Sabtu, 29 November 2008

Kisah Bidong 17

Selamat Tinggal Orang Hanyut, Selamat Datang Dunia Yang Kejam
Oleh Andrew Lam
Bertarikh : 24.04.1996

Ketika seramai 35,000 pelarian Vietnam bertaburan di serata kem pelarian di Asia Tenggara disuruh pulang ke negara asalnya, pengajarannya satu kesedaran bahawa dunia luar yang satu ketika menjanjikan kesenangan hidup kini sama sahaja dengan negara asal. “tiada lagi tempat untuk melarikan diri”. PNS Editor, Andrew Lam , bekas pelarian Vietnam baru-baru ini melawat kem pelarian di Kemboja dan Hong Kong.

San Jose,CA . Satu imej yang menghantui kami. ….. sebuah bot kecil terumbang ambing di tengah lautan bergelora. Pada tiang benderanya berkibar satu bendera SOS , apabila melintasi sebuah kapal tangan –tangan kecil melambai-lambai dengan maksud yang sama terdapat pada bendera. “ Selamatkan kami, Kami ingin kebebasan, Kami sayang USA.!” Sayangnya kita tidak dapat ikuti kesudahan ceritanya.
Pada hari ini orang krisis orang pelarian melanda hampir setiap ceruk dunia. Semangat untuk mencari perlindungan di negara lain telah bertukar menjadi penyesalan dan ketakutan. 35,000 pelarian Vietnam yang ada di seluruh asia Tenggara pada hari ini diminta pulang ke negara asal. Ini lah yang dinamakan Order Baru Dunia !!!. Tetapi apa yang pelarian inginkan……kebebasan atau dihantar pulang. Sebenarnya lebih mudah menutup telinga dan melabelkan orang-orang pelarian Vietnam dengan pelbagai label kemudian mengantar mereka pulang daripada mendengar dan memahami situasi yang ekonomi yang sedang mereka hadapi.
Contohnya Mr Diep Tran, seorang bekas Leftenan tentera Vietnam. Beliau ditangkap ketika cuba melarikan diri pada tahun 1979, dia diseksa dan dihantar ke kem pemulihan manakala isterinya dipaksa tinggal bersama pelatih komunis untuk mengelakkan keluarga mereka daripada disenarai sebagai orang yang dikehendaki. Tetapi akhirnya Mr Diep dan anak lelakinya berjaya melarikan diri ke Hong Kong. Apabila sampai di Hong Kong dia dinafikan hak sebagai orang pelarian kerana tidak cukup wang sebanyak 3000 dollar seperti yang diminta olah pegawai di Hong Kong. Anaknya membunuh diri di hadapan pejabat PBB di kem pelarian.
Puan Huong Nguyen menghabiskan masa selama sepuluh tahun di Zon Ekonomi Baru sebagai buruh paksa. Dia bekerja membersihkan hutan bersama kawan-kawanya sebagai tempat bercucuk tanam. Dia mempunyai seorang anak lelaki dan sedang mengandung lagi. Suaminya dibunuh ketika melarikan diri dari kem pemulihan. Dia melarikan diri dan terpisah dengan anaknya. Setelah disaring dia bersama anak yang dilahirkan diminta keluar dari Filipina.
Lam A Lu merupakan suku kaum Montagnard yang berjuang bersama tentera Amerika Syarikat. Beliau telah dijadikan buruh paksa dan disiksa sebelum berjaya melarikan diri. Pihak berkuasa Hong Kong tidak mempercayai ceritanya serta menolak permohonannya untuk berlindung di Hong Kong walaupun beliau menunjukkan sembilan bekas peluru pada tubuhnya. Jika Lkeadaan seperti Lam tidak diterima sipakah lagi yang akan diterima ? adakah sami Buddha yang dihalang daripada melakukan satu-satu upacara atau Rahib yang dilarang daripada menyanyika lagu gereja ?. Mereka yang masih tinggal di kem pelarian menjadi putus asa.
Bagi mereka ini dunia yang bebas tidak lagi wujud. Keadaan dinegara sendiri dan negara orang sama sahaja ‘ tiada ruang mereka untuk hidup bebas dan berdikari”. Kadangkala dunia luar lebih buruk. Bagi Puan Huong Nguyen, anakya yang tertinggal di negaranya sewaktu melarikan diri kini telah berada di Santa Ana Carlifornia manakala dirinya masih kebingungan mencari hala tuju.
Apabila kita melawat ke kem kem pelarian kita akan dikerumuni oleh orang –orang pelarian yang menceritakan keperitan dan kesengsaraan mereka . Dari wajah-wajah mereka kita akan lihat betapa mereka begitu sekali meminta simpati. Bagi mereka hidup tidak membawa sebarang erti apabila hidup dalam “kurungan”. Seorang anak yang dilahirkan dalam kem tahanan hanya mengenali pagar kem, baldi plastik merah sebagai bekas makanan, tempat tidur, halaman bersimin dan langsir nipis, rumah ku……Di atas kepala mereka deruman Jet Jumbo yang datang dan meninggalkan bandar Hong Kong. “ benarkah pakcik jika lampu merah kita berhenti dan jika lampu hijau kita berjalan ?“ tanya seorang kanak-kanak.
Bagi orang pelarian yang berada di kem mereka hanya ada lampu merah. Mereka masih lagi berada di sebalik tirai besi dan memperjuangkan kebebasan diri. Mitos perjalanan hidup mereka berada di pertengahan jalan. Nasib malang mereka yang berada di sini bukan kerana mereka berbohong tetapi sejarah telah membohongi mereka.
Bagi negara barat kita dapat pengajaran. Mereka tidak lagi mengingini kita. Minat mereka untuk mengambil kita pada satu ketika bertukar kepada bagaimana melindungi mereka daripada orang-orang pelarian. Tiada siapa lagi mendengar kintihan kita. Tetapi sepak terajang dan tangisan kita sewaktu menaiki kapal terbang untuk dihantar pulang adalah amaran kepada kita sendiri terhadap nasib malang kita. Bagi mereka kita bukanlah sebahagian daripada kita, yang terkapai-kapai mencari arah tuju kehidupan seperti berada dalam keadaan gelap gulita.

Tiada ulasan: