Khamis, 13 November 2008

Kisah Bidong 6

Malapetaka Yang Dihadapi oleh Orang Hanyut
Setelah pengunduran tentera Amerika dari bumi Vietnam ramai penduduk tempatan tidak lagi berminat untuk tinggal di sini. Bagi mereka yang kaya dan berpengaruh mereka meninggalkan Vietnam melalui udara atau diangkut oleh orang-orang orang Amerika tetapi kebanyakannya mengembara dan belayar di laut menuju dan melalui Teluk Thailand aka bermulalah satu era dalam sejarah lanun moden di Teluk Thailand.
Situasi ini telah mengundang nelayan Thailand bertukar menjadi lanun secara sambilan. Dengan adanya pelarian mereka mencari pendapatan dengan cara mudah iaitu merompak dan mengambil barang-barang berharga di atas kedaifan mereka ditambah pula dengan kemiskinan dan kesukaran nelayan ini mendapatkan ikan di laut.
Kerajaan Vietnam tidak menghiraukan dan mengambil tahu tentang orang-orang yang melarikan diri dari negara mereka manakala kerajaan Thailand pula memekakkan teliga daripada menerima kedatangan bot yang membawa orang-orang pelarian. Tiada siapa yang ingin mengambil tahu dan membela nasib pelarian ini menyebabkan aduan dan rintihan mereka ibiarkan begitu sahaja. Keadaan ini berterusan sehinggalah keadaan menjadi terlalu serius dan pihak berkuasa Amerika Syarikat mula campur tangan dan mula mendesak kerajaan Thailand mengambil tindakan. Tetapi sebelum ianya berlaku pelbagai tragedi telah menimpa orang-orang pelarian ini.
a. Pada awal 1980an seorang Amerika iaitu Ted Schweitzer telah sampai ke sebuah pulau yang didiami oleh lanun dan mendapati sebuah bot yang membawa 238 pelarian telah di tenggelamkan. Lapan puluh orang telah dibunuh manakala kaum wanita dirogol dan dipaksa menari bogel. Schweitze telah cuba untuk menghentikan perbuatan ini tetapi telah dipukul sehingga pengsan. Nasib menyebelahinya kerana beliau masih hidup. Apabila dia sedar semula dia mendapati anggota badan manusia yang telah tercerai berselerakan.
b. Ngoyen Phan Thuy telah meninggalkan Vietnam bersama ibu, ibu saudara dan adik perempuannya yang masih kecil. Setelah sepuluh hari mengharungi lautan bot mereka rosak, bekalan makanan dan minuman kehabisan. Kemudian mereka telah diserang oleh lanun. Mereka menembak mati ibu saudaranya. Seorang lelaki tua yang memakai gigi emas pula dicungkil giginya menggunakan pisau. Seorang kanak-kanak kecil telah dibuang ke laut. Mereka yang masih hidup dipaksa bertelanjang dan dibawa ke pantai. Bot mereka dikaramkan. Kaum wanita dipaksa berbaris. Mereka mengambil dua orang gadis yang dikenali sebagai Phang dan Lien lalu dibawa ke atas bot mereka. Sepanjang tiga minggu mereka dirogol berulang kali. Lien tidak berdaya lagi untuk bangun sehinggalah akhirnya dia dihumbang ke laut oleh lanun itu. Phang telah dijual ke sebuah rumah urut. Phang mengandung tetapi anaknya digugurkan dengan menggunakan buluh runcing. Nasib menyebelahinya apabila dia dapat melepaskan diri dan menghubungi pihak UNCHR.
c. Pada tahun 1989 sebuah bot yang membawa 84 orang pelarian Vietnam telah diserang oleh lanun. Wanita dan kanak-kanak telah dibawa ke dalam d bot mereka manakala kaum lelaki dipukul sehingga mati seorang demi seorang. Keadaan menjadi panik lalu mereka cuba melawan lanun berkenaan. Akhirnya lanun itu panik dan merempuh bot pelarian sehingga karam. Mereka cuba menyelamatkan diri tetapi dengan berpaut pada bot lanun itu tetapi ditolak oleh lanun dengan menggunakan galah yang ada di dalam bot mereka. Tiga belas orang terselamat apabila berpaut kepada benda yang terapung dalam kegelapan malam.
d. Pada bulan April tahun 1989 tujuh orang lanun bersenjatakan senapang, pisau dan penukul telah menyerang 129 orang pelarian Vietnam yang melalui teluk Siam. Wanita –wanita dirogol sebelum mereka semua dibunuh kecuali seorang iaitu Phang Ngoc Man Hung yang dapat menyelamatkan diri dengan berpaut pada tiga mayat reput yang dijadikan rakit.
Sebagai langkah mengelakkan serangan lanun kerajaan Thailand menguatkuasakan satu undang-undang iaitu meletakkan nombor pendaftaran pada setiap haluan bot nelayan. Bot-bot nelayan juga diambil gambar ketika keluar dan masuk. Ia sememangnya memberikan kesan yang sangat baik dari segi kadar penurunan serangan lanun. Tetapi lanun yang degil menjadi lebih kejam, mereka menghapuskan terus pelarian Vietnam untuk menghilangkan sebarang bukti kekejaman mereka di laut.
Kisah lanun ini berakhir pada akhir tahun 1980an serentak dengan bilangan pelarian Vietnam yang sangat berkurangan. Namun begitu ia kekal dalam catatan sejarah sebagai tindakan lanun yang sangat kejam tanpa keperimanusiaan dan disebalik melanun mereka juga melakukan kerja-kerja jenayah yang lain. Sesungguh cerita-cerita ini bukanlah kisah yang ditokok tambah malahan ianya mempunyai persamaan daripada cerita-cerita banyak disampaikan dari mulut ke mulut.

Tiada ulasan: