Selasa, 18 November 2008

Kisah Bidong 13

Satu ketika tiga buah bot membawa orang-orang pelarian Vietnam untuk keluar dari negaranya. Melissa Chew ketika itu berumur tiga belas tahun. Sekarang berumur 44 tahun dan tinggal di Sydney. Beliau menceritakan “ Saya menaiki bot pada tahun 1979 bersama keluarga dari sebuah pekan kecil bernama Rach Gia, di selatan Vietnam, dimana ramai orang pelarian Vietnam yang selalu bertolak dari sini. Bot yang kami naiki sesuai untuk 90 orang tetapi pada hari itu ia memuatkan 280 orang. Keadaan di dalam bot amat sesak dan tidak mampu untuk bergerak bebas. Satu keluarga duduk berhimpit-himpit. Ibu memberikan setiap orang satu sudu air sehari.”
Perjalanan Mellisa mengisahkan banyak pengalaman yang memilukan dan menakutkan. “Kami hanyut selama 28 hari , kehabisan air menyebabkan 28 orang meninggal dunia. Kami juga dirompak lanun sebanyak 30 kali. Pada satu malam lanun telah menarik seorang perempuan ke atas bot mereka, tetapi wanita itu melawan dan terjun ke laut, sejak hari itu kami tidak lagi melihatnya. Pada kali lain sebuah bot lanun datang dan menyatakan akan menarik bot mereka ke pantai. Sebaliknya mereka telah mengambil seorang wanita, kami mendengar raungan meminta tolong dari wanita berkenaan keesokannya kami melihat wanita itu terapung di laut dan tidak bernyawa lagi. Melissa menceritakan keadaan dalam bot yang begitu sesak dan padat sehingga tiada peluang langsung untuk bergerak. Seorang wanita yang keletihan meminta anak lelakinya yang berumur dua belas tahun menjaga anaknya yang berumur lebih kurang tiga bulan. Apabila terkejut dari tidur dia mendapati anaknya kecilnya telah tersepit di bawah dek bot dan meninggal dunia.
Apabila seseorang meninggal dunia di sini mereka akan dipakaikan pakaian yang seadanya yang dibawa bersama sebagai penghormatan kemudian diturunkan ke dalam laut.
Dia mengingat kembali pada satu malam apabila ribut mula melanda, seorang ayah memeluk anak-anaknya dan berkata “ Ayah meminta maaf kerana membawa kamu ke sini, tetapi jika mati kita akan mati bersama”.
Sebuah bot lain pula mempunyai cerita yang menakjubkan. Dalam satu pelayaran yang terdiri daripada 125 pelarian Vietnam, bot mereka kehabisan minyak lalu hanyut selama tiga bulan. Mereka juga kehabisan air dan makanan akibatnya semua meninggal dunia kecuali seorang. Untuk meneruskan hidup dia terpaksa memakan daging rakannya yang telah meninggal dunia. Dia menghiris mayat itu lalu menjemur dan kemudian memakannya. Orang yang terakhir meninggal dunia ialah sebulan sebelum dia ditemui. Ini bermakna dia juga memakan mayat yang berusia lebih dari sebulan.

Tiada ulasan: