Isnin, 17 November 2008

Kisah Bidong 8

KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISU-ISU GLOBAL (MTP 3012)
BEZAKAN DIANTARA KONSEP PELARIAN DAN PENGHIJRAHAN. APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA FENOMENA INI?
1.0 PENDAHULUAN
Laluan memang penuh berliku, sedang masa depan masih tidak menentu. Tetapi, sekali mengharung lautan pantang untuk berpatah balik. Mereka betul-betul nekad dan berserah pada nasib, sambil berpegang pada satu bidalan lama; "Untung sabut timbul, untung batu tenggelam". Ramai yang menerima untung batu - mati dan tenggelam di laut setelah gagal melawan ombak untuk berenang ke pantai. Sudah banyak ‘pelayaran harapan’ menggunakankan feri, bot dan sebagainya dari negara jiran itu bertukar menjadi tragedi apabila penumpang-penumpang dipaksa terjun ke laut dalam untuk berenang ke pantai. Pihak berkuasa kemudian menemui mayat-mayat terapung yang terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak. Sesetengahnya betul-betul seperti batu - tenggelam tidak timbul-timbul dan berkubur di dasar laut.
Satu ancaman yang menggugat keselamatan negara ialah kemasukan pelarian dan penghijrahan pendatang tanpa izin dari negara luar. Terdapat beberapa sebab mengapa Malaysia menghadapi masalah kemasukan kumpulan ini.
a. Negara kita terdedah kepada keadaan huru-hara politik yang berlaku di beberapa negara Asia Tenggara
b. Wujudnya perbezaan ekonomi di antara negara kita dengan negara lain yang menimbulkan keinginan rakyat negara lain itu untuk datang ke Malaysia
c. Keadaan sempadan maritim untuk memasuki negara ini sangat mudah
d. Negara-negara asal tidak mengambil sebarang tindakan positif untuk menghalang rakyat masing-masing lari ke negara lain, malah ada negara asing yang menggalakkan rakyatnya untuk bermastautin di negara lain.
Umpama magnet, bumi Malaysia memiliki daya tarikan yang sangat kuat terhadap pendatang dan isu pencerobohan oleh pendatang dan pelarian yang memohon simpati, bukanlah fenomena baru. Kalau dulu negara heboh kehadiran Pendatang Haram Vietnam (PHV), kini negara heboh perihal Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Penghijrahan dan pelarian asing telah menjadi satu fenomena sejagat. Pada suatu masa dahulu, buruh asing lebih banyak tertumpu di Eropah Barat, Amerika dan negara-negara pengeluar utama minyak di Asia Barat. Selepas tahun 1960-an dan 1970-an, keperluan penghijrahan, pelarian dan masalah pendatang asing beralih ke negara-negara Asia Pasifik. Negara seperti Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura telah menjadi tumpuan utama buruh asing terutamanya dari negara Asia yang lain.
Perkembangan dan pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan keperluan guna tenaga dan buruh dalam pelbagai sektor ekonomi dan tahap kemahiran. Sumbangan dan peranan pendatang dan pelarian dalam pertumbuhan ekonomi negara amat penting. Bagaimanapun, kehadiran mereka di Malaysia sudah mencapai tahap yang membimbangkan dan mungkin di luar kawalan. Implikasi daripada lebih sejuta orang yang tidak dapat dikesan tentang latar belakang dan pekerjaan mereka sudah tentu membimbangkan semua. Pada amnya, persoalan dan implikasi negatif tentang kehadiran mereka mencakupi persoalan ekonomi, sosial dan politik.

2.0 KONSEP PELARIAN
Pelarian adalah merupakan sebagai salah satu petanda bagi penyakit kehidupan. Keadaan pelarian pada dekad ini telah menunjukkan bahawa ia adalah merupakan salah satu cabaran semulajadi yang mesti ditempuhi di dalam masa yang sama di mana kita mengejar kemajuan dan pembangunan. Sejumlah 18.2 juta penduduk di beberapa buah negara telah dipaksa untuk meninggalkan tanahair me.reka di sebabkan oleh kebimbangan dan ketakutan mereka terhadap penganiayaan, penindasan serta pennyeksaan yang dilakukan ke atas mereka. Secara puratanya hampir 10,000 orang telah menjadi pelarian setiap hari.
Menurut kamus am: RESCENT NEWS (KL) SDN.BHD. 1995 :
Pelarian: Orang yang melarikan diri ke negara lain kerana di sebabkan oleh revolusi yang terjadi di negara mereka atau diserang musuh.
Menurut UNHCR pelarian ialah:
• Orang yang melarikan diri daripada perang
• tidak mampu melindungi diri sendiri
• dianiaya disebabkan oleh bangsa, agama, kerakyatan, keahlian mereka di dalam kumpulan sosial yang tertentu serta pegangan politik mereka.
• wajar mendapat perlindungan antarabangsa.
Undang-undang pelarian sudah 45 tahun digunakan dan ia merupakan perjanjian secaraprotokol sejak dari tiga dekad lalu. Dalam tempoh tersebut, sebab berlakunya pelarian telah ditukar baru-baru ini. Sebab utama adalah peperangan, etnik, suku bangsa dan keganasan agama.UNHCR menimbangkan mereka yang lari dari peperangan atau keadaan yang terlibat dengan peperangan dan negara mereka sudah tidak mampu untuk memberi perlindungan kepada mereka dan mereka ini perlu kepada perlindungan antarabangsa boleh dipertimbangkan sebagai pelarian.2.1 Penetapan Status PelarianSeseorang itu di gelar pelarian tidak kira samada ianya datang ke sesebuah negara itu secara sah atau tidak. Bagi mengenalpasti hak dan status pelarian, kerajaan bagi sesebuah negara memperkenalkan prosedur pengenalpastian status pelarian dengan merujuk kepada sistem undang-undang kerajaan mereka sendiri. Secara amnya mereka yang memohon status pelarian negara perlu menyatakan bahawa ketakutan mereka terhadap sesuatu hukuman adalah bertempat. Namun begitu terdapat banyak kes-kes yang melibatkan mass exodus yang berlaku secara tiba-tiba akibat kempen-kempen penghapusan etnik atau serangan terhadap keseluruhan ahli sesuatu kumpulan. Keperluan untuk menyediakan pertolongan segera menyebabkan secara praktikalnya penentuan status individu adalah tidak mungkin. Terutamanya apabila setiap ahli kumpulan itu melarikan diri kerana sebab yang sama. Maka lebih sesuai dinyatakan keadaan ini sebagai status pelarian secara penentuan kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan itu dianggap sebagai pelarian prima facie iaitu pelarian selagi tiada bukti yang menunjukkan sebaliknya.2.1.2 Status Pelarian(a) Penjenayah PerangMereka yang telah terlibat dengan jenayah perang dan kekejaman berkaitan dengan kemanusian sejagat dan pelanggaran undang-undang hak manusia termasuk jenayah penghapusan kaum, mereka ini tidak dianggap pelarian dan tidak akan mendapat perlindungan antarabangsa.(b) PenjenayahSeseorang yang telah pun dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di negara mereka dan kemudian telah lari dari negaranya tidak semestinya ia adalah seorang pelarian. (c) Draft evaders ( Sistem Kerahan)Setiap negara berhak untuk mengerah rakyatnya mengangkat senjata dalam keadaan darurat. Walaubagaimana pun, rakyat juga seharusnya mempunyai hak yang sama untuk membantah. Bagi kes-kes yang mana pilihan untuk membantah tidak dipatuhi atau di mana konflik semasa ternyata melanggar norma-norma antarabangsa, mereka (draft evaders) yang takut akan hukuman (contohnya diatas alasan politik yang membolehkan pihak berkuasa menjatuhkan hukuman keatas mereka) boleh mendapat status pelarian. Tetapi melarikan diri daripada sistem kerahan sesebuah negara tidak diangap pelarian. (d) Tentera. Pelarian merupakan orang awam. Seseorang yang meneruskan perjuangan bersenjata menentang negara asalnya semasa berada di negara pelindungnya tidak boleh dianggap sebagai pelarian. (e) Wanita yang mengelak daripada ketegangan sosial. Dapat dilihat dengan jelas bahawa wanita boleh dijatuhkan hukuman kerana sebab politik,etnik atau agama berdasarkan bangsa mereka atau penglibatan mereka dalam sesuatu kumpulan sosial. Tambahan pula UNHCR menganggap seseorang yang melarikan diri daripada diskriminasi yang melampau atau layanan yang tidak berperikemanusiaan akibat daripada kegagalannya mematuhi etika sosial, mempunyai alasan untuk mendapat status pelarian.Hukuman sebegitu mungkin timbul daripada pihak berkuasa kerajan atau kerana ketiadaan perlindungan yang secukupnya daripada non-state actors. Keadaan ini boleh menyebabkan keganasan seksual seperti rogol. Diskriminasi sebegini seharusnya mempunyai kesan prejudis yang nyata.Seorang wanita yang takutkan serangan kerana keengganannya memakai chador atau pakaian tertentu atau keinginannya untuk memilih sendiri pasangan hidupnya dan hidup berdikari boleh menjadi seorang pelarian.(f) Genital MutilationDi Perancis, Kanada dan Amerika Syarikat genital mutilation secara rasminya dikenalpasti sebagai salah satu hukuman yang membolehkan wanita terlibat mendapat status pelarian. Terdapat satu kes di mana seorang wanita menerima status pelarian kerana takutkan hukuman di negaranya disebabkan keengganannya melakukan genital mutilation ke atas bayi perempuannya. (g) Homoseksual Individu homoseksual boleh menerima taraf pelarian daripada hukuman disebabkan penglibatan mereka dalam kumpulan sosial tertentu. Seseorang yang menghadapi peperangan atau layanan yang tidak berperikemanusiaan atau diskriminasi yang serius akibat status homoseksual dan kerana ketidakupayaan atau keengganan kerajaan mereka untuk melindungi mereka, mereka berhak mendapat pengiktirafan sebagai pelarian di bawah polisi UNHCR.2.2 Perlindungan AntarabangsaKebanyakan orang boleh merujuk dan bergantung serta mendapat jaminan dan perlindungan daripada negara atau kerajaan mereka sendiri untuk melindungi hak asasi serta keselamatan fizikal mereka. Tetapi dalam kes pelarian, negara asal pelarian mendapati bahawa ia tidak berkemampuan untuk melindungi hak-hak asasi tersebut. Pelarian mempunyai hak untuk berlindung di tempat perlindungan yang selamat. Walaubagaimanapun, kemudahan perlindungan dari pihak antarabangsa memberikan kemudahan lebih daripada keselamatan fizikal pelarian. Pelarian sepatutnya menerima sekurang-kurangnya hak yang sama dan pertolongan asas sepertimana pelancong asing yang menetap secara sah di sesebuah negara, merangkumi hak-hak asas yang ada pada setiap individu. Oleh sebab itu pelarian mempunyai hak warganegara yang sama seperti penduduk di sesebuah negara, merangkumi kebebasan fahaman dan kebebasan daripada penganiayaan dan penindasan. Hak-hak ekonomi dan sosial juga dirasai bersama oleh pelarian seperti individu lain. Setiap pelarian berhak untuk menndapat rawatan perubatan yang sempurna. Manakala setiap pelarian yang telah cukup umur mempunyai hak untuk bekerja dan sepatutnya tidak ada kanak-kanak pelarian yang di halang daripada pergi ke sekolah.2.3 Punca Utama Kearah Berlakunya PelarianPenyebab utama berlakunya pelarian adalah di sebabkan penganiayaan yang terjadi ke atas individu, konflik ketenteraan, dan ketegangan masyarakat. Di sebalik fenomena ini, faktor politik, ekonomi, etnik, persekitaran dan tekanan hak kemanusiaan, juga menjadikan ia lebih rumit lagi di samping faktor-faktor tempatan dan faktor antarabangsa itu sendiri.Masalah pelarian pada sekitar tahun 1990 adalah agak sukar untuk di perkatakan. Ia bergantung kepada keadaan kehidupan pelarian tersebut. Namun begitu jika masalah pelarian ini tidak diselesaikan, ia akan menganggu gugat masyarakat setempat. Pelarian biasanya akan menjadi perkara pokok yang boleh menjadi topik hangat. "Most conflict in the world today are within rather than between state"2.3.1. Faktor PolitikPada perhimpunan yang dibuat di tahun 1951, telah dapat mengenalpasti faktor utama yang menyebabkan aliran pelarian. Faktor tersebut ialah penganiayaan manusia. Mereka yang menjadi pelarian adalah kerana terdapatnya perbezaan dari segi bangsa, kewarganegaraan, ahli dalam kumpulan sosial dan kepercayaan mereka samada dari segi agama atau pandangan politik. Penganiyaan biasanya berlaku dalam konteks pertikaian tentang hak asasi politik ke atas pemerintah dalam negara, bagaimana negara itu ditadbir dan siapa yang memberi arahan berkaitan kuasa, keistimewaan , naugan dan faedah sampingan dalam negara tersebut. Peraniyaan ini hangat diperkatakan apabila berlaku zaman perubahan yang mendadak kerana berlaku perjuangan dalam sesebuah negara atau dalam mewujudkan negara baru.2.3.2 Punca Ekonomi. Tekanan ekonomi adalah penyebab utama yang mewujudkan pelarian tetapi hubungannya tidaklah secara langsung. Terlalu mudah untuk memperkatakan yang kemiskinan merupakan penyebab pelarian. Kemiskinan ini boleh wujud disebabkan perlucutan jawatan atau sudah tidak mahu bekerja dan ia berlaku disebabkan oleh kemerosotan ekonomi. Penganiyaan dalam pengagihan bekalan turut memainkan peranan utama terutama di zaman ekonomi merundum. Apa yang dapat dilakukan oleh pemimpin adalah menyalahkan pihak-pihak lain untuk mengelak dari dipersalahkan atas sebab kemerosotan negara mereka.2.3.3 Punca PersekitaranBerjuta-juta manusia terpaksa meninggalkan rumah mereka atas sebab tempat yang mereka tinggal sekarang tidak sesuai lagi untuk diduduki. Antara puncanya adalah disebabkan oleh bencana alam sekitar hasil dari perbuatan manusia dan peperangan. Gangguan tempat tinggal secara mendadak seperti di Chernobyl atau Gunung Pinatubo, atau tempat-tempat yang beransur-ansur menjadi padang pasir atau hutan.2.3.4 Tekanan Etnik.Konflik dalam kumpulan etnik berkembang dengan pesatnya dewasa ini. Armenia, Azebaijan, Bhutan, Burma, Ethiopia, Georgia, Iraq, Sri Lanka, Sudan dan yang terbaru sekali Yugoslavia, merupakan contoh-contoh negara yang menghadapi konflik dalam kumpulan etniknya. Kebanyakan negara-negara moden mempunyai ketidakseragaman dalam kumpulan etniknya. Dalam 190 buah negara-negara bebas, terdapat sekurang-kurangnya 5000 kumpulan etnik. Kepelbagaian dalam kumpulan etnik telah menjadi lumrah alam di mana-mana pun. Di sini bolehlah disimpulkan , negara yang mempunyai bangsa yang tulin tanpa ada kumpulan etnik yang lain hanya boleh diwujudkan dalam khayalan sahaja.2.4 Pemangkin Kepada PelarianAdalah agak sukar untuk menentukan punca sebenar berlakunya pelarian, tetapi penyebab utama adalah lebih spesifik kepada keadaan khusus di sesebuah tempat itu. Di utara Iraq, kerajaan telah membuat serangan kejam keatas pemberontakan yang dibuat oleh rakyatnya.Di Yugoslavia dahulu pun sudah ada kempen pengasingan etnik yang telah membawa kepada pelanggaran hak manusia, diskriminasi bagi penempatan penduduk.Di Somalia, pula tidak terdapat pelarasan antara undang-undang dan arahan yang dibuat. Ini telah membawa kepada ketidak adilan dalam pengagihan bekalan yang mana ini telah menjuruskan penduduknya menghadapi kebuluran yang teruk.Di Sudan, sistem perundangannya tidak dapat di terima oleh setengah-setengah penduduk di selatan negaranya.Di Haiti pula pihak tenteranya merampas kuasa kerajaan dan menguasai ekonomi negara.Di Afghanistan pula, campurtangan negara Soviet Union telah menyebabkan tercetusnya peperangan dan meningkatkan jumlah kematian. Campurtangan pihak barat ini nampaknya lebih memburukkan keadaan.2.5 Pencegahan Keatas PelarianPencegahan jika tidak dapat dicapai merupakan pelindungan yang paling berkesan bagi mereka yang mungkin menjadi pelarian. Keadaan yang berlaku sekarang menunjukkan bahawa masyarakat antarabangsa mesti mengambil langkah segera yang lebih berkesan bagi mencegah keadaan yang boleh menyebabkan keadaan pelarian bertambah teruk sehingga satu-satunya pilihan yang ada adalah melarikan diri. Contohnya krisis yang berlaku di Hon di Afrika, bekas Yugoslavia, Caucasus dan tempat-tempat lain menunjukkan keadaan yang tegang yang timbul akibat masalah pertelingkahan politik, etnik, keagamaan atau kerakyatan yang menyebabkan pencabulan hak-hak kemanusiaan yang semakin dasyhat. Jika tidak diendahkan, keadaan ini akan berkembang menjadi konflik bersenjata yang menyebabkan rakyat terpaksa meninggalkan rumah dan negara mereka untuk mencari perlindungan.Pada tahap ini adalah terbukti bahawa amat susah untuk mengelakkan kesengsaraan daripada berleluasa. Semakin susah pula untuk menolong serta melindungi rakyat atau untuk mencapai penyelesaian yang muktamad. Walaupun hanya segelintir individu yang akan mempersoalkan kesahihan peribahasa bahawa mencegah lebih baik dari mengubati namun dalam konteks ini pencegahan merupakan satu isu kontroversi. Konsep pencegahan itu sendiri adalah senang untuk disalah ertikan malahan senang juga untuk disalah gunakan. Langkah pencegahan boleh membawa kesan membina jika diaplikasikan untuk melindungi mereka yang mungkin menjadi mangsa, menghalang peningkatan pelarian dan membantu mereka menyelesaikan masalah sebelum mereka terpaksa melarikan diri. Dari segi pandangan lain yang kurang positif, pencegahan melibatkan penghalangan mangsa hukuman dan keganasan daripada memasuki sesebuah negara. Penghalangan yang baik adalah bertujuan untuk mengurangkan atau memansuhkan sebab yang menyebabkan mereka melarikan diri. Sementara itu penghalangan yang negatif atau lebih bertepatan jika dipanggil penyekatan menyebabkan seseorang mangsa itu susah atau tidak mampu melarikan diri daripada hukuman ataupun bahaya. Pencegahan kemasukan pelarian boleh dibuat sejak lama dahulu sebelum atau semasa pelbagai perkembangan krisis. Pencegahan sepatutnya diarahkan kepada penyebab-penyebab asas melebihi dari skop dan pembangunan kemanusiaan semata-mata. Mencegah penimbunan kekangan. sosial dan ekonomi yang menghasilkan konflik pelarian adalah sukar. Ia melibatkan hak-hak kemanusiaan, pembangunan ekonomi, konflik resolusi, penubuhan institusi politik yang berwibawa, perlindungan persekitaran dan sebagainya.Ia merentasi keseluruhan agenda kemanusiaan dengan penekanan khusus atas tanggungjawab negara untuk menjaga rakyatnya tanpa sebarang diskriminasi. Pada tahap ini, kejayaan dalam pencegahan adalah mustahil untuk diukur manakala kegagalan untuk mencegah krisis pelarian adalah begitu mudah untuk dikira.Strategi untuk menyelesaikan masalah pelarian perlu mengambilkira semua faktor yang memaksa mereka meninggalkan kampung halaman. Melindungi orang-ramai daripada diusir secara paksa memerlukan tindakbalas bersepadu dan komrehensif. Ianya bermula dengan mengenalpasti keperluan asas kemanusiaan orang yang terlibat termasuk keperluan kepada perlindungan politik, sekurang-kurangnya bagi tempoh sementara. Diikuti dengan tindakan yang direkabentuk untuk mempertingkatkan rasa hormat kepada hak-hak kemanusiaan dan perundangan kemanusiaan untuk mencegah pengusiran, mengelakkan konflik ketenteraan dan mewujudkan satu keadaan pulang ke negara asal secara sukarela. Perlaksanaan tindakbalas komprehensif kepada masalah pelarian memerlukan kerjasama faktor-faktor yang pelbagai: Kerajaan negara asal pelarian, agensi-agensi antarabangsa, badan-badan berkanun kerajaan dan tekanan pembangkang. Penyediaan plan tindakbalas yang disesuaikan dengan suasana tertentu negara tersebut , perlu juga memasukkan tindakan yang dikoordinasikan dalam bidang-bidang seperti polisi negara asing, perundangan antarabangsa, kerjasama ekonomi, polisi penghijrahan dan bantuan pembangunan rasmi. Kesemua tindakan ini adalah diluar dari skop organisasi kemanusiaan.Kemanusiaan secara sedarnya adalah tidak memadai tetapi ianya adalah perlu. Inisiatif politik untuk mengenalpasti punca-punca, mendapatkan persetujuan damai dan perundingan penyelesaian adalah perlu tetapi selalunya adalah perlahan dan tidak pasti. Keperluan manusia mempunyai keutamaan yang bebas. Tidak kira apa politik yang melingkarinya, perlindungan dan bantuan mestilah disediakan dengan segera, cekap dan neutral.Koordinasi yang rapat antara badan-badan politik dan agensi-agensi kemanusiaan adalah diperlukan untuk memastikan keupayaan, limitasi dan kerja-kerja kemanusiaan diambilkira. 2.6 Senario Pelarian Pada tahun 1975 sekumpulan pelarian Vietnam seramai 47 orang telah mendarat di Pulau Perhentian, Terengganu. Kehadiran mereka telah menggemparkan rakyat tempatan dan kerajaan. Bagaimanapun atas dasar kemanusiaan, kerajaan bersimpati dengan penderitaan dan keselamatan pelarian yang memerlukan perlindungan daripada kekejaman rejim yang memerintah Vietnam ketika itu. Pelarian kemudiannya ditempatkan di sebuah pulau yang tiada penghuni iaitu Pulau Bidong yang terletak kira-kira 80km nautika dari Kuala Terengganu. Bermula dari detik itu Pulau Bidong diletakkan sebagai kawasan keselamatan yang ditadbirkan dan dibiayai oleh Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan dikawal rapi oleh Pasukan Petugas Pendatang Haram Vietnam (VII). Selepas kedatangan kumpulan pertama, Malaysia kemudiannya didatangi oleh ribuan PHV ini sehingga jumlahnya mencapai 254 534 orang. Bagaimanapun jumlah tersebut masih kecil dibandingkan dengan PATI yang berada di Malaysia ketika ini kerana jumlah mereka dianggarkan melebihi 1 juta orang. Pada tahun 1988 kerajaan mengambil keputusan untuk menutup Pulau Bidong kepada pelarian bagi menyelesaikan masalah pelarian yang sedia ada. Epison ‘orang hanyut’ Vietnam telah berakhir. Tetapi penutupan ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan kritikan serta reaksi negatif daripada negara maju dan media antarabangsa. Usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab selama 16 tahun memberi tempat perlindungan kepada pelarian tidak dipandang sama sekali. Dalam hal ini; berat mata memandang, sesungguhnya berat lagi bahu yang memikul.Mengikut keputusan persidangan antarabangsa mengenai orang-orang pelarian mulai Mac 1989 semua pelarian yang mendarat di negara-negara yang menandatangani perjanjian yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan ditapis dan dihantar balik ke negara asal. Perjanjian ini telah dipersetujui oleh 56 negara dunia melalui Pelan Tindakan Menyeluruh. Perjanjian itu telah membolehkan Malaysia menguruskan penghantaran pelarian balik secara sukarela ke negara asal mengikut proses tertentu.Walaupun wujud penghantaran ke negara-negara ketiga seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Sweden, Australia dan beberapa negara-negara maju lainnya, proses pemindahan tersebut didapati terlalu lambat. Perkara ini mendatangkan beban kepada negara-negara seperti Malaysia dan Thailand yang terpaksa menanggung akibatnya.2.7 ImplikasiKemasukan pelarian ini menimbulkan berbagai-bagai masalah. Di samping masalah kewangan dan pengurusan, Malaysia terpaksa menghadapi masalah-masalah sosial dan psikologi semasa memberi penempatan kepada pelarian-pelarian ini. Antara masalah yang ketara ialah jenayah, pengangguran, hilang peluang kerja di kalangan penduduk tempatan, masalah penyesuaian dan sosioekonomi yang semuanya terbit daripada wujudnya kem-kem pelarian yang terpaksa dibina oleh kerajaan di kawasan yang sepatutnya mendatangkan sumber sosioekonomi kepada rakyat tempatan.2.8 CadanganMasalah pelarian ini perlu diselesaikan dengan secepat mungkin. Negara-negara ketiga sepatutnya memesatkan pengambilan pelarian-pelarian untuk meringankan beban negara-negara kedua seperti Malaysia. Dalam masa yang sama, negara -negara asal hendaklah melaksanakan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalang rakyat mereka daripada melarikan diri sama ada disebabkan politik atau ekonomi. Selain daripada itu, badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu memberi tekanan kepada negara-negara yang selalu menyebabkan wujudnya masalah ini dengan mengenakan tindakan-tindakan yang tegas. Masyarakat antarabangsa hendaklah memastikan agar segala konflik diselesaikan dengan secepat mungkin untuk menggelakkan timbul masalah pelarian.3.0 Konsep PenghijrahanHijrah bermaksud: Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah, Tahun Islam di mulai dari tahun 662 Masihi, iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w. berpindah ke Madinah; ( berpindah untuk menyelamatkan diri dan sebagainya)Berhijrah bermaksud berpindah iaitu contohnya: Ramai pemuda datang ke kota untuk mencari rezeki yang lebih baik.Penghijrahan: Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mencari kehidupan yang lebih selesa.Faktor-faktor Penghijrahan yang biasa dikenali umum ialah dilakukan oleh dua golongan. Golongan ini ialah pendatang asing yang sah dan pendatang haram yang datang secara tidak sah. Pendatang asing adalah mereka yang datang ke negara ini untuk tujuan bekerja dan mandapatkan permit secara halal serta mengikut kehendak undang-undang yang sah. Manakala pendatang haram pula adalah mereka yang datang ke sini tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Sejarah awal kedatangan pendatang asing disebabkan pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat sehingga tenaga buruh tempatan tidak mencukupi. Ia bermula dengan Dasar Kerajaan yang membuka lebih luas peluang pelaburan serta memberi layanan dan kemudahan kepada pelabur asing untuk membina kilang mereka di sini. Dengan itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai ke negara ini. Penghijrahan yang berlaku sekarang ini, terutamanya dari negara jiran tetangga adalah untuk mencari kesenangan hidup. Ini kerana nilai kehidupan yang dicari tidak berlandaskan agama. Bagi golongan pendatang dari Acheh dan Myanmar, kedatangan mereka ke negara ini ialah untuk mencari perlindungan. Sementara yang lain-lainya seperti pendatang Bangladesh adalah kerana desakan kemiskinan dan kejahilan memperoleh kehidupan biasa di negara sendiri.Hijrah Rasul S.A.W adalah model terbaik kepada perubahan total kehidupan manusia dari kongkongan tradisi yang bercelaru kepada perkembangan dan ketamadunan nizam rabbani yang tidak terbatas oleh masa dan tempat. Hijrah Rasul S.A.W juga mempamerkan bahawa ukhuwah dan kasih sayang sesama muslimin yang tidak mengira rupa dan status; merupakan satu-satunya sumber kekuatan yang mampu memartabatkan dan mengangkat kegemilangan Islam. Ar-Rasul S.A.W ada menyatakan: "Tiada lagi hijrah selepas pembukaan (Al-Fath) kota Mekah, yang pasti berterusan adalah jihad dan niat."Justeru itu jihad pada hari ini ialah tekun dalam memperkayakan ilmu dan iltizam dalam pendisiplinan kerja. Begitu juga niat pada hari ini ialah tulus pengabdian kepada Tuhan dan telus penampilan dan keperibadian.3.1 Faktor Penyebab Berlakunya Penghijrahan 3.1.1 Faktor Penolak(1) Faktor Ekonomi Negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina, Myanmar dan Thailand mempunyai jumlah penduduk yang ramai dan sistem pemerintahan di negara mereka pula tidak membela kehidupan orang-orang miskin. Justeru mereka mengambil peluang untuk berhijrah ke luar negara dengan harapan di negara yang mereka singgah itu boleh mengubah dan membantu kehidupan mereka ke arah yang lebih sempurna.Mereka memilih Malaysia kerana memandang negara ini strategik kedudukan fizikalnya dan menjadi segala pusat tumpuan dari pelbagai negara. Jadi, mereka sanggup datang ke sini dengan berbagai cara walaupun melalui saluran haram. Pendatang Filipina misalnya akan datang melalui Sabah , Sarawak dan Indonesia melalui Selat Melaka untuk datang ke negara ini.Kebijaksanaan kerajaan dalam mengawal kenaikan upah buruh dan inflasi merupakan aspek penting yang membawa kepada kejayaan pertumbuhan ekonomi.(2) PolitikAda kepentingan politik dalam pembinaan negara antara pihak-pihak tertentu dengan golongan korporat dan pelabur kerana mereka tidak mampu untuk menyediakan pembangunan sendiri. Mereka terpaksa bersekongkol dengan pemodal atau puak kapitalis untuk mengaut keuntungan seterusnya membantu mengukuhkan kedudukan politiknya tanpa mengira bahawa mereka sebenarnya boleh berdiri dengan sendiri kerana Malaysia kaya dengan bahan mentah, sumber pembangunan dan tenaga kerja yang ramai.Adanya pemodal atau puak Kapitalis dari negara luar, ini bermaksud mengundang pendatang asing untuk bekerja di sini kerana adanya peluang-peluang ekonomi yang terbuka dan meluas yang ditaja oleh mereka. Secara tidak langsung buruh tempatan akan diketepikan dan keadaan ini sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada rakyat tempatan.Dari sudut lain, kehadiran pemodal atau pelabur asing akan mewujudkan pertumbuhan rancak pusat-pusat rekreasi yang membabitkan beribu-ribu hektar tanah diteroka untuk pembinaan padang golf. Kelab-kelab malam atau pusat-pusat hiburan yang menggalakkan pergaulan bebas, bebas meminum minuman keras dan memerlukan pekerja-pekerja yang ramai untuk menjadi pelayan atau pegawai perhubungan pelanggan dan sebagainya.(3) SindiketAda juga pendatang asing yang datang melalui saluran yang haram. Mereka ini sebenarnya telah digula-gulakan oleh sindiket tertentu dan dieksploit sepenuhnya oleh majikan yang berkehendakkan buruh asing. Kemasukan pendatang asing juga bergantung kepada polisi negara iaitu dasar Malaysia membuka pintu negara seluas-luasnya telah mewujudkan sindiket-sindiket tidak rasmi ‘menjual’ tenaga kerja pekerja Indonesia dan Bangladesh.(4) UndiDari sudut lain, kehadiran mereka diterima oleh pihak-pihak tertentu untuk memperbanyakkan undi apabila menjelangnya pilihanraya di negara ini.(5) KompromiSeakan wujud kerjasama yang erat antara pihak-pihak berkepentingan dengan pihak korporat dan pengusaha-pengusaha ladang, pembinaan dan perkilangan yang mengambil buruh asing kerana mereka sanggup dibayar gaji yang rendah berbanding warga tempatan. Ini memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha yang mengutamakan projek pembangunan dengan memerasguna tenaga buruh asing untuk mengaut keuntungan yang banyak.(6) SejarahFaktor sejarah adalah di antara faktor penolak yang menyebabkan pendatang asing berhijrah ke Malaysia. Contohnya negara Kemboja pada awal tahun "80an di bawah pimpinan Khmer Rough, penghijrahan berlaku di sebabkan mahu menyelamatkan aqidah (yang berketurunan Champa) yang rata-ratanya beragama Islam. Mereka telah mengalami penindasan yang sangat hebat oleh pihak kerajaan pada masa itu. Ulama-ulama mereka ramai yang dibunuh, dikurung di dalam kandang babi, disuruh memakan babi, dipaksa murtad, di seksa dengan kejamnya dan pelbagai lagi seksaan yang cukup hebat ke atas mereka. Justeru penghijrahan menjadi wajib bagi umat Islam untuk menyelamatkan keadaan seperti itu. Bagaimanapun, penghijrah tidak seharusnya berniat untuk menetap di tempat lain kerana mereka perlu kembali ke tanah air mereka bagi menebus maruah Islam dan tanah air mereka. Ini kerana mengasihi tanah air sendiri adalah sebahagian daripada iman ( maksud hadis). Jika mereka tidak kasihkan tanah air bermakna mereka sudah lari daripada ajaran Islam. Malangnya apa yang berlaku sekarang, penghijrahan mutakhir kini dari negara jiran pada umumnya adalah untuk mencari kehidupan baru dan kesenangan hidup. Ini kerana kita tidak nampak banyak sebab nilai kehidupan yang mereka cari berlandaskan agama. Bagaimanapun keadaan di Myanmar dan Acheh, sebahagiannya yang berhijrah ke sini mempunyai unsur-unsur mencari perlindungan. Sementara yang lain-lainnya seperti pendatang Bangladesh adalah kerana desakan kemiskinan dan kejahilan memperoleh kehidupan biasa. Oleh kerana tujuan mereka datang kerana faktor kebendaan maka mereka mengambil kesempatan lain untuk merompak, pecah rumah, mencuri dan melakukan jenayah-jenayah demi mendapatkan wang tambahan. 3.1.2. Faktor PenarikFaktor penarik adalah faktor-faktor yang menyebabkan pendatang asing berhijrah ke Malaysia adalah di sebabkan oleh tarikan yang terdapat di Malaysia. Antara sebab Malaysia menjadi destinasi utama " Persinggahan" ialah:(1) Faktor EkonomiFaktor ekonomi di Malaysia telah membuka peluang pekerjaan yang luas, pendapatan yang lebih tinggi berbanding negara asal mereka. Ini memberikan tarikan kepada mereka walaupun di negara mereka mempunyai peluang kerja tetapi pendapatan yang di tawarkan adalah rendah. Mereka ke mari untuk mencari kelebihan dengan mengumpul harta di sini dan membawanya pulang dan kemudiannya di gunakan untuk membeli tanah, membina rumah, berniaga dan sebagainya. Perkembangan sektor ekonomi yang semakin pesat di Malaysia juga telah menyebabkan kaum wanita keluar bekerja untuk membantu memperkukuhkan ekonomi keluarga. Ini menyebabkan tanggungjawab ibu yang sepatutnya berada di rumah untuk menguruskan kesemua urusan rumahtangga harus di serahkan kepada pembantu rumah yang rata-ratanya terdiri daripada pendatang asing.(2) Faktor SosialPendatang Indonesia seperti orang Jawa, Minang dan Kapar, mereka mempunyai keluarga atau sanak saudara yang telah datang dan menetap di negara ini sejak awal tahun ‘30 an dan ’40 an dahulu. Justeru hubungan erat ini telah memudahkan mereka datang kemari. Di samping itu, tempat yang agak dekat misalnya dari Sumatera ke Malaysia, mereka hanya boleh menaiki bot melalui Tambak Johor dan Selat Melaka dengan mudah tanpa halangan. Adanya hubungan yang lama sejak tahun 30 an dan 40 an, orang-orang Indonesia telah datang dan membuka tanah padi, berkebun kelapa di Johor, Kubang Krian dan Sabak Bernam. Justeru kedatangan mereka kini sebagai lanjutan dari pendatang yang datang ke Malaysia terlebih dahulu sebelum ini.(3) GlobalisasiDari segi globalisasi, modal-modal dan industri di Malaysia lebih berkembang ke Indonesia dan ke serata tempat yang lain. Di sana tenaga buruh lebih berkembang tetapi peluang pekerjaan kurang, maka orang akan berpindah ke tempat yang mempunyai peluang kerja yang lebih banyak. Apabila modal banyak, pekerja kurang, pekerja yang berada ke tempat kurang maju akan berhijrah ke kawasan yang mempunyai peluang pekerjaan yang banyak.(4) Dasar KerajaanDasar kerajaan yang membuka lebih luas peluang pelaburan serta memberi layanan dan kemudahan kepada pelabur asing untuk membina kilang mereka di sini. Kebanyakan pelabur-pelabur daripada Jepun, Korea dan negara-negara Barat mendapati bahawa lebih untung sekiranya mereka membina kilang di sini serta memindahkan operasi pemasangan dan pembuatan mereka ke Malaysia. Kesan dari itu negara menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh dan ini merupakan salah satu tarikan yang menggalakkan kedatangan buruh kenegara ini.