Ahad, 2 November 2008

Kisah Bidong 2

Sister Carol McDonald telah berkhidmat selama enam tahun di kem pelarian Pulau Bidong bermula tahun 1995. Dia mengingat kembali bagaimana seorang budak lelaki berumur 14 tahun menjadi bongkok akibat terlalu lama berada dalam keadaan demikian sewaktu di dalam bot. Budak itu dimaksukkan ke hospital beberapa hari.
Sister Carol merupakan seorang bekas pengetua, beliau telah membuka sebuah sekolah menegah rendah di Pulau Bidong yang menampung kira-kira 600 pelajar. Kelas itu diadakan selama dua jam sehari. “Mereka dalam keadaan kesepian, sedih dan tiada tempat bergantung , terutamanya yang dibiarkan meninggal kampung halaman mereka bersendirian” Katanya.
“Kitalah sepatutnya memujuk, memberi dorongan dan kasih sayang kepada mereka”. Sister carol juga begitu kagum dengan ketabahan yang dihadapi oleh orang-orang pelarian Vietnam ini. Kata Sister Carol “ keadaan pondok tempat tinggal mereka sangat teruk, 15 hingga 18 orang diam dalam satu bilik , penghuninya tidur secara berhimpit-himpit. Tetapi mereka sentiasa senyum kepada kami. Mereka selalu menjemput kami minum teh di dalam cawan yang diubah suai daripada botol sos.
Di sebalik keadaan seperti itu ramai pula yang mengalami penderitaan yang tidak tertanggung dan merayau-rayau dalam keadaan kebingungan.” Seorang wanita datang ke pejabat saya pada satu hari dengan pandangan mata yang cengkung dan tajam” melalui penterjemah saya mendapat tahu bahawa beliau datang ke sini didalam sebuah bot bersama suami dan enam orang anaknya. Sewaktu dalam pelayaran bot mereka telah dipintas oleh lanun. Mereka menaiki bot dan mengacukan pisau ditengkuk anaknya yang berumur empat tahun serta meminta supaya diserahkan anak gadis mereka yang berumur 14 dan 15 tahun termasuk dirinya. Selepas merayu cuma dua orang anak gadisnya yang dibawa lari. Berkemungkinan gadis gadis itu dirogol, dibunuh, dicampak kelaut atau dijual ke rumah-rumah pelacuran tidaklah diketahui nasibnya. “Selepas itu saya selalu bercakap dengannya dan beliau berkata beliau tidak dapat tidur dan merayau-rayau seperti mayat hidup (zombie)”.
Keadaan hidup disini sangat sukar kerana bekalan makanan tidak mencukupi. Walaupun aktiviti memancing dan memetik buah kelapa tidak dibenarkan ,orang orang pelarian disini selalu melakukannya secara curi-curi. Mereka akan didenda sekiranya ditangkap oleh pihak berkuasa.

Tiada ulasan: