggal bersama pelatih komunis untuk mengelakkan keluarga mereka daripada disenarai sebagai orang yang dikehendaki. Tetapi akhirnya Mr Diep dan anak lelakinya berjaya melarikan diri ke Hong Kong. Apabila sampai di Hong Kong dia dinafikan hak sebagai orang pelarian kerana tidak cukup wang sebanyak 3000 dollar seperti yang diminta olah pegawai di Hong Kong. Anaknya membunuh diri di hadapan pejabat PBB di kem pelarian.
Puan Huong Nguyen menghabiskan masa selama sepuluh tahun di Zon Ekonomi Baru sebagai buruh paksa. Dia bekerja membersihkan hutan bersama kawan-kawanya sebagai tempat bercucuk tanam. Dia mempunyai seorang anak lelaki dan sedang mengandung lagi. Suaminya dibunuh ketika melarikan diri dari kem pemulihan. Dia melarikan diri dan terpisah dengan anaknya. Setelah disaring dia bersama anak yang dilahirkan diminta keluar dari Filipina.
Lam A Lu merupakan suku kaum Montagnard yang berjuang bersama tentera Amerika Syarikat. Beliau telah dijadikan buruh paksa dan disiksa sebelum berjaya melarikan diri. Pihak berkuasa Hong Kong tidak mempercayai ceritanya serta menolak permohonannya untuk berlindung di Hong Kong walaupun beliau menunjukkan sembilan bekas peluru pada tubuhnya. Jika Lkeadaan seperti Lam tidak diterima sipakah lagi yang akan diterima ? adakah sami Buddha yang dihalang daripada melakukan satu-satu upacara atau Rahib yang dilarang daripada menyanyika lagu gereja ?. Mereka yang masih tinggal di kem pelarian menjadi putus asa.
Bagi mereka ini dunia yang bebas tidak lagi wujud. Keadaan dinegara sendiri dan negara orang sama sahaja ‘ tiada ruang mereka untuk hidup bebas dan berdikari”. Kadangkala dunia luar lebih buruk. Bagi Puan Huong Nguyen, anakya yang tertinggal di negaranya sewaktu melarikan diri kini telah berada di Santa Ana Carlifornia manakala dirinya masih kebingungan mencari hala tuju.
Apabila kita melawat ke kem kem pelarian kita akan dikerumuni oleh orang –orang pelarian yang menceritakan keperitan dan kesengsaraan mereka . Dari wajah-wajah mereka kita akan lihat betapa mereka begitu sekali meminta simpati. Bagi mereka hidup tidak membawa sebarang erti apabila hidup dalam “kurungan”. Seorang anak yang dilahirkan dalam kem tahanan hanya mengenali pagar kem, baldi plastik merah sebagai bekas makanan, tempat tidur, halaman bersimin dan langsir nipis, rumah ku……Di atas kepala mereka deruman Jet Jumbo yang datang dan meninggalkan bandar Hong Kong. “ benarkah pakcik jika lampu merah kita berhenti dan jika lampu hijau kita berjalan ?“ tanya seorang kanak-kanak.
Bagi orang pelarian yang berada di kem mereka hanya ada lampu merah. Mereka masih lagi berada di sebalik tirai besi dan memperjuangkan kebebasan diri. Mitos perjalanan hidup mereka berada di pertengahan jalan. Nasib malang mereka yang berada di sini bukan kerana mereka berbohong tetapi sejarah telah membohongi mereka.
Bagi negara barat kita dapat pengajaran. Mereka tidak lagi mengingini kita. Minat mereka untuk mengambil kita pada satu ketika bertukar kepada bagaimana melindungi mereka daripada orang-orang pelarian. Tiada siapa lagi mendengar kintihan kita. Tetapi sepak terajang dan tangisan kita sewaktu menaiki kapal terbang untuk dihantar pulang adalah amaran kepada kita sendiri terhadap nasib malang kita. Bagi mereka kita bukanlah sebahagian daripada kita, yang terkapai-kapai mencari arah tuju kehidupan seperti berada dalam keadaan gelap gulita.

Kisah Bidong 16

SESUNGUHNYA KEMATIAN ITU WUJUD
Oleh : Ngo Nhan Dung
Diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh :
Quynh Dao

Seorang wanita mengaturkan rancangan untuk melarikan diri dari Vietnam bersama tiga anaknya setelah melawat suaminya yang berada di Kem Tahanan. Secara berhati-hati suaminya mengatakan “Saya tidak ada peluang lagi untuk bebas, awak bawalah anak-anak keluar dari Vietnam”. Selepas itu wanita dan tiga orang anaknya tidak pernah mendarat di mana-mana pantai. Mereka hilang di antara Vietnam dan kepulauan Indonesia. Hari ini lelaki itu berada dalam kebingungan dan menanggung persoalan yang sangat berat. Apakah ini semua akibat perbuatannya?. Beliau sekarang berada di Amerika.
Dalam kes lain seorang isteri mengebumikan mayat suaminya yang dikembalikan dari kem tahanan. Lelaki tersebut cuba membunuh diri tetapi tidak berjaya. Pihak kem menghantarnya pulang kerana tiada harapan lagi untuk hidup. Anak-anak bekas tentera tidak dibenarkan memasuki universiti, tidak dibenarkan bekerja dengan kerajaan. Mereka tidak dibenarkan memilik perniagaan sendiri. Pasangan ini mempunyai dua anak lelaki dan empat anak perempuan.Anak lelakinya yang berusia 16 tahun menawarkan diri untuk keluar dulu dari Vietnam. Sebulan kemudian mereka mendapat khabar bahawa bot yang dinaiki mereka karam dan tidak ada siapa yang terselamat. Ahli keluarga yang lain sekarang menetap di Amerika. Tetapi mereka selalu menceritakan kisah ayah dan abang sulong mereka. Saya mengetahui dengan tepat cerita ini kerana mereka ada hubungkait dengan keluarga saya.
Saya juga mengenali seorang lelaki yang banyak mengatur orang-orang Vietnam melarikan diri. Beliau menjadi orang tengah untuk merasuah pegawai-pegawai komunis. Pelariannya seolah-olah pelarian rasmi dengan bot besar yang memuatkan semua ahli keluarganya lengkap dengan bekalan makanan dan senjata untuk mempertahankan diri. Tetapi bot itu karam di perairan Filipina apabila semua penumpang bergegas ke sebelah tepi bot, Dia menjadi tidak keruan dan berjalan ke sana sini. Saya selalu berjumpanya tetapi tidak berani untuk menyapanya dan bertanya tentang tragedi yang menimpanya. Beliau akhirnya meninggal dunia.
Setiap orang daripada kami yang masih hidup mempunyai cerita tersendiri berkenaan tragedi yang menimpa keluarga dan sahabat atau orang yang dikenali hilang di Laut Selatan atau hanyut di mana-mana pulau di Nusantara. Sebahagiannya kebuluran kerana kehabisan makanan dan air serta akhirnya bersemadi di dasar laut. Sebahagiannya disembelih oleh lanun di Teluk Siam. Di kem pelarian Bidong dan Galang terdapat beratus-ratus kubur orang Vietnam. Ada yang dikebumikan beramai-ramai dalam satu kubur.Mereka meninggal akibat bot mereka karam. Walaupun ada sesetengah bangkai bot ditarik ke darat tetapi beratus-ratus nyawa menghembus nafasnya yang terakhir dari sini. Tidak seorang yang cuba mencari pengenalan kepada mayat-mayat yang sekurang-kurangnya tercatat pada batu nesan mereka. Bagi yang dikebumikan di tempat-tempat ini mereka boleh dikira bernasib baik sekurang-kurangnya masih ada tempat bersemadi. Manakala yang lainnya bersemadi di laut yang luas tanpa diketahui di mana tempatnya.Mereka meninggal dalam keadaan putus asa , kesakitan , kelaparan dan penuh sengsara. Mereka meninggal tanpa penghormatan daripada orang lain. Dan lautan sudah pasti untuknya.
Memorial yang ada di Pulau Bidong dan Pulau Galang adalah salah satu daripada tempat untuk memperingati mereka yang telah pergi. Antara setengah juta hingga satu juta orang mengakhiri hidupnya di laut. Pemimpin pelbagai agama datang ke sini bersembahyang untuk roh si mati.

Kisah Bidong 15

KISAH 15
Oleh Miss Ngoc Lan
Pelajar Universiti, Boston.
Saya dilahirkan dan membesar dibawah pemerintahan Rejim Komunis di Vietnam nbsp. Apa kaitannya saya dengan Perang Vietnam, dan sistem pemerintahan komunis ialah , pelajaran yang saya terima di sekolah sangat berbeza dengan apa yang diberitahu oleh ibu saya. Apa yang saya pelajari tidak menggambarkan keadaan sebenar terhadap negara saya sehinggalah saya datang ke Amerika dan membuat kajian yang lebih mendalam. Saya berpeluang menerokai lebih jauh mengenai masyarakat Vietnam . Ini merupakan pertama kali saya mengenali Father Ly seorang paderi yang berumur 60 tahun yang sebelum ini telah dipenjara selama lebih sepuluh tahun kerana mengkritik Kerajaan Komunis. Saya baru tahu bahawa segala maklumat yang bertentangan dengan kerajaan komunis tidak boleh dibincangkan sama sekali. Dua tahun lepas bila saya mendengar dan membaca mengenai hak-hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan beragama diamalkan bebas di negara-negara lain tetapi tidak di Vietnam.
Kini saya rasa kurang senang dengan kebebasan dan hak-hak asasi penduduk Vietnam yang sepatutnya menjadi perkara semulajadi kepada semua manusia. Ketika saya di Vietnam kerajaan sekarang selalu mengkritik Republik Vietnam , tetapi keadaan sebelum 1975 jauh lebih baik. Vietnam selatan digelar “Hon Ngoc Vien Dong” . Saya pernak terfikir bilakah perkara yang dijanjikan ini akan muncul. Hari ini ialah 30 April merupakan satu hari yang bersejarah, saya rasa malu kerana melupakan sejarah negara saya sendiri. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tentera Republik Vietnam yang memberikan saya peluang melihat negara saya dalam satu perspektif lain pada hari yang penuh bersejarah ini. Secara berterusan saya menemui masyarakat Vietnam dan menerangkan mengenai hak asasi manusia kepada mereka dan menjalinkan ikatan kemanusiaan seperti satu keluarga dengan mereka. Kami sama-sama memperjuangkan hak asasi manusia di Vietnam. Saya berbangga apabila apa yang saya lakukan ini dapat mengubah kehidupan di Vietnam. Kehidupan menjadi lebih bermakna apabila kita menggunakan ilmu pengetahuan untuk mengubah hidup kita.

Khamis, 27 November 2008

Kisah Bidong 14

(Kisah ini di pos kan ke www.armyranger.com beberapa hari lalu. Inilah pertama kali kisah mengenai wanita Vietnam melawat suaminya di Kem Pemulihan di Vietnam.)
Dialihbahasakan ke dalam (Bahasa Inggeris) khusus untuk isteri isteri RVN Armed Forces Personal. Penterjemah ke dalam bahasa Inggeris ranger Vu Din Hieu (05/08/2006).Mereka telah mewarnai sejarah Vietnam.)

Selepas menunggu hari berganti hari bulan berganti bulan sehinggalah selama enam tahun kepulangan suami kepangkuan keluarga, saya, sepertimana juga wanita lain yang mana suami mereka dihantar ke kem pemulihan ( re education) sentiasa mengharapkan khabar berita dari suami. Akhirnya pada suatu hari penantian itu tiba jua, saya menerima satu nota ringkas daripada suami yang nampak seperti telah diolah semula. ……saya belajar dengan baik……saya bekerja keras……….semoga tabah! Revolusi mengampunkan saya…….jadi saya akan kembali ke pangkuan keluarga untuk hidup bersama kalian……dan menjadi rakyat yang baik. Satu hari saya pulang lebih awal dari hari biasa kerana anak perempuan saya datang ke pasar lambak dan memberitahu : “ibu, kita terima surat daripada ayah, kita boleh melawat ayah dan buat apa yang patut, ibu perlu pulang membaca surat itu”.
Dalam keadaan terdesak, nasib masih menyebelahi saya , Liew kawan sekolah saya dan suaminya Luong mempunyai kedai basikal sebelum kejatuhan saigon pada 30 April 1975, tetapi suaminya Luong telah hilang pada pagi yang celaka itu dan tidak muncul sehingga sekarang. Liew telah membantu saya dengan membekalkan sparepart basikal untuk dijual di pasar lambak. Inilah sumber pendapatan saya untuk menyara anak-anak saya yang kelaparan.
Saya telah kehilangan suami selama enam tahun dan berita yang diterima pada pagi ini sungguh menggembirakan. Anak bongsu saya membaca surat ayahnya dengan kuat supaya semua ahli keluarga kami dapat mendengarnya. Prosedur yang mesti saya ikut ialah mula-mula sekali saya membawa dokumen ke balai polis untuk pengesahan dan kebenaran. Selepas itu sekali lagi kebenaran dipohon dengan pejabat daerah. Barulah saya dibenarkan melawat suami. Ketika di pejabat daerah saya bertemu dengan beberapa wanita lain yang mempunyai maksud yang sama iaitu melawat suami atau keluarga mereka di kem pemulihan.Mereka ialah Tam , Binh, Nhi dan Tuyet. Semua diberi kebenaran melawat suami kecuali Tuyet melawat dua orang adik beradiknya. Tempat suami saya berada ialah di Thanh Hoa di Vietnam Utara. Langkah seterusnya ialah saya perlu mencari wang untuk menanggung perjalanan. Saya tidak ada apa-apa harta kecuali rumah untuk anak-anak saya berlindung dan beras untuk anak-anak saya makan. Saya sakit kepala memikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang. Saya pergi berjumpa dengan emak saya dan meminta pertolongan. “ Ibu saya cuma ada 30 dolar dan sedikit beras untuk anak-anak saya, apa yang patut saya buat?”” Ibu saya meminta saya mencari apa saja barang yang ada di dalam rumahnya untuk dijual disamping dia cuba mendapat bantuan adik-adik yang lain. Bapa saya pula perlahan-lahan memberitahu bahawa dia ada sebuah Kamera canon. Ambil dan juallah kamera itu untuk mendapatkan wang.. Inilah secebis kisah hidup saya walaupun saya adalah bekas pegawai tentera RVN masih lagi bergantung harap kepada ibu dan bapa. Saya menjual kamera itu dan cincin perkahwinan saya . Adik-beradik lain juga membantu saya mendapatkan wang untuk perjalanan itu. Saya dapatlah membeli tiket serta makanan kering untuk suami saya.
Setelah tidak bersua selama enam tahun saya menggambarkan bagaimana wajah suami saya. Saya sangat ingin menyentuh mukanya serta menyatakan betapa saya dan anak-anak merindui dan dahagakan kasih sayangnya. Perpisahan selama enam tahun juga bererti kami sekarang semakin tua dan sudah melepasi umur empat puluhan. Pada pukul lima pagi hari Ahad saya dan juga anak lelaki ke tiga saya menaiki keretapi bersama sama dengan beberapa wanita lagi. Nhi kawan saya mengarahkan kami meletakkan barang –barang pada satu sudut dan kami bergilir-gilir menjaganya. Kami juga diminta berhati-hati dengan penyeluk saku.Anak saya begitu ghairah ingin bertemu bapanya jadi dia langsung tidak nampak keletihan walaupun menyertai perjalanan yang jauh. Satu ketika dia bertanya “ Ibu, adakah kamu letih ?, kamu belum makan lagi ?
Perjalanan dari stesen keretapi Hoa Hung , Saigon ke Thanh Hoa mengambil masa tiga hari tiga malam. Kami tiba pada jam 9.00 pagi. Kami bersama-sama memunggah barang-barang dari keretapi. Di hujung stesen keretapi dua orang banduan sivil dan seorang anggota polis sedia menunggu. Seorang banduan bertanya kepada kami adakah kami ini hendak melawat kem 5 lam Son. Kami serentak menjawab “ya”. Kemudian polis pula berkata ,”mereka berdua akan membantu kamu membawa barang-barang dengan kereta lembu , kita mengikut mereka dengan berjalan kaki. Perjalanan agak jauh, sukar dan terpaksa mengharungi air.Kamu berehatlah dahulu. Kita akan bertolak pukul 10.30 pagi”.
Perjalanan kami sememangnya sangat sukar dan mencabar. Kami terpaksa melalui kawasan lapang, sawah padi , bukit dan melalui hutan. Kami kerap kali berhenti rehat sambil mengurut-urut kaki yang kejang. Puan Nhi yang berjalan paling pantas terjatuh dan menangis. Matahari hampir tenggelam di sebalik bukit. Kemudian kami nampak beberapa orang membawa barang-barang di atas basikalnya menuju ke Thanh Hoa. Kami menyambung lagi perjalanan sehinggalah sampai di sebuah kampung kecil. Anggota polis memperkatakan sesuatu kepada dua orang banduan itu kemudian berkata kepada kami “ kamu sewalah sebuah bilik di sini, kita akan menyambung perjalanan esok”. Bilik yang kami sewa cuma ada sebidang tikar kecil dan dipenuhi dengan pepijat. Kami tidak tidur pada malam itu sebaliknya cuma berbual-bual sepanjang malam.
Keesokannya lebih kurang pukul satu tengahari kami tiba di kem 5 Lam Son. Jalan di sini bersimpang siur kebanyakannya menuju ke arah hutan. Kami melihat ada sekumpulan manusia sedang bekerja di tengah padang. Apabila kami semakin hampir dengan mereka kami dapati mereka ialah banduan perempuan. Semua mereka termasuk pengawal bekerja cepat-cepat.
Selepas melalui beberapa prosedur lawatan , ia sudah terlewat lagi. Kami terpaksa menunggu lagi sehingga keesokan harinya. Seorang pengawal membawa kami ke sebuah tempat yang nampaknya seperti sebuah pejabat. Terdapat tiga buah katil untuk kami ber enam. Di sini juga terdapat dapur kayu jadi saya dan Puan Binh memasak makanan untuk kami dan sedikit untuk suami yang akan kami lawati. Ke Pada pukul 10.00 pagi seorang pegawai memanggil Pn. Tam. Dan Pn. Tuyet ke bilik pelawat, kami semua berasa sangat gembira. Masa melawat cuma dibenarkan selama lima belas minit. Dua perempuan itu kembali dengan muka yang merah sambil menangis. Tuyet cepat-cepat mengemaskan barangnya dan berkata dia terpaksa pergi ke Thanh Hoa. Ada sebuah lori tentera sedang menunggu, dia ingin bertemu dengan seorang lagi abangnya.
Keesokannya tibalah gilaran saya , Puan Binh dan Puan Nhi untuk melawat. Kami bergegas ke bilik pelawat. Sepuluh minit kemudian datanglah seorang pegawai kepada kami dan memperkenalkan diri ,” Selamat pagi semua, nama saya Bac, pegawai keselamatan di kem ini. Saya ada beberapa perkara untuk memaklumkan kepada kamu. Siapakah isteri Binh dan siapa pula isteri Dinh ?”. Kami berdua mengangkat tangan, kemudian pegawai tersebut berkata kepada kami ” Perkara ini terlalu rumit, kami telah mendidik mereka sehabis baik tetapi mereka keras kepala dan tidak mahu berubah” , kami mula menahan sebak. Kemudian pegawai itu menyambung lagi , “ Terdapat beberapa orang yang selalu melawan kerajaan revolusi dengan pelbagai cara dan suami kamu adalah salah seorang daripada mereka, mereka didenda mengikut peraturan kem, mereka tidak dibenarkan dilawati oleh kaum keluarga”. Saya rasa bumi ini berpusing-pusing , tiba-tiba Pn. Binh bertanya “ Kami tidak dibenarkan melawat, bolehkah kami mengirimkan makanan kepada mereka”,. Pegawai itu cepat-cepat menjawab ,” Tidak, tidak , peraturan tetap peraturan.prinsip tetap prinsip “. Kemudian dia perpaling ke arah Nhi, dia bercakap dengan lembut “ Bagaimana kamu datang ke sini, boleh saya melihat surat kebenaran untuk datang ke sini , bila kamu terima surat?” Nhi memberitahu bahawa dia menerima surat dalam bulan Ogos tetapi surat itu bertarikh bulan Mac lagi. Dia baru menerima surat itu.” Sudah terlewat, jawab pegawai itu, Awak bertenang dan dengar sini. Awak pun tahu beliau menghidap athma dan darah tinggi semasa pemerintahan boneka dahulu lagi, kami telah membantu sedaya upaya tetapi beliau menunggal pada bulan Jun. ” Puan Nhi jatuh terkulai, sambil berkata , “ Oh tuhan, oh ayah, oh ibu, bagaimana dia boleh mati dan meninggalkan kami semua, dia baru berusia 32 tahun ……darah tinggi ? mustahil ….. bagaimana dia boleh mati ………”. Puan Binh menenangkan Nhi dan berkata kita tanya di mana kuburnya. Puan Nhi jatuh terkulai dalam keadaan mukanya pusat lesi. Kami mengeluarkan minyak panas dan menggosok-gosok pelipisnya supaya dia kembali normal. Pegawai itu berkata lagi “ Untuk menjimatkan masa sila tandatangan borang kematian ini, orang-orang saya akan mengembalikan barang-barang miliknya serta menunjukkan dimana kuburnya. Saya memohon berbanyak maaf dan saya terpaksa menyambung tugas saya sekarang. Kami meminta untuk turut serta melawat kubur Nhi tetapi permintaan kami ditolak.
Kami meninggalkan kem Lam Son 5 awal pagi keesokan harinya . Saya memandang buat kali terakir kem tersebut . …..inilah Republik Demokratik Rakyat……?

Tran Thi Dong Phuong
August 2004

Note: Tran Thi Dong Phuong ialah isteri kepada ranger
Nguyen The Dinh (33rd
battalion / 5th ranger group).

Isnin, 24 November 2008

Kisah Bidong 15

Oleh Miss Ngoc Lan
Pelajar Universiti, Boston.

Saya dilahirkan dan membesar dibawah pemerintahan Rejim Komunis di Vietnam nbsp. Apa kaitannya saya dengan Perang Vietnam, dan sistem pemerintahan komunis ialah , pelajaran yang saya terima di sekolah sangat berbeza dengan apa yang diberitahu oleh ibu saya. Apa yang saya pelajari tidak menggambarkan keadaan sebenar terhadap negara saya sehinggalah saya datang ke Amerika dan membuat kajian yang lebih mendalam. Saya berpeluang menerokai lebih jauh mengenai masyarakat Vietnam . Ini merupakan pertama kali saya mengenali Father Ly seorang paderi yang berumur 60 tahun yang sebelum ini telah dipenjara selama lebih sepuluh tahun kerana mengkritik Kerajaan Komunis. Saya baru tahu bahawa segala maklumat yang bertentangan dengan kerajaan komunis tidak boleh dibincangkan sama sekali. Dua tahun lepas bila saya mendengar dan membaca mengenai hak-hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan beragama diamalkan bebas di negara-negara lain tetapi tidak di Vietnam.
Kini saya rasa kurang senang dengan kebebasan dan hak-hak asasi penduduk Vietnam yang sepatutnya menjadi perkara semulajadi kepada semua manusia. Ketika saya di Vietnam kerajaan sekarang selalu mengkritik Republik Vietnam , tetapi keadaan sebelum 1975 jauh lebih baik. Vietnam selatan digelar “Hon Ngoc Vien Dong” . Saya pernak terfikir bilakah perkara yang dijanjikan ini akan muncul. Hari ini ialah 30 April merupakan satu hari yang bersejarah, saya rasa malu kerana melupakan sejarah negara saya sendiri. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tentera Republik Vietnam yang memberikan saya peluang melihat negara saya dalam satu perspektif lain pada hari yang penuh bersejarah ini. Secara berterusan saya menemui masyarakat Vietnam dan menerangkan mengenai hak asasi manusia kepada mereka dan menjalinkan ikatan kemanusiaan seperti satu keluarga dengan mereka. Kami sama-sama memperjuangkan hak asasi manusia di Vietnam. Saya berbangga apabila apa yang saya lakukan ini dapat mengubah kehidupan di Vietnam. Kehidupan menjadi lebih bermakna apabila kita menggunakan ilmu pengetahuan untuk mengubah hidup kita.

Kisah Bidong 14

MELAWAT SUAMI DI PERGUNUNGAN
(Kisah ini di pos kan ke www.armyranger.com beberapa hari lalu. Inilah pertama kali kisah mengenai wanita Vietnam melawat suaminya di Kem Pemulihan di Vietnam.)
Dialihbahasakan ke dalam (Bahasa Inggeris) khusus untuk isteri isteri RVN Armed Forces Personal. Penterjemah ke dalam bahasa Inggeris ranger Vu Din Hieu (05/08/2006).Mereka telah mewarnai sejarah Vietnam.)

Selepas menunggu hari berganti hari bulan berganti bulan sehinggalah selama enam tahun kepulangan suami kepangkuan keluarga, saya, sepertimana juga wanita lain yang mana suami mereka dihantar ke kem pemulihan ( re education) sentiasa mengharapkan khabar berita dari suami. Akhirnya pada suatu hari penantian itu tiba jua, saya menerima satu nota ringkas daripada suami yang nampak seperti telah diolah semula. ……saya belajar dengan baik……saya bekerja keras……….semoga tabah! Revolusi mengampunkan saya…….jadi saya akan kembali ke pangkuan keluarga untuk hidup bersama kalian……dan menjadi rakyat yang baik. Satu hari saya pulang lebih awal dari hari biasa kerana anak perempuan saya datang ke pasar lambak dan memberitahu : “ibu, kita terima surat daripada ayah, kita boleh melawat ayah dan buat apa yang patut, ibu perlu pulang membaca surat itu”.
Dalam keadaan terdesak, nasib masih menyebelahi saya , Liew kawan sekolah saya dan suaminya Luong mempunyai kedai basikal sebelum kejatuhan saigon pada 30 April 1975, tetapi suaminya Luong telah hilang pada pagi yang celaka itu dan tidak muncul sehingga sekarang. Liew telah membantu saya dengan membekalkan sparepart basikal untuk dijual di pasar lambak. Inilah sumber pendapatan saya untuk menyara anak-anak saya yang kelaparan.
Saya telah kehilangan suami selama enam tahun dan berita yang diterima pada pagi ini sungguh menggembirakan. Anak bongsu saya membaca surat ayahnya dengan kuat supaya semua ahli keluarga kami dapat mendengarnya. Prosedur yang mesti saya ikut ialah mula-mula sekali saya membawa dokumen ke balai polis untuk pengesahan dan kebenaran. Selepas itu sekali lagi kebenaran dipohon dengan pejabat daerah. Barulah saya dibenarkan melawat suami. Ketika di pejabat daerah saya bertemu dengan beberapa wanita lain yang mempunyai maksud yang sama iaitu melawat suami atau keluarga mereka di kem pemulihan.Mereka ialah Tam , Binh, Nhi dan Tuyet. Semua diberi kebenaran melawat suami kecuali Tuyet melawat dua orang adik beradiknya. Tempat suami saya berada ialah di Thanh Hoa di Vietnam Utara. Langkah seterusnya ialah saya perlu mencari wang untuk menanggung perjalanan. Saya tidak ada apa-apa harta kecuali rumah untuk anak-anak saya berlindung dan beras untuk anak-anak saya makan. Saya sakit kepala memikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang. Saya pergi berjumpa dengan emak saya dan meminta pertolongan. “ Ibu saya cuma ada 30 dolar dan sedikit beras untuk anak-anak saya, apa yang patut saya buat?”” Ibu saya meminta saya mencari apa saja barang yang ada di dalam rumahnya untuk dijual disamping dia cuba mendapat bantuan adik-adik yang lain. Bapa saya pula perlahan-lahan memberitahu bahawa dia ada sebuah Kamera canon. Ambil dan juallah kamera itu untuk mendapatkan wang.. Inilah secebis kisah hidup saya walaupun saya adalah bekas pegawai tentera RVN masih lagi bergantung harap kepada ibu dan bapa. Saya menjual kamera itu dan cincin perkahwinan saya . Adik-beradik lain juga membantu saya mendapatkan wang untuk perjalanan itu. Saya dapatlah membeli tiket serta makanan kering untuk suami saya.
Setelah tidak bersua selama enam tahun saya menggambarkan bagaimana wajah suami saya. Saya sangat ingin menyentuh mukanya serta menyatakan betapa saya dan anak-anak merindui dan dahagakan kasih sayangnya. Perpisahan selama enam tahun juga bererti kami sekarang semakin tua dan sudah melepasi umur empat puluhan. Pada pukul lima pagi hari Ahad saya dan juga anak lelaki ke tiga saya menaiki keretapi bersama sama dengan beberapa wanita lagi. Nhi kawan saya mengarahkan kami meletakkan barang –barang pada satu sudut dan kami bergilir-gilir menjaganya. Kami juga diminta berhati-hati dengan penyeluk saku.Anak saya begitu ghairah ingin bertemu bapanya jadi dia langsung tidak nampak keletihan walaupun menyertai perjalanan yang jauh. Satu ketika dia bertanya “ Ibu, adakah kamu letih ?, kamu belum makan lagi ?
Perjalanan dari stesen keretapi Hoa Hung , Saigon ke Thanh Hoa mengambil masa tiga hari tiga malam. Kami tiba pada jam 9.00 pagi. Kami bersama-sama memunggah barang-barang dari keretapi. Di hujung stesen keretapi dua orang banduan sivil dan seorang anggota polis sedia menunggu. Seorang banduan bertanya kepada kami adakah kami ini hendak melawat kem 5 lam Son. Kami serentak menjawab “ya”. Kemudian polis pula berkata ,”mereka berdua akan membantu kamu membawa barang-barang dengan kereta lembu , kita mengikut mereka dengan berjalan kaki. Perjalanan agak jauh, sukar dan terpaksa mengharungi air.Kamu berehatlah dahulu. Kita akan bertolak pukul 10.30 pagi”.
Perjalanan kami sememangnya sangat sukar dan mencabar. Kami terpaksa melalui kawasan lapang, sawah padi , bukit dan melalui hutan. Kami kerap kali berhenti rehat sambil mengurut-urut kaki yang kejang. Puan Nhi yang berjalan paling pantas terjatuh dan menangis. Matahari hampir tenggelam di sebalik bukit. Kemudian kami nampak beberapa orang membawa barang-barang di atas basikalnya menuju ke Thanh Hoa. Kami menyambung lagi perjalanan sehinggalah sampai di sebuah kampung kecil. Anggota polis memperkatakan sesuatu kepada dua orang banduan itu kemudian berkata kepada kami “ kamu sewalah sebuah bilik di sini, kita akan menyambung perjalanan esok”. Bilik yang kami sewa cuma ada sebidang tikar kecil dan dipenuhi dengan pepijat. Kami tidak tidur pada malam itu sebaliknya cuma berbual-bual sepanjang malam.
Keesokannya lebih kurang pukul satu tengahari kami tiba di kem 5 Lam Son. Jalan di sini bersimpang siur kebanyakannya menuju ke arah hutan. Kami melihat ada sekumpulan manusia sedang bekerja di tengah padang. Apabila kami semakin hampir dengan mereka kami dapati mereka ialah banduan perempuan. Semua mereka termasuk pengawal bekerja cepat-cepat.
Selepas melalui beberapa prosedur lawatan , ia sudah terlewat lagi. Kami terpaksa menunggu lagi sehingga keesokan harinya. Seorang pengawal membawa kami ke sebuah tempat yang nampaknya seperti sebuah pejabat. Terdapat tiga buah katil untuk kami ber enam. Di sini juga terdapat dapur kayu jadi saya dan Puan Binh memasak makanan untuk kami dan sedikit untuk suami yang akan kami lawati. Ke Pada pukul 10.00 pagi seorang pegawai memanggil Pn. Tam. Dan Pn. Tuyet ke bilik pelawat, kami semua berasa sangat gembira. Masa melawat cuma dibenarkan selama lima belas minit. Dua perempuan itu kembali dengan muka yang merah sambil menangis. Tuyet cepat-cepat mengemaskan barangnya dan berkata dia terpaksa pergi ke Thanh Hoa. Ada sebuah lori tentera sedang menunggu, dia ingin bertemu dengan seorang lagi abangnya.
Keesokannya tibalah gilaran saya , Puan Binh dan Puan Nhi untuk melawat. Kami bergegas ke bilik pelawat. Sepuluh minit kemudian datanglah seorang pegawai kepada kami dan memperkenalkan diri ,” Selamat pagi semua, nama saya Bac, pegawai keselamatan di kem ini. Saya ada beberapa perkara untuk memaklumkan kepada kamu. Siapakah isteri Binh dan siapa pula isteri Dinh ?”. Kami berdua mengangkat tangan, kemudian pegawai tersebut berkata kepada kami ” Perkara ini terlalu rumit, kami telah mendidik mereka sehabis baik tetapi mereka keras kepala dan tidak mahu berubah” , kami mula menahan sebak. Kemudian pegawai itu menyambung lagi , “ Terdapat beberapa orang yang selalu melawan kerajaan revolusi dengan pelbagai cara dan suami kamu adalah salah seorang daripada mereka, mereka didenda mengikut peraturan kem, mereka tidak dibenarkan dilawati oleh kaum keluarga”. Saya rasa bumi ini berpusing-pusing , tiba-tiba Pn. Binh bertanya “ Kami tidak dibenarkan melawat, bolehkah kami mengirimkan makanan kepada mereka”,. Pegawai itu cepat-cepat menjawab ,” Tidak, tidak , peraturan tetap peraturan.prinsip tetap prinsip “. Kemudian dia perpaling ke arah Nhi, dia bercakap dengan lembut “ Bagaimana kamu datang ke sini, boleh saya melihat surat kebenaran untuk datang ke sini , bila kamu terima surat?” Nhi memberitahu bahawa dia menerima surat dalam bulan Ogos tetapi surat itu bertarikh bulan Mac lagi. Dia baru menerima surat itu.” Sudah terlewat, jawab pegawai itu, Awak bertenang dan dengar sini. Awak pun tahu beliau menghidap athma dan darah tinggi semasa pemerintahan boneka dahulu lagi, kami telah membantu sedaya upaya tetapi beliau menunggal pada bulan Jun. ” Puan Nhi jatuh terkulai, sambil berkata , “ Oh tuhan, oh ayah, oh ibu, bagaimana dia boleh mati dan meninggalkan kami semua, dia baru berusia 32 tahun ……darah tinggi ? mustahil ….. bagaimana dia boleh mati ………”. Puan Binh menenangkan Nhi dan berkata kita tanya di mana kuburnya. Puan Nhi jatuh terkulai dalam keadaan mukanya pusat lesi. Kami mengeluarkan minyak panas dan menggosok-gosok pelipisnya supaya dia kembali normal. Pegawai itu berkata lagi “ Untuk menjimatkan masa sila tandatangan borang kematian ini, orang-orang saya akan mengembalikan barang-barang miliknya serta menunjukkan dimana kuburnya. Saya memohon berbanyak maaf dan saya terpaksa menyambung tugas saya sekarang. Kami meminta untuk turut serta melawat kubur Nhi tetapi permintaan kami ditolak.
Kami meninggalkan kem Lam Son 5 awal pagi keesokan harinya . Saya memandang buat kali terakir kem tersebut . …..inilah Republik Demokratik Rakyat……?

Tran Thi Dong Phuong
August 2004

Note: Tran Thi Dong Phuong ialah isteri kepada ranger
Nguyen The Dinh (33rd
battalion / 5th ranger group).

Selasa, 18 November 2008

Kisah Bidong 13

Satu ketika tiga buah bot membawa orang-orang pelarian Vietnam untuk keluar dari negaranya. Melissa Chew ketika itu berumur tiga belas tahun. Sekarang berumur 44 tahun dan tinggal di Sydney. Beliau menceritakan “ Saya menaiki bot pada tahun 1979 bersama keluarga dari sebuah pekan kecil bernama Rach Gia, di selatan Vietnam, dimana ramai orang pelarian Vietnam yang selalu bertolak dari sini. Bot yang kami naiki sesuai untuk 90 orang tetapi pada hari itu ia memuatkan 280 orang. Keadaan di dalam bot amat sesak dan tidak mampu untuk bergerak bebas. Satu keluarga duduk berhimpit-himpit. Ibu memberikan setiap orang satu sudu air sehari.”
Perjalanan Mellisa mengisahkan banyak pengalaman yang memilukan dan menakutkan. “Kami hanyut selama 28 hari , kehabisan air menyebabkan 28 orang meninggal dunia. Kami juga dirompak lanun sebanyak 30 kali. Pada satu malam lanun telah menarik seorang perempuan ke atas bot mereka, tetapi wanita itu melawan dan terjun ke laut, sejak hari itu kami tidak lagi melihatnya. Pada kali lain sebuah bot lanun datang dan menyatakan akan menarik bot mereka ke pantai. Sebaliknya mereka telah mengambil seorang wanita, kami mendengar raungan meminta tolong dari wanita berkenaan keesokannya kami melihat wanita itu terapung di laut dan tidak bernyawa lagi. Melissa menceritakan keadaan dalam bot yang begitu sesak dan padat sehingga tiada peluang langsung untuk bergerak. Seorang wanita yang keletihan meminta anak lelakinya yang berumur dua belas tahun menjaga anaknya yang berumur lebih kurang tiga bulan. Apabila terkejut dari tidur dia mendapati anaknya kecilnya telah tersepit di bawah dek bot dan meninggal dunia.
Apabila seseorang meninggal dunia di sini mereka akan dipakaikan pakaian yang seadanya yang dibawa bersama sebagai penghormatan kemudian diturunkan ke dalam laut.
Dia mengingat kembali pada satu malam apabila ribut mula melanda, seorang ayah memeluk anak-anaknya dan berkata “ Ayah meminta maaf kerana membawa kamu ke sini, tetapi jika mati kita akan mati bersama”.
Sebuah bot lain pula mempunyai cerita yang menakjubkan. Dalam satu pelayaran yang terdiri daripada 125 pelarian Vietnam, bot mereka kehabisan minyak lalu hanyut selama tiga bulan. Mereka juga kehabisan air dan makanan akibatnya semua meninggal dunia kecuali seorang. Untuk meneruskan hidup dia terpaksa memakan daging rakannya yang telah meninggal dunia. Dia menghiris mayat itu lalu menjemur dan kemudian memakannya. Orang yang terakhir meninggal dunia ialah sebulan sebelum dia ditemui. Ini bermakna dia juga memakan mayat yang berusia lebih dari sebulan.

Kisah Bidong 12

Kem Pelarian Galang, Indonesia
Pada tahun 1975 apabila Vietnam Utara menyerang Saigon ibu negara Vietam Selatan kebanyakan penghuninya berputus asa untuk tinggal di negara mereka sendiri lalu merancang untuk melarikan diri dan mencari perlindungan di negara lain seperti Malaysia, Hong Kong. Indonesia dan ada juga yang ke Australia. Mereka meninggalkan negara atas alasan mengelak daripada menjadi askar kerahan, dihukum sebagai pesalah politik, atau dihantar ke kem-kem “pemulihan” kerana bekerjasama dengan tentera Amerika atau kerajaan terdahulu. Mereka dan ahli keluarga yang pernah terlibat dalam mempertahankan Vietnam selatan dikehendaki mendaftarkan diri dengan kerajaan baru. Sebahagian yang lain pula menolak fahaman komunis yang dibawa rejim baru itu dimana “Uncle Ho” memaksa rakyatnya mentaati kerajaannya mengatasi segala termasuklah keluarganya sendiri. Ini bermakna kerajaan bertindak secara kejam dan rakyat tidak mampu membina kehidupan sendiri serta menghalang peluang anak-anak mereka hidup secara penuh kebebasan.
Nhat Thien menulis sebuah buku bagaimana kisah pelarian Vietnam ke Malaysia pada 19 Oktober 1979. Sekarang beliau menetap di Carlifornia USA. Katanya “Kumpulan kami terdiri daripada 81 orang, menjadi seolah-olah satu keluarga walaupun sebelum ini kami tidak mengenali. Kami menjadi satu kumpulan yang kompleks terdiri daripada artis, penulis, penyelidik sains,profesor universiti, engineer pertanian sehinggalah kepada paderi dan rahib. Dalam kalangan kami ada juga pegawai-pegawai dari pelbagai pangkat yang melarikan diri dari kem-kem pemulihan “re-education camp”. Kumpulan yang terbesar ialah pelajar – pelajar dari Universiti Saigon untuk mengelakkan diri mereka dari menjadi askar kerahan.Penghijrahan keluar semakin menjadi-jadi.
Banyak sekali kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku dalam pelayaran. Bot yang mereka naiki kebanyakannya adalah hanya sesuai untuk sungai-sungai di kawasan delta tidaknya untuk laut yang luas yang mengambil masa yang lama serta ombak laut yang bergelora. Ada pendapat yang mengatakan dianggarkan 100,000 hingga 200,000 pelarian Vietnam mati di laut dalam masa empat tahun yang kebanyakannya akibat lemas. Pasukan Palang Merah Antarabangsa menganggarkan separuh daripada pelarian yang melarikan diri dengan bot Vietnam mati akibat serangan lanun di Teluk Thailand.
Luu Glenister berasal dari sebuah kampung yang terletak beberapa ratus kilometer dari Bandar Saigon. Dia menceritakan “Kehidupan berubah terus bermula pada tahun 1975”, Dia menulis mengenai keluarganya ,” Perubahan yang berlaku amat ketara sekali, kita tidak boleh mempercayai satu dengan yang lain, tiada kebebasan untuk bercakap, tidak seorang pun dibenarkan mengkritik dasar kerajaan, kita tidak boleh tinggal di rumah orang lain terutama pada waktu malam, tidak boleh mengadakan majlis-majlis kecuali memohon dengan pihak berkuasa dan membayar cukai terlebih dahulu. Kita juga tidak boleh melangkau daerah lain tanpa kebenaran pihak berkuasa dan membayar cukai atau rasuah. Sekiranya kita berjaya mengusahakan satu-satu perniagaan akhirnya perniagaan itu akan dimilik negarakan. Setiap orang dikehendaki mempunyai gambar “Ho Chi Minh”, begitu juga gambar Ho hendaklah digantung di ruang tamu setiap rumah. Sekiranya gagal berbuat demikian kita akan didenda atau dipukul kadang-kadang sehingga mati”.
Penduduk kampung kami melarikan diri secara serentak.” Sebaik sahaja menjelang malam dan hari menjadi gelap kami meninggalkan rumah lalu berjalan cepat-cepat melalui sawah padi dengan dibantu penduduk tempatan. Berhenti dan meniarap, bersembunyi di tempat tertentu sementara menunggu orang lain. Kami tidak dibenarkan bercakap sama sekali. Setelah beberapa kali tersungkur ke dalam lopak, serta berpindah-pindah maka sampailah kami ke pantai. Untuk sampai ke bot pula kami terpaksa mengharungi ombak sejauh lima puluh meter. Saya kehilangan semua barang yang saya bawa akibat dihentam ombak ketika menuju ke bot.
Lu bolehlah dianggap bernasib baik kerana jika terdapat sedikit sahaja ribut, bot mereka akan karam.
Ribut merupakan musuh yang kedua bagi orang-orang pelarian. Kisah mengenai nelayan-nelayan Thailand yang selalu merampas barang-barang berharga orang-orang pelarian selalu didengar. Nhat Tien menceritakan terdapat bot-bot yang diserang, dilanggar hingga karam setelah merampas barang-barang berharga dan merogol wanita dan kanak-kanak perempuan. Sebuah bot pernah diserang lanun sebanyak 47 kali. Setiap kali serangan itu hanya menyaksikan peristiwa yang sama, mereka memaksa pelarian ke dalam bot mereka , mengasingkan kaum lelaki dan kaum perempuan, biasanya kaum lelaki diletakkan di dalam kotak menyimpan air batu, kemudian naik ke dalam bot pelarian dan menyelongkar bot untuk mencari barang berharga dan menyepahkannya kadangkala merosakkan bot sehingga karam dan merogol wanita dan kanak-kanak sehinggalah yang berumur 10 tahun.
Sekali peristiwa sebaik sahaja mendarat, kaum lelaki cuba menyembunyikan kaum wanita untuk mengelak menjadi mangsa rogol. Peristiwa ngeri ini berlaku di sebuah pulau di perairan Malaysia sebelum diselamatkan oleh UNCHR. Pada suatu senja satu kumpulan nelayan Thailand bersenjatakan raifel , penukul, pisau dan lampu picit datang dan menyelongkar barang-barang kami. Kemudian mereka pergi setelah mengambil pakaian yang kami bawa. Setelah itu kumpulan yang lain pula datang dan menyelongkar barang-barang termasuk yang ada pada tubuh kami, apabila selesai mereka mengarahkan kaum lelaki ke dalam gua dan mengawalnya dengan senapang yang mereka bawa. Kemudian mereka mula merogol kaum wanita. Apa yang didengar hanyalah rintihan kaum wanita serta tangisan kanak-kanak yang terpisah daripada dukungan ibu mereka. Kami kaum lelaki tidak mampu berbuat apa-apa di muncung senapang mereka kecuali menahan kemarahan dan kesedihan di dalam dada. Itulah sahaja cara untuk kami menyelamatkan nyawa. Peristiwa ini berterusan sehingga subuh. Kaum wanita lemah dan longlai serta terbaring di atas pasir sambil menangis teresak-esak , manakala sebahagiannya pula meratap hiba dalam pelukan suami dan keluarga mereka.
Kaum wanita menjadi mangsa utama kekejaman lanun ini namun kaum lelaki dan kanak-kanak juga tidak berkecuali. Sebahagian daripada kami dihiris jika tidak menunjukkan dimana tempat barang-barang berharga disembunyikan. Satu ketika seorang lelaki telah dikapak di dahinya kemudiannya dicampakkan ke kawasan tepi pulau yang berbatu kerana melindungi keluargannya, nasibnya agak baik kerana dia tidak meninggal di situ. Seorang lelaki yang memakai gigi emas pula dicungkil dengan pisau sehingga berdarah mulutnya.
Menurut Nhat Tien lagi , satu ketika orang-orang Vietnam telah mendarat di sebuah pulau. Mereka dikerumuni hampir 100 orang penduduk tempatan. Wanita tua datang dengan membawa raga yang berisi kueh dan mengagihkan kepada kanak-kanak. Selepas itu kaum lelaki yang lebih separuh berada di situ membariskan kaum wanita dan kanak-kanak perempuan dan menyuruh mereka mengangkat tangan , satu tangan masih lagi memegang kuih. Mereka meraba seluruh badan wanita kanak-kanak perempuan yang kelaparan serta hampir kebuluran itu sesuka hati mereka sahaja.

Isnin, 17 November 2008

Kisah Bidong 11

Mohd Amdan pernah ditawarkan sekotak emas bagi melepaskan pendatang asing

SUDAH 34 tahun beliau berkecimpung dalam dunia Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kini menghabiskan banyak masa di pejabat menguruskan soal pentadbiran selaku Ketua Pengarah Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM). Kedudukannya tidak sedikit pun mengubah hidupnya. Tabiatnya tetap sama, Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish, 53, akan memastikan setiap bulan atau paling kurang setiap dua bulan, akan turun ke laut menghirup angin laut.

Dunianya boleh diibaratkan hidup di laut, cuma bukan sebagai nelayan. Bermula ketika usia mencecah 18 tahun, beliau sudah terbabit dalam dunia pelayaran sebagai pegawai kadet TLDM. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, 18 tahun daripada usianya dihabiskan belayar di laut.

Sudah tentu anak kelahiran Gombak, Selangor ini mempunyai 1001 macam pengalaman yang boleh dikongsi bersama sebagai pengajaran dan panduan generasi muda khususnya kakitangan di APMM.

Ringkasnya, hidup di dalam keluarga susah apatah lagi mempunyai 11 adik beradik membuatkan Mohd Amdan yang lulus cemerlang dalam Malaysian Certificate of Examination (MCE) sanggup menggadai masa depan dalam akademik dengan berhenti belajar dan mencari kerja.

Rezekinya cukup murah, enam jawatan dipohon, semuanya lulus temu duga dan ditawarkan jawatan. Menariknya, hanya tawaran TLDM menjadi pilihan hati berbanding tawaran sebagai juruterbang MAS, Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sime Darby, Maktab Perguruan “Kami orang susah, saya korbankan masa depan demi membantu keluarga sedangkan ketika itu saya menuntut di Tingkatan Enam Rendah. Saya pilih TLDM kerana ia adalah tawaran pertama, siap dengan waran kereta api ke Kem Sebatang Kara, Port Dickson.

“Apa salahnya jika mencuba ujian awal selama tiga hari. Saya lulus dan terus diterima berkhidmat. Jika gagal ujian itu pun, saya masih mempunyai lima pilihan tawaran lain...yang penting saya mesti mempunyai sumber pendapatan kewangan membantu keluarga,” katanya.

Ketika usianya mencecah 21 tahun, iaitu selepas tiga tahun berkhidmat beliau ditugaskan di KD Sundang selaku pegawai pelaksana. KD Sundang terbabit dalam operasi menahan ‘orang hanyut’ warga Vietnam yang melarikan diri daripada pergolakan di negara mereka.

Beliau bersama pasukan bertugas di Laut Cina Selatan selama dua setengah tahun dan boleh dikatakan cukup mahir dalam menangani isu itu hinggakan hidungnya cukup sensitif mengesan bau bot pelarian di laut. Ini membolehkannya mengagak secara tepat kedudukan bot mereka.
“Bangun pagi, saya akan terus ke atas kapal, hidu bau laut. Jika terhidu bau busuk atau mayat, saya tahu arah mana kedudukan kapal mereka dan terus menuju ke sana. Memang kami akan jumpa bot membawa ‘orang hanyut’.

“Bau mereka cukup busuk dan ada bot yang membawa mayat penumpang yang sudah mati berminggu lamanya. Bayangkan betapa busuknya bau di bot mereka. Sebab itu saya katakan, jika terhidu bau busuk di laut, saya tahu pasti ada bot tidak jauh dari kedudukan kami,” katanya.

Pernah satu ketika, sebaik saja menjejakkan kaki ke bot pendatang yang ditahan, seorang wanita menghulurkan bayi lelaki kepadanya. Masih berdarah dan tali pusat belum dipotong. Ibunya merayu supaya Mohd Amdan menjaga anaknya kerana dia tahu kapal mereka akan dihalau keluar perairan Malaysia.

Sekitar 1978, kerajaan mengarahkan semua kapal atau bot pendatang yang cuba memasuki Pulau Bidong, Terengganu dihalau keluar kerana jumlah penempatan di situ melebihi had dibenarkan.

“Saya pernah ditawarkan sekotak emas oleh seorang Datuk Bandar Saigon, Vietnam. Ketika memeriksa kapal mereka, penumpangnya adalah orang berperwatakan, berpelajaran dan golongan kaya. Wajah agak bersih, makanan dan minuman mencukupi berbanding bot lain yang pernah ditemui.

“Katanya, tuan, harta ini untuk tuan dan anak kapal, tetapi saya nekad bahawa mereka mesti diusir keluar dan kami tidak mahu harta itu. Saya mesti jujur pada diri sendiri dan anak kapal, ini satu pengajaran untuk kami bahawa kami dibayar gaji untuk menjalankan amanah negara,” katanya.

KD Sundang juga pernah dipukul ribut selama dua jam kira-kira 40 batu nautika dari Pulau Kapas, Terengganu mengakibatkan semua anak kapal muntah teruk dan mabuk laut tahap maksimum kecuali hanya tiga orang saja yang masih mampu berdiri iaitu Pegawai Pemerintah (CO), beliau dan jurumudi.

“Keadaan kami ibarat sekotak mancis yang dicampak ke laut. Ombak menghempas kapal bertalu-talu termasuk bahagian atas. Semua anak kapal diarahkan memakai jaket keselamatan dan berada di dalam kapal supaya tiada yang tergelincir. Semuanya muntah, seluruh kapal berbau muntah yang pelbagai warna.

“Ada yang meraung ketakutan, saya sendiri pun teringatkan keluarga. CO kami cukup tenang, beliau menjaga bahagian enjin, saya membantu jurumudi di atas. Saya sangka kami semua akan mati ditelan ribut,” katanya.

Kisah Bidong 9

Kerajaan Negeri Terengganu akan mewartakan empat kawasan yang menjadi tumpuan penyu mendarat dan bertelur di Pulau Redang sebagai santuari penyu, kata Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya kawasan berkenaan ialah Pantai Chagar Hutang, Pantai Mak Kepit, Pantai Pasir Bujang dan Pantai Mak Simpan yang terletak di bahagian utara pulau peranginan itu.

"Empat kawasan itu merupakan kawasan utama persarangan dan pusat pendaratan penyu terbesar bagi spesies penyu Agar di Malaysia. Kita akan pastikan kawasan itu tidak akan dibangunkan dan kita harapkan generasi penyu akan bertambah dalam tempoh 10 hingga 15 tahun yang akan datang dan tidak pupus," katanya kepada pemberita selepas melawat Pulau Redang dan Pulau Bidong dekat sini Rabu.

Pemuliharaan penyu di kawasan berkenaan akan dijalankan dengan kerjasama Kolej Universiti Sains Dan Teknologi Malaysia (Kustem) dan Jabatan Perikanan, katanya.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri juga akan mewujudkan tabung warisan khas bagi memastikan kerja-kerja pemuliharaan dan penetasan telur penyu akan dapat dijalankan dengan lebih baik.

"Kita juga berharap kepada mana-mana pengusaha pusat peranginan di Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang mengetahui mengenai pendaratan penyu untuk memainkan peranan mereka membantu mengelakkan telur tersebut diambil atau dijual orang ramai," katanya.

Selain itu Idris berkata kerajaan negeri juga akan membaik pulih tempat yang pernah menjadi penempatan pelarian Vietnam dari 1975 hingga 1991 di Pulau Bidong untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

"Selain mempunyai nilai sejarah, ianya juga boleh menjadi tarikan kepada kira-kira 250,000 bekas pelarian dari Vietnam yang pernah ditempatkan di pulau tersebut yang mungkin ingin melihat semula tempat mereka pernah tinggal," katanya.

Bagi tujuan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mewujudkan tabung warisan bagi digunakan untuk membangunkan semula pulau itu dan menurutnya peruntukan awal adalah daripada kerajaan negeri.

Buat permulaan, beliau berkata pengawal keselamatan akan ditempatkan di pulau itu bagi memastikan kemudahan di kawasan itu tidak dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
Source BERNAMA (Berita Nasional Malaysia)

Kisah Bidong 10

Sebanyak RM1 Juta Proses Mencantikkan Kubur Pelarian Vietnam
24 April, 2006 15:48 PM
KUALA TERENGGANU, 24 April (Bernama) -- Arkib Orang Bot Vietnam (VNBP) akan membelanjakan kira-kira RM1 juta untuk mencantikkan dan memulihara kubur pelarian Vietnam yang berselerak di seluruh Malaysia, kata Pengarahnya Dong Tran.

Beliau berkata terdapat lebih 1,000 kubur pelarian Vietnam di seluruh Malaysia dan hampir separuh daripadanya terletak di Pulau Bidong di negeri ini yang pernah menampung 250,000 orang pelarian pada suatu ketika dulu.

Kerja-kerja mencantikkan kubur pelarian Vietnam yang terbiar itu akan dimulakan pada Jun ini dan dijangka siap dalam masa lima bulan, katanya kepada pemberita selepas mengetuai lawatan sekumpulan 20 orang warga Vietnam menziarah kubur waris mereka yang mati lemas di perairan Terengganu pada 1978 dan dikebumikan di Jirat Cina, Jalan Pusara.

Seramai 108 orang pelarian Vietnam telah dikebumikan di tanah perkuburan itu.

Menurut Dong, 56, yang pernah menjadi pelarian dan tinggal di Pulau Bidong, Terengganu, berkata kubur-kubur pelarian Vietnam di negara ini terdapat di Pulau Bidong, Tanjung Jara, Merang, Pulau Tenggol kesemuanya di Terengganu, Pulau Tengah di Mersing, Johor, Bachok dan Cherang Ruku, Pasir Putih, Kelantan.

Beliau berkata setiap tahun, keluarga Vietnam yang tinggal di Australia mengunjungi kubur waris di tanah perkuburan China di sini dan ini merupakan lawatan kedua pada tahun ini.

Dong berkata sebuah badan kebajikan di Australia juga telah memberikan sumbangan kewangan kira-kira RM20,000 untuk proses mencantikkan kubur pelarian Vietnam di jirat Cina itu.

Dong yang berhijrah dari Pulau Bidong ke Australia 1990 berkata juga, beliau akan mengunjungi Johor dan Singapura sebelum berlepas pulang ke Australia pada minggu depan.

Kisah Bidong 8

KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISU-ISU GLOBAL (MTP 3012)
BEZAKAN DIANTARA KONSEP PELARIAN DAN PENGHIJRAHAN. APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA FENOMENA INI?
1.0 PENDAHULUAN
Laluan memang penuh berliku, sedang masa depan masih tidak menentu. Tetapi, sekali mengharung lautan pantang untuk berpatah balik. Mereka betul-betul nekad dan berserah pada nasib, sambil berpegang pada satu bidalan lama; "Untung sabut timbul, untung batu tenggelam". Ramai yang menerima untung batu - mati dan tenggelam di laut setelah gagal melawan ombak untuk berenang ke pantai. Sudah banyak ‘pelayaran harapan’ menggunakankan feri, bot dan sebagainya dari negara jiran itu bertukar menjadi tragedi apabila penumpang-penumpang dipaksa terjun ke laut dalam untuk berenang ke pantai. Pihak berkuasa kemudian menemui mayat-mayat terapung yang terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak. Sesetengahnya betul-betul seperti batu - tenggelam tidak timbul-timbul dan berkubur di dasar laut.
Satu ancaman yang menggugat keselamatan negara ialah kemasukan pelarian dan penghijrahan pendatang tanpa izin dari negara luar. Terdapat beberapa sebab mengapa Malaysia menghadapi masalah kemasukan kumpulan ini.
a. Negara kita terdedah kepada keadaan huru-hara politik yang berlaku di beberapa negara Asia Tenggara
b. Wujudnya perbezaan ekonomi di antara negara kita dengan negara lain yang menimbulkan keinginan rakyat negara lain itu untuk datang ke Malaysia
c. Keadaan sempadan maritim untuk memasuki negara ini sangat mudah
d. Negara-negara asal tidak mengambil sebarang tindakan positif untuk menghalang rakyat masing-masing lari ke negara lain, malah ada negara asing yang menggalakkan rakyatnya untuk bermastautin di negara lain.
Umpama magnet, bumi Malaysia memiliki daya tarikan yang sangat kuat terhadap pendatang dan isu pencerobohan oleh pendatang dan pelarian yang memohon simpati, bukanlah fenomena baru. Kalau dulu negara heboh kehadiran Pendatang Haram Vietnam (PHV), kini negara heboh perihal Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Penghijrahan dan pelarian asing telah menjadi satu fenomena sejagat. Pada suatu masa dahulu, buruh asing lebih banyak tertumpu di Eropah Barat, Amerika dan negara-negara pengeluar utama minyak di Asia Barat. Selepas tahun 1960-an dan 1970-an, keperluan penghijrahan, pelarian dan masalah pendatang asing beralih ke negara-negara Asia Pasifik. Negara seperti Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura telah menjadi tumpuan utama buruh asing terutamanya dari negara Asia yang lain.
Perkembangan dan pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan keperluan guna tenaga dan buruh dalam pelbagai sektor ekonomi dan tahap kemahiran. Sumbangan dan peranan pendatang dan pelarian dalam pertumbuhan ekonomi negara amat penting. Bagaimanapun, kehadiran mereka di Malaysia sudah mencapai tahap yang membimbangkan dan mungkin di luar kawalan. Implikasi daripada lebih sejuta orang yang tidak dapat dikesan tentang latar belakang dan pekerjaan mereka sudah tentu membimbangkan semua. Pada amnya, persoalan dan implikasi negatif tentang kehadiran mereka mencakupi persoalan ekonomi, sosial dan politik.

2.0 KONSEP PELARIAN
Pelarian adalah merupakan sebagai salah satu petanda bagi penyakit kehidupan. Keadaan pelarian pada dekad ini telah menunjukkan bahawa ia adalah merupakan salah satu cabaran semulajadi yang mesti ditempuhi di dalam masa yang sama di mana kita mengejar kemajuan dan pembangunan. Sejumlah 18.2 juta penduduk di beberapa buah negara telah dipaksa untuk meninggalkan tanahair me.reka di sebabkan oleh kebimbangan dan ketakutan mereka terhadap penganiayaan, penindasan serta pennyeksaan yang dilakukan ke atas mereka. Secara puratanya hampir 10,000 orang telah menjadi pelarian setiap hari.
Menurut kamus am: RESCENT NEWS (KL) SDN.BHD. 1995 :
Pelarian: Orang yang melarikan diri ke negara lain kerana di sebabkan oleh revolusi yang terjadi di negara mereka atau diserang musuh.
Menurut UNHCR pelarian ialah:
• Orang yang melarikan diri daripada perang
• tidak mampu melindungi diri sendiri
• dianiaya disebabkan oleh bangsa, agama, kerakyatan, keahlian mereka di dalam kumpulan sosial yang tertentu serta pegangan politik mereka.
• wajar mendapat perlindungan antarabangsa.
Undang-undang pelarian sudah 45 tahun digunakan dan ia merupakan perjanjian secaraprotokol sejak dari tiga dekad lalu. Dalam tempoh tersebut, sebab berlakunya pelarian telah ditukar baru-baru ini. Sebab utama adalah peperangan, etnik, suku bangsa dan keganasan agama.UNHCR menimbangkan mereka yang lari dari peperangan atau keadaan yang terlibat dengan peperangan dan negara mereka sudah tidak mampu untuk memberi perlindungan kepada mereka dan mereka ini perlu kepada perlindungan antarabangsa boleh dipertimbangkan sebagai pelarian.2.1 Penetapan Status PelarianSeseorang itu di gelar pelarian tidak kira samada ianya datang ke sesebuah negara itu secara sah atau tidak. Bagi mengenalpasti hak dan status pelarian, kerajaan bagi sesebuah negara memperkenalkan prosedur pengenalpastian status pelarian dengan merujuk kepada sistem undang-undang kerajaan mereka sendiri. Secara amnya mereka yang memohon status pelarian negara perlu menyatakan bahawa ketakutan mereka terhadap sesuatu hukuman adalah bertempat. Namun begitu terdapat banyak kes-kes yang melibatkan mass exodus yang berlaku secara tiba-tiba akibat kempen-kempen penghapusan etnik atau serangan terhadap keseluruhan ahli sesuatu kumpulan. Keperluan untuk menyediakan pertolongan segera menyebabkan secara praktikalnya penentuan status individu adalah tidak mungkin. Terutamanya apabila setiap ahli kumpulan itu melarikan diri kerana sebab yang sama. Maka lebih sesuai dinyatakan keadaan ini sebagai status pelarian secara penentuan kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan itu dianggap sebagai pelarian prima facie iaitu pelarian selagi tiada bukti yang menunjukkan sebaliknya.2.1.2 Status Pelarian(a) Penjenayah PerangMereka yang telah terlibat dengan jenayah perang dan kekejaman berkaitan dengan kemanusian sejagat dan pelanggaran undang-undang hak manusia termasuk jenayah penghapusan kaum, mereka ini tidak dianggap pelarian dan tidak akan mendapat perlindungan antarabangsa.(b) PenjenayahSeseorang yang telah pun dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di negara mereka dan kemudian telah lari dari negaranya tidak semestinya ia adalah seorang pelarian. (c) Draft evaders ( Sistem Kerahan)Setiap negara berhak untuk mengerah rakyatnya mengangkat senjata dalam keadaan darurat. Walaubagaimana pun, rakyat juga seharusnya mempunyai hak yang sama untuk membantah. Bagi kes-kes yang mana pilihan untuk membantah tidak dipatuhi atau di mana konflik semasa ternyata melanggar norma-norma antarabangsa, mereka (draft evaders) yang takut akan hukuman (contohnya diatas alasan politik yang membolehkan pihak berkuasa menjatuhkan hukuman keatas mereka) boleh mendapat status pelarian. Tetapi melarikan diri daripada sistem kerahan sesebuah negara tidak diangap pelarian. (d) Tentera. Pelarian merupakan orang awam. Seseorang yang meneruskan perjuangan bersenjata menentang negara asalnya semasa berada di negara pelindungnya tidak boleh dianggap sebagai pelarian. (e) Wanita yang mengelak daripada ketegangan sosial. Dapat dilihat dengan jelas bahawa wanita boleh dijatuhkan hukuman kerana sebab politik,etnik atau agama berdasarkan bangsa mereka atau penglibatan mereka dalam sesuatu kumpulan sosial. Tambahan pula UNHCR menganggap seseorang yang melarikan diri daripada diskriminasi yang melampau atau layanan yang tidak berperikemanusiaan akibat daripada kegagalannya mematuhi etika sosial, mempunyai alasan untuk mendapat status pelarian.Hukuman sebegitu mungkin timbul daripada pihak berkuasa kerajan atau kerana ketiadaan perlindungan yang secukupnya daripada non-state actors. Keadaan ini boleh menyebabkan keganasan seksual seperti rogol. Diskriminasi sebegini seharusnya mempunyai kesan prejudis yang nyata.Seorang wanita yang takutkan serangan kerana keengganannya memakai chador atau pakaian tertentu atau keinginannya untuk memilih sendiri pasangan hidupnya dan hidup berdikari boleh menjadi seorang pelarian.(f) Genital MutilationDi Perancis, Kanada dan Amerika Syarikat genital mutilation secara rasminya dikenalpasti sebagai salah satu hukuman yang membolehkan wanita terlibat mendapat status pelarian. Terdapat satu kes di mana seorang wanita menerima status pelarian kerana takutkan hukuman di negaranya disebabkan keengganannya melakukan genital mutilation ke atas bayi perempuannya. (g) Homoseksual Individu homoseksual boleh menerima taraf pelarian daripada hukuman disebabkan penglibatan mereka dalam kumpulan sosial tertentu. Seseorang yang menghadapi peperangan atau layanan yang tidak berperikemanusiaan atau diskriminasi yang serius akibat status homoseksual dan kerana ketidakupayaan atau keengganan kerajaan mereka untuk melindungi mereka, mereka berhak mendapat pengiktirafan sebagai pelarian di bawah polisi UNHCR.2.2 Perlindungan AntarabangsaKebanyakan orang boleh merujuk dan bergantung serta mendapat jaminan dan perlindungan daripada negara atau kerajaan mereka sendiri untuk melindungi hak asasi serta keselamatan fizikal mereka. Tetapi dalam kes pelarian, negara asal pelarian mendapati bahawa ia tidak berkemampuan untuk melindungi hak-hak asasi tersebut. Pelarian mempunyai hak untuk berlindung di tempat perlindungan yang selamat. Walaubagaimanapun, kemudahan perlindungan dari pihak antarabangsa memberikan kemudahan lebih daripada keselamatan fizikal pelarian. Pelarian sepatutnya menerima sekurang-kurangnya hak yang sama dan pertolongan asas sepertimana pelancong asing yang menetap secara sah di sesebuah negara, merangkumi hak-hak asas yang ada pada setiap individu. Oleh sebab itu pelarian mempunyai hak warganegara yang sama seperti penduduk di sesebuah negara, merangkumi kebebasan fahaman dan kebebasan daripada penganiayaan dan penindasan. Hak-hak ekonomi dan sosial juga dirasai bersama oleh pelarian seperti individu lain. Setiap pelarian berhak untuk menndapat rawatan perubatan yang sempurna. Manakala setiap pelarian yang telah cukup umur mempunyai hak untuk bekerja dan sepatutnya tidak ada kanak-kanak pelarian yang di halang daripada pergi ke sekolah.2.3 Punca Utama Kearah Berlakunya PelarianPenyebab utama berlakunya pelarian adalah di sebabkan penganiayaan yang terjadi ke atas individu, konflik ketenteraan, dan ketegangan masyarakat. Di sebalik fenomena ini, faktor politik, ekonomi, etnik, persekitaran dan tekanan hak kemanusiaan, juga menjadikan ia lebih rumit lagi di samping faktor-faktor tempatan dan faktor antarabangsa itu sendiri.Masalah pelarian pada sekitar tahun 1990 adalah agak sukar untuk di perkatakan. Ia bergantung kepada keadaan kehidupan pelarian tersebut. Namun begitu jika masalah pelarian ini tidak diselesaikan, ia akan menganggu gugat masyarakat setempat. Pelarian biasanya akan menjadi perkara pokok yang boleh menjadi topik hangat. "Most conflict in the world today are within rather than between state"2.3.1. Faktor PolitikPada perhimpunan yang dibuat di tahun 1951, telah dapat mengenalpasti faktor utama yang menyebabkan aliran pelarian. Faktor tersebut ialah penganiayaan manusia. Mereka yang menjadi pelarian adalah kerana terdapatnya perbezaan dari segi bangsa, kewarganegaraan, ahli dalam kumpulan sosial dan kepercayaan mereka samada dari segi agama atau pandangan politik. Penganiyaan biasanya berlaku dalam konteks pertikaian tentang hak asasi politik ke atas pemerintah dalam negara, bagaimana negara itu ditadbir dan siapa yang memberi arahan berkaitan kuasa, keistimewaan , naugan dan faedah sampingan dalam negara tersebut. Peraniyaan ini hangat diperkatakan apabila berlaku zaman perubahan yang mendadak kerana berlaku perjuangan dalam sesebuah negara atau dalam mewujudkan negara baru.2.3.2 Punca Ekonomi. Tekanan ekonomi adalah penyebab utama yang mewujudkan pelarian tetapi hubungannya tidaklah secara langsung. Terlalu mudah untuk memperkatakan yang kemiskinan merupakan penyebab pelarian. Kemiskinan ini boleh wujud disebabkan perlucutan jawatan atau sudah tidak mahu bekerja dan ia berlaku disebabkan oleh kemerosotan ekonomi. Penganiyaan dalam pengagihan bekalan turut memainkan peranan utama terutama di zaman ekonomi merundum. Apa yang dapat dilakukan oleh pemimpin adalah menyalahkan pihak-pihak lain untuk mengelak dari dipersalahkan atas sebab kemerosotan negara mereka.2.3.3 Punca PersekitaranBerjuta-juta manusia terpaksa meninggalkan rumah mereka atas sebab tempat yang mereka tinggal sekarang tidak sesuai lagi untuk diduduki. Antara puncanya adalah disebabkan oleh bencana alam sekitar hasil dari perbuatan manusia dan peperangan. Gangguan tempat tinggal secara mendadak seperti di Chernobyl atau Gunung Pinatubo, atau tempat-tempat yang beransur-ansur menjadi padang pasir atau hutan.2.3.4 Tekanan Etnik.Konflik dalam kumpulan etnik berkembang dengan pesatnya dewasa ini. Armenia, Azebaijan, Bhutan, Burma, Ethiopia, Georgia, Iraq, Sri Lanka, Sudan dan yang terbaru sekali Yugoslavia, merupakan contoh-contoh negara yang menghadapi konflik dalam kumpulan etniknya. Kebanyakan negara-negara moden mempunyai ketidakseragaman dalam kumpulan etniknya. Dalam 190 buah negara-negara bebas, terdapat sekurang-kurangnya 5000 kumpulan etnik. Kepelbagaian dalam kumpulan etnik telah menjadi lumrah alam di mana-mana pun. Di sini bolehlah disimpulkan , negara yang mempunyai bangsa yang tulin tanpa ada kumpulan etnik yang lain hanya boleh diwujudkan dalam khayalan sahaja.2.4 Pemangkin Kepada PelarianAdalah agak sukar untuk menentukan punca sebenar berlakunya pelarian, tetapi penyebab utama adalah lebih spesifik kepada keadaan khusus di sesebuah tempat itu. Di utara Iraq, kerajaan telah membuat serangan kejam keatas pemberontakan yang dibuat oleh rakyatnya.Di Yugoslavia dahulu pun sudah ada kempen pengasingan etnik yang telah membawa kepada pelanggaran hak manusia, diskriminasi bagi penempatan penduduk.Di Somalia, pula tidak terdapat pelarasan antara undang-undang dan arahan yang dibuat. Ini telah membawa kepada ketidak adilan dalam pengagihan bekalan yang mana ini telah menjuruskan penduduknya menghadapi kebuluran yang teruk.Di Sudan, sistem perundangannya tidak dapat di terima oleh setengah-setengah penduduk di selatan negaranya.Di Haiti pula pihak tenteranya merampas kuasa kerajaan dan menguasai ekonomi negara.Di Afghanistan pula, campurtangan negara Soviet Union telah menyebabkan tercetusnya peperangan dan meningkatkan jumlah kematian. Campurtangan pihak barat ini nampaknya lebih memburukkan keadaan.2.5 Pencegahan Keatas PelarianPencegahan jika tidak dapat dicapai merupakan pelindungan yang paling berkesan bagi mereka yang mungkin menjadi pelarian. Keadaan yang berlaku sekarang menunjukkan bahawa masyarakat antarabangsa mesti mengambil langkah segera yang lebih berkesan bagi mencegah keadaan yang boleh menyebabkan keadaan pelarian bertambah teruk sehingga satu-satunya pilihan yang ada adalah melarikan diri. Contohnya krisis yang berlaku di Hon di Afrika, bekas Yugoslavia, Caucasus dan tempat-tempat lain menunjukkan keadaan yang tegang yang timbul akibat masalah pertelingkahan politik, etnik, keagamaan atau kerakyatan yang menyebabkan pencabulan hak-hak kemanusiaan yang semakin dasyhat. Jika tidak diendahkan, keadaan ini akan berkembang menjadi konflik bersenjata yang menyebabkan rakyat terpaksa meninggalkan rumah dan negara mereka untuk mencari perlindungan.Pada tahap ini adalah terbukti bahawa amat susah untuk mengelakkan kesengsaraan daripada berleluasa. Semakin susah pula untuk menolong serta melindungi rakyat atau untuk mencapai penyelesaian yang muktamad. Walaupun hanya segelintir individu yang akan mempersoalkan kesahihan peribahasa bahawa mencegah lebih baik dari mengubati namun dalam konteks ini pencegahan merupakan satu isu kontroversi. Konsep pencegahan itu sendiri adalah senang untuk disalah ertikan malahan senang juga untuk disalah gunakan. Langkah pencegahan boleh membawa kesan membina jika diaplikasikan untuk melindungi mereka yang mungkin menjadi mangsa, menghalang peningkatan pelarian dan membantu mereka menyelesaikan masalah sebelum mereka terpaksa melarikan diri. Dari segi pandangan lain yang kurang positif, pencegahan melibatkan penghalangan mangsa hukuman dan keganasan daripada memasuki sesebuah negara. Penghalangan yang baik adalah bertujuan untuk mengurangkan atau memansuhkan sebab yang menyebabkan mereka melarikan diri. Sementara itu penghalangan yang negatif atau lebih bertepatan jika dipanggil penyekatan menyebabkan seseorang mangsa itu susah atau tidak mampu melarikan diri daripada hukuman ataupun bahaya. Pencegahan kemasukan pelarian boleh dibuat sejak lama dahulu sebelum atau semasa pelbagai perkembangan krisis. Pencegahan sepatutnya diarahkan kepada penyebab-penyebab asas melebihi dari skop dan pembangunan kemanusiaan semata-mata. Mencegah penimbunan kekangan. sosial dan ekonomi yang menghasilkan konflik pelarian adalah sukar. Ia melibatkan hak-hak kemanusiaan, pembangunan ekonomi, konflik resolusi, penubuhan institusi politik yang berwibawa, perlindungan persekitaran dan sebagainya.Ia merentasi keseluruhan agenda kemanusiaan dengan penekanan khusus atas tanggungjawab negara untuk menjaga rakyatnya tanpa sebarang diskriminasi. Pada tahap ini, kejayaan dalam pencegahan adalah mustahil untuk diukur manakala kegagalan untuk mencegah krisis pelarian adalah begitu mudah untuk dikira.Strategi untuk menyelesaikan masalah pelarian perlu mengambilkira semua faktor yang memaksa mereka meninggalkan kampung halaman. Melindungi orang-ramai daripada diusir secara paksa memerlukan tindakbalas bersepadu dan komrehensif. Ianya bermula dengan mengenalpasti keperluan asas kemanusiaan orang yang terlibat termasuk keperluan kepada perlindungan politik, sekurang-kurangnya bagi tempoh sementara. Diikuti dengan tindakan yang direkabentuk untuk mempertingkatkan rasa hormat kepada hak-hak kemanusiaan dan perundangan kemanusiaan untuk mencegah pengusiran, mengelakkan konflik ketenteraan dan mewujudkan satu keadaan pulang ke negara asal secara sukarela. Perlaksanaan tindakbalas komprehensif kepada masalah pelarian memerlukan kerjasama faktor-faktor yang pelbagai: Kerajaan negara asal pelarian, agensi-agensi antarabangsa, badan-badan berkanun kerajaan dan tekanan pembangkang. Penyediaan plan tindakbalas yang disesuaikan dengan suasana tertentu negara tersebut , perlu juga memasukkan tindakan yang dikoordinasikan dalam bidang-bidang seperti polisi negara asing, perundangan antarabangsa, kerjasama ekonomi, polisi penghijrahan dan bantuan pembangunan rasmi. Kesemua tindakan ini adalah diluar dari skop organisasi kemanusiaan.Kemanusiaan secara sedarnya adalah tidak memadai tetapi ianya adalah perlu. Inisiatif politik untuk mengenalpasti punca-punca, mendapatkan persetujuan damai dan perundingan penyelesaian adalah perlu tetapi selalunya adalah perlahan dan tidak pasti. Keperluan manusia mempunyai keutamaan yang bebas. Tidak kira apa politik yang melingkarinya, perlindungan dan bantuan mestilah disediakan dengan segera, cekap dan neutral.Koordinasi yang rapat antara badan-badan politik dan agensi-agensi kemanusiaan adalah diperlukan untuk memastikan keupayaan, limitasi dan kerja-kerja kemanusiaan diambilkira. 2.6 Senario Pelarian Pada tahun 1975 sekumpulan pelarian Vietnam seramai 47 orang telah mendarat di Pulau Perhentian, Terengganu. Kehadiran mereka telah menggemparkan rakyat tempatan dan kerajaan. Bagaimanapun atas dasar kemanusiaan, kerajaan bersimpati dengan penderitaan dan keselamatan pelarian yang memerlukan perlindungan daripada kekejaman rejim yang memerintah Vietnam ketika itu. Pelarian kemudiannya ditempatkan di sebuah pulau yang tiada penghuni iaitu Pulau Bidong yang terletak kira-kira 80km nautika dari Kuala Terengganu. Bermula dari detik itu Pulau Bidong diletakkan sebagai kawasan keselamatan yang ditadbirkan dan dibiayai oleh Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan dikawal rapi oleh Pasukan Petugas Pendatang Haram Vietnam (VII). Selepas kedatangan kumpulan pertama, Malaysia kemudiannya didatangi oleh ribuan PHV ini sehingga jumlahnya mencapai 254 534 orang. Bagaimanapun jumlah tersebut masih kecil dibandingkan dengan PATI yang berada di Malaysia ketika ini kerana jumlah mereka dianggarkan melebihi 1 juta orang. Pada tahun 1988 kerajaan mengambil keputusan untuk menutup Pulau Bidong kepada pelarian bagi menyelesaikan masalah pelarian yang sedia ada. Epison ‘orang hanyut’ Vietnam telah berakhir. Tetapi penutupan ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan kritikan serta reaksi negatif daripada negara maju dan media antarabangsa. Usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab selama 16 tahun memberi tempat perlindungan kepada pelarian tidak dipandang sama sekali. Dalam hal ini; berat mata memandang, sesungguhnya berat lagi bahu yang memikul.Mengikut keputusan persidangan antarabangsa mengenai orang-orang pelarian mulai Mac 1989 semua pelarian yang mendarat di negara-negara yang menandatangani perjanjian yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan ditapis dan dihantar balik ke negara asal. Perjanjian ini telah dipersetujui oleh 56 negara dunia melalui Pelan Tindakan Menyeluruh. Perjanjian itu telah membolehkan Malaysia menguruskan penghantaran pelarian balik secara sukarela ke negara asal mengikut proses tertentu.Walaupun wujud penghantaran ke negara-negara ketiga seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Sweden, Australia dan beberapa negara-negara maju lainnya, proses pemindahan tersebut didapati terlalu lambat. Perkara ini mendatangkan beban kepada negara-negara seperti Malaysia dan Thailand yang terpaksa menanggung akibatnya.2.7 ImplikasiKemasukan pelarian ini menimbulkan berbagai-bagai masalah. Di samping masalah kewangan dan pengurusan, Malaysia terpaksa menghadapi masalah-masalah sosial dan psikologi semasa memberi penempatan kepada pelarian-pelarian ini. Antara masalah yang ketara ialah jenayah, pengangguran, hilang peluang kerja di kalangan penduduk tempatan, masalah penyesuaian dan sosioekonomi yang semuanya terbit daripada wujudnya kem-kem pelarian yang terpaksa dibina oleh kerajaan di kawasan yang sepatutnya mendatangkan sumber sosioekonomi kepada rakyat tempatan.2.8 CadanganMasalah pelarian ini perlu diselesaikan dengan secepat mungkin. Negara-negara ketiga sepatutnya memesatkan pengambilan pelarian-pelarian untuk meringankan beban negara-negara kedua seperti Malaysia. Dalam masa yang sama, negara -negara asal hendaklah melaksanakan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalang rakyat mereka daripada melarikan diri sama ada disebabkan politik atau ekonomi. Selain daripada itu, badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu memberi tekanan kepada negara-negara yang selalu menyebabkan wujudnya masalah ini dengan mengenakan tindakan-tindakan yang tegas. Masyarakat antarabangsa hendaklah memastikan agar segala konflik diselesaikan dengan secepat mungkin untuk menggelakkan timbul masalah pelarian.3.0 Konsep PenghijrahanHijrah bermaksud: Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah, Tahun Islam di mulai dari tahun 662 Masihi, iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w. berpindah ke Madinah; ( berpindah untuk menyelamatkan diri dan sebagainya)Berhijrah bermaksud berpindah iaitu contohnya: Ramai pemuda datang ke kota untuk mencari rezeki yang lebih baik.Penghijrahan: Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mencari kehidupan yang lebih selesa.Faktor-faktor Penghijrahan yang biasa dikenali umum ialah dilakukan oleh dua golongan. Golongan ini ialah pendatang asing yang sah dan pendatang haram yang datang secara tidak sah. Pendatang asing adalah mereka yang datang ke negara ini untuk tujuan bekerja dan mandapatkan permit secara halal serta mengikut kehendak undang-undang yang sah. Manakala pendatang haram pula adalah mereka yang datang ke sini tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Sejarah awal kedatangan pendatang asing disebabkan pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat sehingga tenaga buruh tempatan tidak mencukupi. Ia bermula dengan Dasar Kerajaan yang membuka lebih luas peluang pelaburan serta memberi layanan dan kemudahan kepada pelabur asing untuk membina kilang mereka di sini. Dengan itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai ke negara ini. Penghijrahan yang berlaku sekarang ini, terutamanya dari negara jiran tetangga adalah untuk mencari kesenangan hidup. Ini kerana nilai kehidupan yang dicari tidak berlandaskan agama. Bagi golongan pendatang dari Acheh dan Myanmar, kedatangan mereka ke negara ini ialah untuk mencari perlindungan. Sementara yang lain-lainya seperti pendatang Bangladesh adalah kerana desakan kemiskinan dan kejahilan memperoleh kehidupan biasa di negara sendiri.Hijrah Rasul S.A.W adalah model terbaik kepada perubahan total kehidupan manusia dari kongkongan tradisi yang bercelaru kepada perkembangan dan ketamadunan nizam rabbani yang tidak terbatas oleh masa dan tempat. Hijrah Rasul S.A.W juga mempamerkan bahawa ukhuwah dan kasih sayang sesama muslimin yang tidak mengira rupa dan status; merupakan satu-satunya sumber kekuatan yang mampu memartabatkan dan mengangkat kegemilangan Islam. Ar-Rasul S.A.W ada menyatakan: "Tiada lagi hijrah selepas pembukaan (Al-Fath) kota Mekah, yang pasti berterusan adalah jihad dan niat."Justeru itu jihad pada hari ini ialah tekun dalam memperkayakan ilmu dan iltizam dalam pendisiplinan kerja. Begitu juga niat pada hari ini ialah tulus pengabdian kepada Tuhan dan telus penampilan dan keperibadian.3.1 Faktor Penyebab Berlakunya Penghijrahan 3.1.1 Faktor Penolak(1) Faktor Ekonomi Negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina, Myanmar dan Thailand mempunyai jumlah penduduk yang ramai dan sistem pemerintahan di negara mereka pula tidak membela kehidupan orang-orang miskin. Justeru mereka mengambil peluang untuk berhijrah ke luar negara dengan harapan di negara yang mereka singgah itu boleh mengubah dan membantu kehidupan mereka ke arah yang lebih sempurna.Mereka memilih Malaysia kerana memandang negara ini strategik kedudukan fizikalnya dan menjadi segala pusat tumpuan dari pelbagai negara. Jadi, mereka sanggup datang ke sini dengan berbagai cara walaupun melalui saluran haram. Pendatang Filipina misalnya akan datang melalui Sabah , Sarawak dan Indonesia melalui Selat Melaka untuk datang ke negara ini.Kebijaksanaan kerajaan dalam mengawal kenaikan upah buruh dan inflasi merupakan aspek penting yang membawa kepada kejayaan pertumbuhan ekonomi.(2) PolitikAda kepentingan politik dalam pembinaan negara antara pihak-pihak tertentu dengan golongan korporat dan pelabur kerana mereka tidak mampu untuk menyediakan pembangunan sendiri. Mereka terpaksa bersekongkol dengan pemodal atau puak kapitalis untuk mengaut keuntungan seterusnya membantu mengukuhkan kedudukan politiknya tanpa mengira bahawa mereka sebenarnya boleh berdiri dengan sendiri kerana Malaysia kaya dengan bahan mentah, sumber pembangunan dan tenaga kerja yang ramai.Adanya pemodal atau puak Kapitalis dari negara luar, ini bermaksud mengundang pendatang asing untuk bekerja di sini kerana adanya peluang-peluang ekonomi yang terbuka dan meluas yang ditaja oleh mereka. Secara tidak langsung buruh tempatan akan diketepikan dan keadaan ini sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada rakyat tempatan.Dari sudut lain, kehadiran pemodal atau pelabur asing akan mewujudkan pertumbuhan rancak pusat-pusat rekreasi yang membabitkan beribu-ribu hektar tanah diteroka untuk pembinaan padang golf. Kelab-kelab malam atau pusat-pusat hiburan yang menggalakkan pergaulan bebas, bebas meminum minuman keras dan memerlukan pekerja-pekerja yang ramai untuk menjadi pelayan atau pegawai perhubungan pelanggan dan sebagainya.(3) SindiketAda juga pendatang asing yang datang melalui saluran yang haram. Mereka ini sebenarnya telah digula-gulakan oleh sindiket tertentu dan dieksploit sepenuhnya oleh majikan yang berkehendakkan buruh asing. Kemasukan pendatang asing juga bergantung kepada polisi negara iaitu dasar Malaysia membuka pintu negara seluas-luasnya telah mewujudkan sindiket-sindiket tidak rasmi ‘menjual’ tenaga kerja pekerja Indonesia dan Bangladesh.(4) UndiDari sudut lain, kehadiran mereka diterima oleh pihak-pihak tertentu untuk memperbanyakkan undi apabila menjelangnya pilihanraya di negara ini.(5) KompromiSeakan wujud kerjasama yang erat antara pihak-pihak berkepentingan dengan pihak korporat dan pengusaha-pengusaha ladang, pembinaan dan perkilangan yang mengambil buruh asing kerana mereka sanggup dibayar gaji yang rendah berbanding warga tempatan. Ini memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha yang mengutamakan projek pembangunan dengan memerasguna tenaga buruh asing untuk mengaut keuntungan yang banyak.(6) SejarahFaktor sejarah adalah di antara faktor penolak yang menyebabkan pendatang asing berhijrah ke Malaysia. Contohnya negara Kemboja pada awal tahun "80an di bawah pimpinan Khmer Rough, penghijrahan berlaku di sebabkan mahu menyelamatkan aqidah (yang berketurunan Champa) yang rata-ratanya beragama Islam. Mereka telah mengalami penindasan yang sangat hebat oleh pihak kerajaan pada masa itu. Ulama-ulama mereka ramai yang dibunuh, dikurung di dalam kandang babi, disuruh memakan babi, dipaksa murtad, di seksa dengan kejamnya dan pelbagai lagi seksaan yang cukup hebat ke atas mereka. Justeru penghijrahan menjadi wajib bagi umat Islam untuk menyelamatkan keadaan seperti itu. Bagaimanapun, penghijrah tidak seharusnya berniat untuk menetap di tempat lain kerana mereka perlu kembali ke tanah air mereka bagi menebus maruah Islam dan tanah air mereka. Ini kerana mengasihi tanah air sendiri adalah sebahagian daripada iman ( maksud hadis). Jika mereka tidak kasihkan tanah air bermakna mereka sudah lari daripada ajaran Islam. Malangnya apa yang berlaku sekarang, penghijrahan mutakhir kini dari negara jiran pada umumnya adalah untuk mencari kehidupan baru dan kesenangan hidup. Ini kerana kita tidak nampak banyak sebab nilai kehidupan yang mereka cari berlandaskan agama. Bagaimanapun keadaan di Myanmar dan Acheh, sebahagiannya yang berhijrah ke sini mempunyai unsur-unsur mencari perlindungan. Sementara yang lain-lainnya seperti pendatang Bangladesh adalah kerana desakan kemiskinan dan kejahilan memperoleh kehidupan biasa. Oleh kerana tujuan mereka datang kerana faktor kebendaan maka mereka mengambil kesempatan lain untuk merompak, pecah rumah, mencuri dan melakukan jenayah-jenayah demi mendapatkan wang tambahan. 3.1.2. Faktor PenarikFaktor penarik adalah faktor-faktor yang menyebabkan pendatang asing berhijrah ke Malaysia adalah di sebabkan oleh tarikan yang terdapat di Malaysia. Antara sebab Malaysia menjadi destinasi utama " Persinggahan" ialah:(1) Faktor EkonomiFaktor ekonomi di Malaysia telah membuka peluang pekerjaan yang luas, pendapatan yang lebih tinggi berbanding negara asal mereka. Ini memberikan tarikan kepada mereka walaupun di negara mereka mempunyai peluang kerja tetapi pendapatan yang di tawarkan adalah rendah. Mereka ke mari untuk mencari kelebihan dengan mengumpul harta di sini dan membawanya pulang dan kemudiannya di gunakan untuk membeli tanah, membina rumah, berniaga dan sebagainya. Perkembangan sektor ekonomi yang semakin pesat di Malaysia juga telah menyebabkan kaum wanita keluar bekerja untuk membantu memperkukuhkan ekonomi keluarga. Ini menyebabkan tanggungjawab ibu yang sepatutnya berada di rumah untuk menguruskan kesemua urusan rumahtangga harus di serahkan kepada pembantu rumah yang rata-ratanya terdiri daripada pendatang asing.(2) Faktor SosialPendatang Indonesia seperti orang Jawa, Minang dan Kapar, mereka mempunyai keluarga atau sanak saudara yang telah datang dan menetap di negara ini sejak awal tahun ‘30 an dan ’40 an dahulu. Justeru hubungan erat ini telah memudahkan mereka datang kemari. Di samping itu, tempat yang agak dekat misalnya dari Sumatera ke Malaysia, mereka hanya boleh menaiki bot melalui Tambak Johor dan Selat Melaka dengan mudah tanpa halangan. Adanya hubungan yang lama sejak tahun 30 an dan 40 an, orang-orang Indonesia telah datang dan membuka tanah padi, berkebun kelapa di Johor, Kubang Krian dan Sabak Bernam. Justeru kedatangan mereka kini sebagai lanjutan dari pendatang yang datang ke Malaysia terlebih dahulu sebelum ini.(3) GlobalisasiDari segi globalisasi, modal-modal dan industri di Malaysia lebih berkembang ke Indonesia dan ke serata tempat yang lain. Di sana tenaga buruh lebih berkembang tetapi peluang pekerjaan kurang, maka orang akan berpindah ke tempat yang mempunyai peluang kerja yang lebih banyak. Apabila modal banyak, pekerja kurang, pekerja yang berada ke tempat kurang maju akan berhijrah ke kawasan yang mempunyai peluang pekerjaan yang banyak.(4) Dasar KerajaanDasar kerajaan yang membuka lebih luas peluang pelaburan serta memberi layanan dan kemudahan kepada pelabur asing untuk membina kilang mereka di sini. Kebanyakan pelabur-pelabur daripada Jepun, Korea dan negara-negara Barat mendapati bahawa lebih untung sekiranya mereka membina kilang di sini serta memindahkan operasi pemasangan dan pembuatan mereka ke Malaysia. Kesan dari itu negara menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh dan ini merupakan salah satu tarikan yang menggalakkan kedatangan buruh kenegara ini.(5) Gambaran KemewahanFaktor lain adalah mereka manggambarkan Malaysia sebagai "Syurga Dunia" yang mewah, banyak peluang yang banyak serta penndapatan yang tinggi. Ini berlaku apabila orang-orang yang awal pergi ke Malaysia dan apabila mereka pulang ke negara asal mereka, mereka mula membeli tanah, membuka perniagaan dan sebagainya dan ini secara tidak langsung telah menarik perhatian dan memberi pengaruh kepada orang yang terkemudian. Sudah tentu apabila mereka datang ke sini, dengan semangat bekerja keras sebagai buruh binaan sememangnya mereka akan mendapat upah yang lumayan antara RM 25-30 sehari dan boleh mengumpul wang dan mengirimkan wang kepada keluarga mereka yang berada di negara asal mereka.(6) Kepelbagaian Agensi PenghijrahanKebanyakan para penghijrah yang datang ke Malaysia adalah melaui pelbagai jenis agensi-agensi. Antara agensi-agensi yang terlibat adalah:Agensi yang terlibat dengan pendatang asing banyak terdapat di Malaysia, antara agensi yang berdaftar, terdapat lebih daripada 100 buah, yang tidak sah seperti "taikong darat" dan broker, sebahagiannya menjadi wakil agensi dan sebahagiannya adalah orang perseorangan iaitu orang Indonesia yang lebih awal datang ke sini pada awal tahun 70-80 an dan sudah mempunyai pengalaman di sini. Apabila pulang ke negara asal, mereka membawa rakan-rakan, keluarga atau buruh-buruh secara individu untuk di bawa ke sini. Mereka yang datang secara haram ini lebih banyak berbanding pendatang yang datang secara sah. Bagaimanapun ada sesetengah buruh asing khususnya dari Indonesia, mereka datang mengikut kehendak suku masing-masing. Misalnya suku Boyan, mereka lebih suka menetap di kawasan tertentu contohnya kawasan Ampang, Bukit Belacan, Balakong dengan mendirikan rumah setinggan untuk di diami oleh keluarga dan anak-anak. Oleh kerana mereka lama menetap di situ mereka berkesempatan menyekolahkan anak-anak mereka. Yang lainnya seperti suku Jawa mereka kadang-kadang tidak membawa keluarga dan terpaksa berulang- alik untuk menemui keluarga mereka dalam masa dua tahun dan datang semula ke mari sama ada membawa kawan atau perseorangan. Bidang pekerjaan yang dipilih oleh pendatang ini juga adalah berlainan. Suku Minang, Kapar dan Acheh mereka suka bebrniaga, suku Boyan dan Jawa mereka sanggup bekerja sebagai buruh binaan. Tumpuan mereka ini di seluruh nengara sama ada di bandar atau luar bandar. Sementara yang menjadi pembantu rumah terdiri daripada wanita Indonesia dan Filipina. Kebanyakan daripada mereka yang memasuki Malaysia secara haram dan banyak di antara mereka di dapati di Sabah dan Sarawak. Kebanyakan pendatang Bangladesh pula datang ke Malaysia secara sah iaitu melaui agensi di sana yang menguruskan kemasukan mereka ke mari.Keanjalan Penawaran dari Institusi pendidikanSistem pendidikan yang sedia ada selalu di dapati tidak terancang mengikut keperluan negara. Kerapkali terdapat kekurangan tenaga buruh di dalam bidang-bidang tertentu apabila ia di perlukan untuk membantu pembangunan negara. Negara hanya mementing kepada pendidikan tinggi yang bakal mengeluarkan para graduan lulusan pembinaan seperti jurutera, pelukis pelan dan sejumlah golongan graduan yang terlibat di dalam bidang-bidang pengurusan sahaja tanpa mengira bahawa negara kekurangan buruh-buruh yang berkemahiran. Pembinaan sekolah-sekolah teknik dan vokasional juga tidak dapat memenuhi permintaan pekerjaan yang semakin meningkat di sektor pembinaan dan perusahaaan. Implikasi Walaupun kedatangan pendatang asing ke negara ini secara langsungnya mendatangkan kesan yang positif di dalam membantu perkembangan dan kemajuan ekonomi negara kita tetapi ia secara tidak langsung juga mendatangkan kesan yang negatif kepada negara. Antara kesan-kesan negatif kedatangan pendatang asing ke negara kita ialah peningkatan jenayah seperti pecah rumah, kecurian, rogol, rusuhan dan lain-lain. 3 .3 CadanganSesetengah anggota masyarakat, kita tidak peka dan tidak prihatin apabila ada pendatang asing di tempat atau kampung mereka. Mereka tidak mahu mengambil tahu sama ada pendatang asing itu berdaftar atau tanpa izin. Malah, jika mereka tahu yang datang itu adalah secara haram, mereka tidak mahu melaporkan kepada pihak berkuasa. Masyarakat menganggap tugas menangkap pendatang tanpa izin adalah tanggungjawab Imigresen, pihak polis, pihak berkuasa dan seumpamanya. Orang ramai perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah pendatang haram ini. Dengan lebih sejuta PATI, pelarian dan penghijrahan beramai-ramai ini ke negara ini, kita mesti lebih prihatin. Setiap kali ada pendatang haram baru yang masuk ke negara ini, peluang kita - untuk pekerjaan dan lain-lain kegiatan ekonomi - akan menjadi semakin kecil. Jika kita terus memberi laluan kepada mereka, mungkin peluang kita akan terus habis. Memang, atas rasa kemanusiaan kita selalu ingin menolong sesama manusia. Namun, dalam sesetengah keadaan kita perlu menolong diri sendiri sebelum menolong orang lain.Kerajaan perlu menguatkan undang-undang yang ada dengan lebih ketat lagi, contohnya sekarang ini bagi mengawal kemasukan pendatang asing kerajaan telah mengadakan undang-undang iaitu mereka perlu masuk ke negara ini melalui saluran yang sah dan jika ada majikan yang ingin mengambil mereka secara haram majikan akan dikenakan denda hanya RM 10,000 bagi seorang pekerja asing.4.0 KesimpulanKegawatan ekonomi yang melanda rantau ini sudah mula memberikan kesan kepada banyak perkara dan masalah kemasukan secara haram rakyat dari negara-negara yang paling terjejas. Bagaikan ‘gula yang dihurungi semut’, Malaysia nampaknya terus menjadi sasaran rakyat asing yang menceroboh sama ada masuk menerusi perairan mahupun jalan darat. Kebimbingan ini jelas dirasakan daripada kenyataan tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menyifatkan kemasukan haram rakyat asing semakin ‘menjadi-jadi’ dan sudah sampai ke peringkat mencabar kedaulatan negara walaupun atas nama mencari rezeki. Perkembangan terbaru ini sebenarnya menuntut semua pihak untuk menggandakan usaha selain melakukan post-mortem terhadap banyak perkara termasuk sistem kawalan pintu masuk negara supaya tidak mudah diperlecehkan oleh rakyat asing. Sikap liberal kerajaan terhadap pendatang tanpa izin harus dihentikan segera sebelum ia menggugat kestabilan sosioekonomi negara - yang sebenarnya telah dirasakan oleh rakyat.Perbincangan mengenai pelarian dan penghijrahan jelas menunjukkan bahawa terdapat pertalian erat antara pertumbuhan pesat ekonomi dengan keperluan tenaga buruh dan seterusnya kebanjiran buruh asing ke Malaysia. Kadar pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan sudah tentu membuka banyak peluang pekerjaan dalam sektor utama ekonomi terutamanya perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan. Pertumbuhan ini juga menjadi daya tarikan utama di kalangan buruh asing. Di samping banyak sumbangan dan faedah yang dapat diperolehi dari mereka, keadaan boleh membimbangkan apabila kedatangan mereka meliputi sosioekonomi, politik dan keselamatan negara. Peraturan yang lebih ketat dan tegas perlu diambil dalam menangani masalah ini. Keadaan dan sistem kawalan yang tidak kemas dan cekap dapat memberi imej yang berterusan kepada masyarakat di negara asal pendatang dan pelarian.FAKTA MENARIK TENTANG PENDATANGMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Hamid Othman, berkata perbincangan mengenai gejala sosial dan negatif yang menular di kalangan masyarakat tempatan mendapati peningkatan kemasukan asing yang mengamalkan kegiatan yang bertentangan akidah, dikenal pasti sebagai punca utama keruntuhan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 7.9.96)Tujuh lelaki Bangladesh cedera parah dan beberapa orang lagi rakan mereka cedera ringan apabila dibelasah oleh beratus-ratus penduduk tempatan dalam satu kejadian rusuhan di Taman Sri Amar, Jalan Teberau, Johor Bharu, 10 September 1996. Kejadian tercetus apabila beberapa lelaki Bangladesh dikatakan memukul seorang pemandu teksi rakyat tempatan yang melindungi seorang penumpang wanitanya daripada diganggu lelaki-lelaki terbabit. (Utusan Malaysia, 11.9.96)Kementerian Sumber Manusia akan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen menghantar pulang semua pekerja asing yang tidak bermoral semasa bekerja di negara ini. (Utusan Malaysia, 13.9.96)Polis berjaya mendapat perintah mahkamah majistret Muar Johor untuk menahan reman 36 rakyat Bangladesh yang merusuh yang disyaki memukul seorang pengawal keselamatan di kawasan Tipong Agus (Utusan Malaysia, 18.9.96)Rukun Tetangga Taman Istimewa mendakwa perpindahan 80 rakyat Bangladesh yang terlibat dalam kejadian rusuhan dengan penduduk Taman Sri Amar pada 9 September 1996 ke situ menggugat ketenteraman mereka (Utusan Malaysia, 19.9.96)Seorang lelaki cedera dipukul 13 rakyat Bangladesh di Jalan Selasih, Taman Istimewa, Pandan, Johor Bahru. Pergaduhan dikatakan berlaku apabila lelaki berkenaan menegur lelaki asing itu kerana mengganggu adik perempuannya (Utusan Malaysia, 19.9.96)Polis menangkap 12 pendatang asing Bangladesh ekoran dua kejadian membabitkan pergaduhan denganr rakyat tempatan di Taman Nagasari Prai dan Kampung Bukit Tengah, Pulau Pinang. Polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu juga berpunca akibat mereka menganggu wanita tempatan (Utusan Malaysia, 26.6.96)Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid Megat Ayob mengatakan pekerja asing yang berkahwin dengan wanita tempatan akan dibatalkan permit kerja dan dihantar pulang ke negara asal serta-merta. (Utusan Malaysia, 26.9.96)Kerajaan tidak akan memberi sebarang kelonggaran kepada pekerja asing yang berkahwin dengan wanita tempatan dan peraturan itu adalah muktamad. (Utusan Malaysia, 30.9.96)Jabatan Agama Islam di seluruh negara menerima lebih 2,000 permohonan kahwin sejak lima tahun lepas. Dan terdapat sebanyak 200 pekerja asing yang menjalin hubungan dengan wanita tempatan memohon untuk berkahwin (Utusan Malaysia, 30.9.96)Akhbar-akhbar tempatan melaporkan beberapa pemuda Bangladesh didakwa memperkosa seorang pelajar Institut Teknologi Mara (ITM). Setelah disiasat, Datuk Megat Junid Megat Ayob membuat penafian terhadap berita palsu tersebut.Pergerakan wanita MIC akan melancarkan kempen kesedaran mengenai risiko wanita berkahwin dengan pendatang asing di seluruh negara (Berita Harian, 1.10.96)Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Said Awang mengatakan pihak polis sedang mengkaji dari pelbagai aspek jenayah yang berlaku di kalangan pendatang asing di negara ini (Utusan Malaysia, 3.10.96)Seorang lelaki Bangladesh didapati mati ditikam di dalam satu pergaduhan dengan seorang pekerja Indonesia di kawasan tapak pembinaan sebuah hospital (Berita Harian, 5.10.96)Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapati kebanyakan pendatang Bangladesh dan Indonesia terlibat di dalam banyak kes jenayah syariah terutamanya kes berkhalwat dengan wanita tempatan. (Mingguan Malaysia, 6.10.96)Mufti Kerajaan Negeri Perak, Datuk Harussani Zakaria mengatakan tindakan mengawal perkahwinan antara pekerja asing dengan wanita tempatan tidak bercanggah dengan Islam (Mingguan Malaysia, 6.10.96)Jabatan Agama Islam Melaka diarah mengkaji jumlah sebenar warga asing di negeri itu yang berkahwin dengan wanita tempatan (Berita Harian, 7.10.96) Perbezaan diantara pelarian dan penghijrahan Orang yang berhijrah (migran) biasanya meninggalkan negara asal mereka secara rela untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Bagi seseorang pelarian, keselamatan adalah lebih penting berbanding dengan keadaan ekonomi negara pelindung. Secara praktikalnya, perbezaan diantara kedua-duanya adalah susah untuk ditentukan. Namun begitu ia tetap penting.Seorang migran gembira dengan perlindungan kerajaan negara asalnya tetapi seorang pelarian tidak dapat menikmati keadaan yang sama.
Source : http://members.tripod.com/~sarjana/hijrah1.html