(5) Gambaran KemewahanFaktor lain adalah mereka manggambarkan Malaysia sebagai "Syurga Dunia" yang mewah, banyak peluang yang banyak serta penndapatan yang tinggi. Ini berlaku apabila orang-orang yang awal pergi ke Malaysia dan apabila mereka pulang ke negara asal mereka, mereka mula membeli tanah, membuka perniagaan dan sebagainya dan ini secara tidak langsung telah menarik perhatian dan memberi pengaruh kepada orang yang terkemudian. Sudah tentu apabila mereka datang ke sini, dengan semangat bekerja keras sebagai buruh binaan sememangnya mereka akan mendapat upah yang lumayan antara RM 25-30 sehari dan boleh mengumpul wang dan mengirimkan wang kepada keluarga mereka yang berada di negara asal mereka.(6) Kepelbagaian Agensi PenghijrahanKebanyakan para penghijrah yang datang ke Malaysia adalah melaui pelbagai jenis agensi-agensi. Antara agensi-agensi yang terlibat adalah:Agensi yang terlibat dengan pendatang asing banyak terdapat di Malaysia, antara agensi yang berdaftar, terdapat lebih daripada 100 buah, yang tidak sah seperti "taikong darat" dan broker, sebahagiannya menjadi wakil agensi dan sebahagiannya adalah orang perseorangan iaitu orang Indonesia yang lebih awal datang ke sini pada awal tahun 70-80 an dan sudah mempunyai pengalaman di sini. Apabila pulang ke negara asal, mereka membawa rakan-rakan, keluarga atau buruh-buruh secara individu untuk di bawa ke sini. Mereka yang datang secara haram ini lebih banyak berbanding pendatang yang datang secara sah. Bagaimanapun ada sesetengah buruh asing khususnya dari Indonesia, mereka datang mengikut kehendak suku masing-masing. Misalnya suku Boyan, mereka lebih suka menetap di kawasan tertentu contohnya kawasan Ampang, Bukit Belacan, Balakong dengan mendirikan rumah setinggan untuk di diami oleh keluarga dan anak-anak. Oleh kerana mereka lama menetap di situ mereka berkesempatan menyekolahkan anak-anak mereka. Yang lainnya seperti suku Jawa mereka kadang-kadang tidak membawa keluarga dan terpaksa berulang- alik untuk menemui keluarga mereka dalam masa dua tahun dan datang semula ke mari sama ada membawa kawan atau perseorangan. Bidang pekerjaan yang dipilih oleh pendatang ini juga adalah berlainan. Suku Minang, Kapar dan Acheh mereka suka bebrniaga, suku Boyan dan Jawa mereka sanggup bekerja sebagai buruh binaan. Tumpuan mereka ini di seluruh nengara sama ada di bandar atau luar bandar. Sementara yang menjadi pembantu rumah terdiri daripada wanita Indonesia dan Filipina. Kebanyakan daripada mereka yang memasuki Malaysia secara haram dan banyak di antara mereka di dapati di Sabah dan Sarawak. Kebanyakan pendatang Bangladesh pula datang ke Malaysia secara sah iaitu melaui agensi di sana yang menguruskan kemasukan mereka ke mari.Keanjalan Penawaran dari Institusi pendidikanSistem pendidikan yang sedia ada selalu di dapati tidak terancang mengikut keperluan negara. Kerapkali terdapat kekurangan tenaga buruh di dalam bidang-bidang tertentu apabila ia di perlukan untuk membantu pembangunan negara. Negara hanya mementing kepada pendidikan tinggi yang bakal mengeluarkan para graduan lulusan pembinaan seperti jurutera, pelukis pelan dan sejumlah golongan graduan yang terlibat di dalam bidang-bidang pengurusan sahaja tanpa mengira bahawa negara kekurangan buruh-buruh yang berkemahiran. Pembinaan sekolah-sekolah teknik dan vokasional juga tidak dapat memenuhi permintaan pekerjaan yang semakin meningkat di sektor pembinaan dan perusahaaan. Implikasi Walaupun kedatangan pendatang asing ke negara ini secara langsungnya mendatangkan kesan yang positif di dalam membantu perkembangan dan kemajuan ekonomi negara kita tetapi ia secara tidak langsung juga mendatangkan kesan yang negatif kepada negara. Antara kesan-kesan negatif kedatangan pendatang asing ke negara kita ialah peningkatan jenayah seperti pecah rumah, kecurian, rogol, rusuhan dan lain-lain. 3 .3 CadanganSesetengah anggota masyarakat, kita tidak peka dan tidak prihatin apabila ada pendatang asing di tempat atau kampung mereka. Mereka tidak mahu mengambil tahu sama ada pendatang asing itu berdaftar atau tanpa izin. Malah, jika mereka tahu yang datang itu adalah secara haram, mereka tidak mahu melaporkan kepada pihak berkuasa. Masyarakat menganggap tugas menangkap pendatang tanpa izin adalah tanggungjawab Imigresen, pihak polis, pihak berkuasa dan seumpamanya. Orang ramai perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah pendatang haram ini. Dengan lebih sejuta PATI, pelarian dan penghijrahan beramai-ramai ini ke negara ini, kita mesti lebih prihatin. Setiap kali ada pendatang haram baru yang masuk ke negara ini, peluang kita - untuk pekerjaan dan lain-lain kegiatan ekonomi - akan menjadi semakin kecil. Jika kita terus memberi laluan kepada mereka, mungkin peluang kita akan terus habis. Memang, atas rasa kemanusiaan kita selalu ingin menolong sesama manusia. Namun, dalam sesetengah keadaan kita perlu menolong diri sendiri sebelum menolong orang lain.Kerajaan perlu menguatkan undang-undang yang ada dengan lebih ketat lagi, contohnya sekarang ini bagi mengawal kemasukan pendatang asing kerajaan telah mengadakan undang-undang iaitu mereka perlu masuk ke negara ini melalui saluran yang sah dan jika ada majikan yang ingin mengambil mereka secara haram majikan akan dikenakan denda hanya RM 10,000 bagi seorang pekerja asing.4.0 KesimpulanKegawatan ekonomi yang melanda rantau ini sudah mula memberikan kesan kepada banyak perkara dan masalah kemasukan secara haram rakyat dari negara-negara yang paling terjejas. Bagaikan ‘gula yang dihurungi semut’, Malaysia nampaknya terus menjadi sasaran rakyat asing yang menceroboh sama ada masuk menerusi perairan mahupun jalan darat. Kebimbingan ini jelas dirasakan daripada kenyataan tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menyifatkan kemasukan haram rakyat asing semakin ‘menjadi-jadi’ dan sudah sampai ke peringkat mencabar kedaulatan negara walaupun atas nama mencari rezeki. Perkembangan terbaru ini sebenarnya menuntut semua pihak untuk menggandakan usaha selain melakukan post-mortem terhadap banyak perkara termasuk sistem kawalan pintu masuk negara supaya tidak mudah diperlecehkan oleh rakyat asing. Sikap liberal kerajaan terhadap pendatang tanpa izin harus dihentikan segera sebelum ia menggugat kestabilan sosioekonomi negara - yang sebenarnya telah dirasakan oleh rakyat.Perbincangan mengenai pelarian dan penghijrahan jelas menunjukkan bahawa terdapat pertalian erat antara pertumbuhan pesat ekonomi dengan keperluan tenaga buruh dan seterusnya kebanjiran buruh asing ke Malaysia. Kadar pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan sudah tentu membuka banyak peluang pekerjaan dalam sektor utama ekonomi terutamanya perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan. Pertumbuhan ini juga menjadi daya tarikan utama di kalangan buruh asing. Di samping banyak sumbangan dan faedah yang dapat diperolehi dari mereka, keadaan boleh membimbangkan apabila kedatangan mereka meliputi sosioekonomi, politik dan keselamatan negara. Peraturan yang lebih ketat dan tegas perlu diambil dalam menangani masalah ini. Keadaan dan sistem kawalan yang tidak kemas dan cekap dapat memberi imej yang berterusan kepada masyarakat di negara asal pendatang dan pelarian.FAKTA MENARIK TENTANG PENDATANGMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Hamid Othman, berkata perbincangan mengenai gejala sosial dan negatif yang menular di kalangan masyarakat tempatan mendapati peningkatan kemasukan asing yang mengamalkan kegiatan yang bertentangan akidah, dikenal pasti sebagai punca utama keruntuhan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 7.9.96)Tujuh lelaki Bangladesh cedera parah dan beberapa orang lagi rakan mereka cedera ringan apabila dibelasah oleh beratus-ratus penduduk tempatan dalam satu kejadian rusuhan di Taman Sri Amar, Jalan Teberau, Johor Bharu, 10 September 1996. Kejadian tercetus apabila beberapa lelaki Bangladesh dikatakan memukul seorang pemandu teksi rakyat tempatan yang melindungi seorang penumpang wanitanya daripada diganggu lelaki-lelaki terbabit. (Utusan Malaysia, 11.9.96)Kementerian Sumber Manusia akan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen menghantar pulang semua pekerja asing yang tidak bermoral semasa bekerja di negara ini. (Utusan Malaysia, 13.9.96)Polis berjaya mendapat perintah mahkamah majistret Muar Johor untuk menahan reman 36 rakyat Bangladesh yang merusuh yang disyaki memukul seorang pengawal keselamatan di kawasan Tipong Agus (Utusan Malaysia, 18.9.96)Rukun Tetangga Taman Istimewa mendakwa perpindahan 80 rakyat Bangladesh yang terlibat dalam kejadian rusuhan dengan penduduk Taman Sri Amar pada 9 September 1996 ke situ menggugat ketenteraman mereka (Utusan Malaysia, 19.9.96)Seorang lelaki cedera dipukul 13 rakyat Bangladesh di Jalan Selasih, Taman Istimewa, Pandan, Johor Bahru. Pergaduhan dikatakan berlaku apabila lelaki berkenaan menegur lelaki asing itu kerana mengganggu adik perempuannya (Utusan Malaysia, 19.9.96)Polis menangkap 12 pendatang asing Bangladesh ekoran dua kejadian membabitkan pergaduhan denganr rakyat tempatan di Taman Nagasari Prai dan Kampung Bukit Tengah, Pulau Pinang. Polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu juga berpunca akibat mereka menganggu wanita tempatan (Utusan Malaysia, 26.6.96)Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid Megat Ayob mengatakan pekerja asing yang berkahwin dengan wanita tempatan akan dibatalkan permit kerja dan dihantar pulang ke negara asal serta-merta. (Utusan Malaysia, 26.9.96)Kerajaan tidak akan memberi sebarang kelonggaran kepada pekerja asing yang berkahwin dengan wanita tempatan dan peraturan itu adalah muktamad. (Utusan Malaysia, 30.9.96)Jabatan Agama Islam di seluruh negara menerima lebih 2,000 permohonan kahwin sejak lima tahun lepas. Dan terdapat sebanyak 200 pekerja asing yang menjalin hubungan dengan wanita tempatan memohon untuk berkahwin (Utusan Malaysia, 30.9.96)Akhbar-akhbar tempatan melaporkan beberapa pemuda Bangladesh didakwa memperkosa seorang pelajar Institut Teknologi Mara (ITM). Setelah disiasat, Datuk Megat Junid Megat Ayob membuat penafian terhadap berita palsu tersebut.Pergerakan wanita MIC akan melancarkan kempen kesedaran mengenai risiko wanita berkahwin dengan pendatang asing di seluruh negara (Berita Harian, 1.10.96)Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Said Awang mengatakan pihak polis sedang mengkaji dari pelbagai aspek jenayah yang berlaku di kalangan pendatang asing di negara ini (Utusan Malaysia, 3.10.96)Seorang lelaki Bangladesh didapati mati ditikam di dalam satu pergaduhan dengan seorang pekerja Indonesia di kawasan tapak pembinaan sebuah hospital (Berita Harian, 5.10.96)Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapati kebanyakan pendatang Bangladesh dan Indonesia terlibat di dalam banyak kes jenayah syariah terutamanya kes berkhalwat dengan wanita tempatan. (Mingguan Malaysia, 6.10.96)Mufti Kerajaan Negeri Perak, Datuk Harussani Zakaria mengatakan tindakan mengawal perkahwinan antara pekerja asing dengan wanita tempatan tidak bercanggah dengan Islam (Mingguan Malaysia, 6.10.96)Jabatan Agama Islam Melaka diarah mengkaji jumlah sebenar warga asing di negeri itu yang berkahwin dengan wanita tempatan (Berita Harian, 7.10.96) Perbezaan diantara pelarian dan penghijrahan Orang yang berhijrah (migran) biasanya meninggalkan negara asal mereka secara rela untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Bagi seseorang pelarian, keselamatan adalah lebih penting berbanding dengan keadaan ekonomi negara pelindung. Secara praktikalnya, perbezaan diantara kedua-duanya adalah susah untuk ditentukan. Namun begitu ia tetap penting.Seorang migran gembira dengan perlindungan kerajaan negara asalnya tetapi seorang pelarian tidak dapat menikmati keadaan yang sama.
Source : http://members.tripod.com/~sarjana/hijrah1.html

Tiada ulasan: