Khamis, 13 November 2008

Kisah Bidong 7

Sebuah Bot dan Satu Kebebasan
Dalam kegelapan malam yang sunyi lewat Oktober 1989 sebuah bot bergegas meninggalkan pelabuhan dan menuju ke Teluk Siam. Didalam bot terdapat lebih seratus orang yang sebahagiannya muram tetapi kebanyakannya agak ceria mengharapkan satu kehidupan yang lebih menjamin masa depan mereka di tanah asing. Walaupun merekia sedar yang mereka akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang besar mereka masih lagi sanggup meninggalkan tanah air demi menyelamatkan diri daripada pemerintahan kuku besi rejim komunis di negara sendiri. Sinar suria yang muncul setelah semalaman belayar merupakan satu pagi yang sungguh indah bagi mereka. Bot yang mereka naiki bergerak dengan baik meredah ombak menyusuri Laut Cina Selatan. Kebanyakan mereka tahu yang pemergian kali ini mungkin pemergian terakhir dan tidak akan dapat lagi melihat kampung halaman mereka. Mereka telah membuat keputusan hidup atau mati mereka mesti harungi jua. Sebenarnya mereka tidak pasti ke manakah arah yang mereka akan tuju ?, Apakah mereka juga akan menghadapi lanun?, Apakah mereka dilanda oleh ribut taufan di lautan ?.
Pada hari ketiga awan hitam mula berkumpul di atas kepala mereka dan angin yang pada mulanya bertiup perlahan kini semakin kuat dan terus menjadi ribut. Ombak yang pada mulanya tenang kini bertukar mengganas dengan hempasan dan lambungan gelora serta bunyi yang sangat menggerunkan. Bot mereka terumbang ambing di tengah lautan tanpa arah. Tiada tanda-tanda tanah daratan apa yang kelihatan hanyalah langit yang berwarna hitam dikelilingi lautan yang kadangkala mengganas , serta teriakan, ritihan dan rayuan anak-anak kecil. Mereka menjadi tidak keruan lagi dan hampir berputus asa. Setelah beberapa ketika bekalan makanan dan minuman mereka habis. Jika bernasib baik mereka makan ikan mentah yang dipancing. Disini mereka selalu mendengar kanak-kanak meminta makanan tetapi ibubapa mereka cuma berdiam diri dan tidak boleh berbuat apa-apa. Kanak-kanak tidak memahami mengapakah mereka perlu mengharungi saat-saat yang begini getir serta tidak lagi kembali ke rumah mereka. Barangkali janji untuk mendapat hamburger yang begitu enak merupakan satu alasan yang sesuai diberikan mengapa mereka harus mengharungi situasi ini semua.
Seorang kanak-kanak dalam keadaan teresak-esak bertanya ibunya “ Bilakah kita akan pulang ?. “ tanpa menyedari bahawa rumah dan kampung halaman mereka telah dirampas oleh kerajaan Komunis. Setelah beminggu-minggu hampir setiap orang jatuh sakit dan lemah. Mereka terpaksa bermalam dalam keadaan yang sangat sejuk serta kepanasan pada siangnya. Kekuatan dan semangat mereka hampir pupus sama sekali. Mengapakah kebebasan sukar sekali dicari ? Dilaut juga bukanlah satu tempat yang aman bagi mereka.
Akhirnya setelah mengalami pelbagai keperitan di laut mereka menghampiri sebuah pulau iaitu Kokra di Teluk Siam dan tiga bot belayar menuju ke arah bot mereka. Orang-orang pelarian bersorak kerana terlalu gembira, dan kanak-kanak bergegas ke haluan bot mengharapkan secebis makanan setelah beberapa hari kebuluran. Tiba-tba harapan menggunung mereka untuk mendapat makanan berkecai sama sekali , apa yang mereka dapati ialah pisau yang terhunus dari lanun-lanun yang menghapiri bot mereka. Satu lagi malapetaka menunggu mereka. Lanun-lanun itu tanpa belas kasihan meyelongkar bot mereka merampas barang yang berharga , kaum lelaki dipukul dengan belantan atau ditikamnkemudiannya dihumbang ke laut. Wanita dan kanak-kanak perempuan dirogol dan disiksa dalam keadaan yang tidak dapat diggambarkan . Kemudian mereka mengikat bot itu lalu ditariknya dengan bot mereka yang mempunyai kuasa yang jauh lebih tinggi sehingga terbalik dan karam. Hanya seorang wanita yang berjaya menyelamatkan diri dari peristiwa ngeri ini dan menceritakan kisah ini. Beliau menceritakan “ Kebanyakan yang terbunuh itu ialah keluarga terdekat saya termasuk dua orang adik beradik perempuan dan seorang adik beradik lelaki saya. Manakala yang lain kebanyakannya adalah jiran-jiran saya yang saya kenali”.

Kisah Bidong 6

Malapetaka Yang Dihadapi oleh Orang Hanyut
Setelah pengunduran tentera Amerika dari bumi Vietnam ramai penduduk tempatan tidak lagi berminat untuk tinggal di sini. Bagi mereka yang kaya dan berpengaruh mereka meninggalkan Vietnam melalui udara atau diangkut oleh orang-orang orang Amerika tetapi kebanyakannya mengembara dan belayar di laut menuju dan melalui Teluk Thailand aka bermulalah satu era dalam sejarah lanun moden di Teluk Thailand.
Situasi ini telah mengundang nelayan Thailand bertukar menjadi lanun secara sambilan. Dengan adanya pelarian mereka mencari pendapatan dengan cara mudah iaitu merompak dan mengambil barang-barang berharga di atas kedaifan mereka ditambah pula dengan kemiskinan dan kesukaran nelayan ini mendapatkan ikan di laut.
Kerajaan Vietnam tidak menghiraukan dan mengambil tahu tentang orang-orang yang melarikan diri dari negara mereka manakala kerajaan Thailand pula memekakkan teliga daripada menerima kedatangan bot yang membawa orang-orang pelarian. Tiada siapa yang ingin mengambil tahu dan membela nasib pelarian ini menyebabkan aduan dan rintihan mereka ibiarkan begitu sahaja. Keadaan ini berterusan sehinggalah keadaan menjadi terlalu serius dan pihak berkuasa Amerika Syarikat mula campur tangan dan mula mendesak kerajaan Thailand mengambil tindakan. Tetapi sebelum ianya berlaku pelbagai tragedi telah menimpa orang-orang pelarian ini.
a. Pada awal 1980an seorang Amerika iaitu Ted Schweitzer telah sampai ke sebuah pulau yang didiami oleh lanun dan mendapati sebuah bot yang membawa 238 pelarian telah di tenggelamkan. Lapan puluh orang telah dibunuh manakala kaum wanita dirogol dan dipaksa menari bogel. Schweitze telah cuba untuk menghentikan perbuatan ini tetapi telah dipukul sehingga pengsan. Nasib menyebelahinya kerana beliau masih hidup. Apabila dia sedar semula dia mendapati anggota badan manusia yang telah tercerai berselerakan.
b. Ngoyen Phan Thuy telah meninggalkan Vietnam bersama ibu, ibu saudara dan adik perempuannya yang masih kecil. Setelah sepuluh hari mengharungi lautan bot mereka rosak, bekalan makanan dan minuman kehabisan. Kemudian mereka telah diserang oleh lanun. Mereka menembak mati ibu saudaranya. Seorang lelaki tua yang memakai gigi emas pula dicungkil giginya menggunakan pisau. Seorang kanak-kanak kecil telah dibuang ke laut. Mereka yang masih hidup dipaksa bertelanjang dan dibawa ke pantai. Bot mereka dikaramkan. Kaum wanita dipaksa berbaris. Mereka mengambil dua orang gadis yang dikenali sebagai Phang dan Lien lalu dibawa ke atas bot mereka. Sepanjang tiga minggu mereka dirogol berulang kali. Lien tidak berdaya lagi untuk bangun sehinggalah akhirnya dia dihumbang ke laut oleh lanun itu. Phang telah dijual ke sebuah rumah urut. Phang mengandung tetapi anaknya digugurkan dengan menggunakan buluh runcing. Nasib menyebelahinya apabila dia dapat melepaskan diri dan menghubungi pihak UNCHR.
c. Pada tahun 1989 sebuah bot yang membawa 84 orang pelarian Vietnam telah diserang oleh lanun. Wanita dan kanak-kanak telah dibawa ke dalam d bot mereka manakala kaum lelaki dipukul sehingga mati seorang demi seorang. Keadaan menjadi panik lalu mereka cuba melawan lanun berkenaan. Akhirnya lanun itu panik dan merempuh bot pelarian sehingga karam. Mereka cuba menyelamatkan diri tetapi dengan berpaut pada bot lanun itu tetapi ditolak oleh lanun dengan menggunakan galah yang ada di dalam bot mereka. Tiga belas orang terselamat apabila berpaut kepada benda yang terapung dalam kegelapan malam.
d. Pada bulan April tahun 1989 tujuh orang lanun bersenjatakan senapang, pisau dan penukul telah menyerang 129 orang pelarian Vietnam yang melalui teluk Siam. Wanita –wanita dirogol sebelum mereka semua dibunuh kecuali seorang iaitu Phang Ngoc Man Hung yang dapat menyelamatkan diri dengan berpaut pada tiga mayat reput yang dijadikan rakit.
Sebagai langkah mengelakkan serangan lanun kerajaan Thailand menguatkuasakan satu undang-undang iaitu meletakkan nombor pendaftaran pada setiap haluan bot nelayan. Bot-bot nelayan juga diambil gambar ketika keluar dan masuk. Ia sememangnya memberikan kesan yang sangat baik dari segi kadar penurunan serangan lanun. Tetapi lanun yang degil menjadi lebih kejam, mereka menghapuskan terus pelarian Vietnam untuk menghilangkan sebarang bukti kekejaman mereka di laut.
Kisah lanun ini berakhir pada akhir tahun 1980an serentak dengan bilangan pelarian Vietnam yang sangat berkurangan. Namun begitu ia kekal dalam catatan sejarah sebagai tindakan lanun yang sangat kejam tanpa keperimanusiaan dan disebalik melanun mereka juga melakukan kerja-kerja jenayah yang lain. Sesungguh cerita-cerita ini bukanlah kisah yang ditokok tambah malahan ianya mempunyai persamaan daripada cerita-cerita banyak disampaikan dari mulut ke mulut.

Kisah Bidong 5

Inilah merupakan kali pertama saya mendedahkan kesengsaraan yang dihadapi oleh orang-orang hanyut Vietnam di Pulau Bidong. Walau pun umur saya ketika itu belum mencapai 10 tahun tetapi saya masih ingat bagaimana penghuni Kem Pelarian Sungai Besi merenung dunia luar melalui celah-celah dawai besi sebelum kem itu ditutup. Baru-baru ini (2005) saya berpeluang melawat sebuah Kem pelarian yang terkenal iaitu Pulau Bidong bersama program keluarga angkat yang dianjurkan di Terengganu.
Pulau Bidong menjadi terkenal apabila berpuluh-puluh ribu pelarian Vietnam yang lari daripada peperangan membanjiri pulau ini pada tahun 1970 an (1978). Pada asalnya ianya merupakan pulau yang begitu cantik dan tidak berpenghuni. Adalah dianggarkan lebih 800,000 pelarian Vietnam meninggalkan negara mereka dan disini merupakan tempat yang paling popular menjadi destinasi mereka. Hampir suku daripada mereka datang atau dihantar ke sini apabila mereka mendarat di pantai timur semenanjung Malaysia. Terdapat sebuah filem yang bertajuk “Turttle Beach” yang dibintangi oleh Joan Chen menjadi agak kontrovesi kerana sebenarnya nelayan tempatan Malaysia tidak pernah membunuh pelarian Vietnam. Demi menjaga keselamatan pelarian Vietnam kerajaan Malaysia dengan kerjasama UNCHR pada masa itu telah mewartakan Pulau Bidong sebagai kawasan larangan.
Walaupun kapasiti Pulau Bidong hanyalah untuk 4500 orang pelarian , pernah satu ketika yang menjadi kemuncaknya ia menempatkan lebih 20,000 orang-orang pelarian Vietnam. Pulau Bidong menjadi tempat transit dan rumah kedua bagi orang-orang pelarian sebelum mereka diterima oleh negara lain seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan beberapa negara Eropah yang lain. Proses untuk pemindahan orang-orang pelarian ini juga memakan masa. Sekiranya mereka tidak diterima oleh mana-mana negara mereka akan dihantar ke Kem Sungai Besi dan akhirnya dihantar pulang ke Vietnam secara paksa atau sukarela.
Kebanyakan mereka datang ke sini sehelai sepinggang, mereka makan apa sahaja yang dijumpai di pulau ini termasuklah tupai, tikus, monyet, biawak,katak, ular dan lain-lain lagi disamping bekalan makanan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan UNCHR ( Suruhan Jaya Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Hal Ehwal Orang-orang Pelarian). Bagi memastikan orang-orang pelarian mendapat bantuan kemanusiaan dan kehidupan yang lebih baik Pasukan Palang Merah Antarabangsa dibawah naungan Kerajaan Malaysia dan UNCHR diberi tanggungjawab membantu dan memantau aktiviti mereka.
Rumah-rumah panjang dan pejabat dibina daripada kayu yang terdapat di sekitar Pulau Bidong untuk keselesaan orang-orang pelarian, mereka disediakan makanan dan kemudahan asas yang lain termasuklah bekalan air, elektrik, sekolah dan bengkel kemahiran. Oleh kerana suasana kehidupan yang sesak dengan kawasan yang sempit suasana menjadi agak sibuk maka tempat ini digelar “mini Saigon”. Di sini dibina tokong, gereja, pejabat pos,kedai gunting, kedai jahit sehinggalah disco dan bar.Disini juga terdapat satu tempat yang dipanggil Pantai Cina sempena mengambil nama satu tempat di Vietnam. Disamping itu juga terdapat pondok polis, taman asuhan kanak-kanak serta hospital Palang Merah serta pejabat UNCHR.
Apabila pelarian terakhir meninggalkan Pulau ini pada tahun 1991 ianya mengalami proses pemulihan semula setelah alam semulajadinya diteroka secara agresif semasa pendudukan pelarian Vietnam dahulu. Apa yang tinggal hanyalah bagunan-bangunan lama serta bangkai bot yang ditinggalkan tanpa dipelihara menyimpan peristiwa ngeri yang berlaku lebih dua puluh tahun yang lalu.
Bangunan lama yang ditinggalkan disini perlukan penyelenggaraan sekiranya ingin dijadikan tempat tarikan pelancong. Kebanyakan bangunan di sini menungggu masa untuk menyembah bumi. Begitu juga semak samun dan lalang menyumbang kepada pemandangan yang tidak sedap dipandang memenuhi tempat yang menyimpan seribu kenangan kepada pelarian Vietnam.
Pada hari ini apa yang tinggal ialah sebuah pondok usang yang berada di penghujung jeti serta bangunan yang dilitupi oleh pokok-pokok yang menjalar. Hanya kesunyian dan kesepian yang menyelubungi pulau yang indah ini. Terdapat beberapa papan tanda lama dalam bahasa Vietnam yang menjadi panduan untuk kami mengenali tempat-tempat yang pernah kami diami pada masa lalu. Bengkel Vokasional dan tempat latihan menjahit masih lagi ada kesan peninggalannya seperti peti TV, papan litar, meja kerja dan lain lain lagi. Tempat ini merupakan tempat kami dilatih sebelum diterima oleh negara lain.
Tempat asuhan kanak-kanak yang dikendalikan oleh UNCHR tidak jauh bezanya dengan taman asuhan lain yang dipenuhi dengan mural, lukisan berbentuk huruf dan juga perpustakaan. Biarpun telah usang ia memberikan nostalgia yang menyayat hati apabila melngenangkan kembali anak-anak kecil yang setengahnya tanpa ibubapa belajar dan bermain di sini.
Di belakang kawasan pantai ini pondok-pondok didirikan di setiap pelosok tempat yang rata tanpa menghiraukan nyamuk dan semak samun. Di setiap rumah panjang yang disediakan oleh pihak berkuasa pula terdapat seorang ketua tukang masak yang dilantik khusus.
Disebelah tokong terdapat pula Gereja , di kawasan Asia Tenggara, selain Filipina, Vietnam satu-satunya negara yang ramai penganut Khatolik kerana ianya pernah dijajah oleh perancis. Tetapi tidak ada sebarang masalah antara penganut Khatolik dan penganut Budha di sini.
Tangga tinggi yang digunakan untuk pergi ke tokong di Pantai Tenggara diukir dengan ukiran pelbagai warna ditulis dengan nama-nama pelarian Vietnam, tarikh mereka sampai dan bilangan pekerja kebajikan yang bertugas. Diluar kawasan gereja terdapat satu binaan berbentuk haluan kapal dan disana terdapat pelbagai batu kecil yang dukir dengan pelbagai luahan perasaan dan cerita.
Pelayaran dari Vietnam ke Malaysia sepatutnya memakan masa kurang daripada seminggu. Oleh kerana bot mereka membawa penumpang yang berlebihan maka mereka selalu terlewat tiba. Bot bot mereka sering diserang oleh lanun yang menambahkan lagi penderitaan mereka, mereka seringkali dirompak, dirogol dan dibunuh.
Tidak jauh dari Pantai Cina terdapat satu air terjun yang menjadi satu tempat perkelahan terkenal dikalangan pelarian di sini. Ia juga menjadi sumber bekalan air sekiranya bekalan air terputus serta tempat berehat apabila turun dari bukit setelah mencari kayu atau kayu api.
Pada masa ini parut –parut hasil penerokaan dan penebangan pokok-pokok oleh orang-orang pelarian Vetnam untuk dijadikan tempat berteduh beransur-asur pulih. Bukit yang satu ketika dahulu hampir gondol kini kian menghijau. Apa yang tinggal hanyalah bangunan usang yang meungkin menunggu masa untuk rebah. Namun begitu pulau ini tetap indah dikelilingi oleh laut Cina Selatan serta menjadi tempat yang menarik untuk penyelam skuba.
Apabiola melawat ke Pulau Bidong kita disarankan agar pergi bersama pemandu Pelancong kerana di sini banyak terdapat “jerangkap samar “ iaitu perigi buta yang ditinggalkan oleh pelarian vietnam dahulu. Kedalaman perigi ini dianggarkan sedalam 20 meter yang digunakan sebagai bekalan sumber air untuk sebahagian pelarian Vietnam.
Pulau Bidong bukanlah satu tempat yang sangat terkenal untuk pelancong , namun begitu ia kerap juga dikunjungi oleh bekas-bekas pelarian dan pegawai yang menyatakan pulau ini berhantu , tetapi sejauh mana kebenarannya tidak dapat di pastikan. Walau apapun pulau ini tetap sunyi tidak sepertimana sewaktu ia dihuni oleh orang-orang pelarian dahulu.
Pelarian Vietnam, Orang Hanyut atau orang Vietnam kian dilupakan. Kita sapatutnya berasa bersyukur kerana dengan campurtangan beberapa pihak bencana kemanusiaan dapat dikurangkan dan banyak nyawa dapat diselamatkan. Pulau Bidong merupakan tempat di mana benih benih kedamaian dan kesentosaan bercambah biak untuk pelarian Vietnam yang sempat berteduh disini. Walaupun Pulau Bidong tidak lagi semeriah seperti satu ketika dulu ianya tetap menjadi satu sejarah bagi sebuah negara Malaysia yang merdeka. Sesuatu usaha wajar dilakukan untuk menyedarkan orang ramai dari seluruh dunia tentang fungsi kemanusiaan yang dimainkan di Pulau Bidong. Sesungguhnya Pulau Bidong adalah sebiji mutiara di Laut Cina Selatan yang perlu digilap kembali agar ianya kembali gemilang. Kita tunggu masanya !!!.

Kisah Bidong

Oleh Ee Lin Wan
“Lagu dan irama yang sama didengari setiap hari, kisah bagaimana bot-bot pelarian Vietnam yang lari menyelamatkan diri dari pemerintahan komunis dirompak oleh lanun merupakan igauan hampir setiap pelarian Vietnam yang tiba di sini. Mareka menghampiri bot kami, merampas semua barang-barang berharga , memukul dan membunuh, serta merogol wanita dan kanak tanpa belas kasihan. Selain itu kelaparan dan kehausan , penyakit , kebuluran yang kerap kali membawa kepada kematian adalah sesuatu yang lumrah untuk sampai ke sini. Tetapi kami tidak mempunyai pilihan lain. Kebanyakan kaum Cina yang tinggal di Vietnam dihukum secara kejam oleh penduduk tempatan. Setelah ibubapa saya mengumpulkan segala harta benda yang ada, hanya mencukupi untuk tiga orang sahaja untuk perbelanjaan ke luar dari Vietnam. Ayah telah membuat keputusan supaya saya, abang dan kakak saya akan meninggalkan Vietnam untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Ibu , bapa dan adik saya yang masih kecil terpaksa tinggal di kampung halaman kami. Saya menangis untuk tidak dibawa pergi , tetapi bapa saya memaksa sementara kakak dan abang pula menarik saya ke dalam bot.
Belayar di lautan terbuka dalam musim tengkujuh adalah satu pengalaman yang sungguh menakutkan. Bot yang dinaiki pula membawa penumpang yang sangat berlebihan. Oleh kerana kami tidak mempunyai orang tua maka kami selalu dibuli oleh penumpang lain. Pada hari ke dua makanan kami telah dicuri. Kakak saya menyembunyikan emas dan batu permata yang dibawa bagi mempastikan kehidupan masa hadapan kami lebih terjamin. Malangnya abang saya tidak mampu untuk menghadapi kehidupan yang penuh trauma ini lalu pada satu malam beliau telah terhumban ke laut.
Sebagai anak-anak kecil tidak ada apa-apa yang dapat kami lakukan melainkan berdiam diri dalam kesedihan dan ketakutan. Nasib kami juga agak baik kerana kami selamat tiba tanpa digangu oleh lanun serta tidak menempuh sebarang bahaya. Kami belayar dalam masa seminggu, kadang-kadang bot lain mengambil masa sehingga berminggu-minggu atau bulan dilambung ombak dan dilanda ribut taufan.
Apabila bot kami mendarat di Pulau Bidong kami disambut dan diperiksa dengan teliti dan rakus, sementara kami mengintai-intai sekiranya terdapat saudara mara di sini.
Biarpun mempunyai kakak tetapi kami berasa sangat tidak tenteram kerana saya masih teringatkan ibu dan ayah saya di kampung.Bayangkanlah ketika itu saya berumur tujuh tahun manakala kakak saya pula berumur dua belas tahun. Kami juga tidak tahu bagaimana hendak memaklumkan kepada bapa kami bahawa abang telah lemas dan meninggal dunia di laut.
Kami agak bernasib baik kerana terdapat beberapa orang jiran yang membantu dan melindungi kami. Di sini juga kami belajar Bahasa Inggeris di tempat yang disediakan oleh UNCHR sebagai persediaan untuk pergi ke negara ke tiga. Kami tinggal disini selama dua tahun sebelum diterima oleh Negara Australia. Setelah beberapa ketika ibubapa dan adik saya pula datang dan kami bertemu di Autralia.

Kisah Bidong 3

Bertarikh 17 April 2005
Ketika Lawatan Semula Ke Pulau Redang
Lebih dua dekad yang lalu berlakunya satu era kehidupan dan bermula pula satu era kehidupan yang baru. Orang-orang Vietnam yang menjadi pelarian sentiasa menghadapi pelbagai ancaman dan mengharungi kehidupan yang tidak menentu. Selepas mengharungi lautan untuk mencari sebuah kehidupan yang baru dari tahun 1979 hingga 1987 mereka terpaksa pula tinggal di pondok yang dibuat dariipada guni atau plastik buangan sebagai tempat berteduh sebelum mendapat kerakyatan dari negara lain.
Pulau Bidong banyak menyaksikan kesengsaraan manusia setiap hari yang tiba dengan beberapa buah bot . Sekiranya bernasib baik mereka tinggal sekejap sahaja di sini tetapi kebanyakannya terpaksa tinggal selama tiga bulan hingga beberapa tahun. Disini juga menyipan beribu kisah bagaimana ibu atau bapa melihat didepan mata mereka sendiri anak gadis mereka di culik dan di rogol oleh lanun, anak-anak kecil mati kerana kehausan dan kelaparan sewaktu dalam pelayaran yang menggerikan. Dan di sini juga bermulanya langkah pertama dalam membina sebuah kehidupan yang baru.
Pulau Bidong boleh digambarkan sebagai sebuah pulau yang sungguh menarik dengan pokok hutan hujan yang menghijau, pantai berpasir yang menjadi tempat batu karang yang mengkagumkan serta hamparan Laut Cina Selatan yang berkilauan di kelilingnya . Tetapi sekiranya kita berkunjung ke Pulau Redang satu pemandangan yang agak menyedihkan berlaku. Bangkai-bangkai bot terbiar di gigi air. Disebalik pokok-pokok menjalar terdapat sebuah pondok hampir roboh yang satu ketika dahulu pernah menjadi tempat menginap salah seorang wanita yang mengikut rombongan kami. Tokong dan monumen yang ditinggalkan juga telah terlalu usang dikelilingi oleh lalang dan semak samun. Masa dan cuaca telah merubah segalanya. Apa yang menjadi kenangan hanyalah tapak sekolah, tapak hospital, tempat pengagihan air secara catuan dan tapak stor menyimpan makanan dan peralatan pihak berkuasa sahaja, Tempat yang satu ketika dahulu dihuni oleh begitu ramai tikus kini bertukar menjadi sebuah bandar hantu.
Pulau Bidong mula dibangunkan pada Julai 1978 untuk menempatkan Pelarian Vietnam oleh Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Orang Pelarian (UNCHR) sebelum mereka mendapat perlindungan dari negara lain. Pada tahun pertama Pulau Bidong menerima 453 buah bot pelarian Vietnam dengan anggaran pelarian seramai 52,000 orang. Pada tahun 1979 , 10,000 orang pelarian Vietnam telah ditempatkan semula di negara lain manakala lebih 40,000 yang tinggal ditempatkan di satu kawasan kurang daripada satu kilometer persegi. Perintah berkurung dilaksanakan dari pukul 11. 30 malam hingga pukul 6.30 pagi. Orang-orang pelarian ini dikawal oleh pasukan keselamata Malaysia yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasukan sukarelawan ( RELA). Ia ditutup pada tahun 1991 setelah 13 tahun beroperasi apabila pelarian terakhir meninggalkan pulau itu.
Mengikut Bruce Grant dalam bukunya The Boat People, An Age Investigation Pulau Bidong merupakan pulau yang tidak berpenghuni sehinggalah pertengahan tahun 1978 ianya menjadi satu kawasan yang amat sesak atau “kawasan setinggan” di persisir pantai Terengganu. Disinilah menjadi tempat tinggal orang-orang hanyut Vietnam , menantikan hari-hari untuk ditemuduga oleh delegasi dari negara lain untuk ditempatkan semula , disini juga lah tempat dimana mereka membocorkan bot mereka agar mereka tidak dihalau semula ke laut oleh pihak berkuasa.

Cerita daripada Orang-Orang Pelarian
Cerita 1
Doktor Huynh kim merupakan seorang pensyarah Sains Politik di Australian National Universiti Canberra ,Australia dan berumur 27 tahun. Beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk “ “Personal , Political Biograpy of The South Vietnamese People’s Flight From The Communist” berkisar kepada kisah keluarganya iaitu ayahnya Thiet , Ibunya Van dan dirinya sendiri. Seperti yang dicatatkan mengikut cerita ibunya Van “ bertuahlah kamu berada disini, ibu tidak dapat gambarkan betapa cemas dan beratnya perasaan ditanggung untuk sampai ke sini”. Berdasarkan khabar angin yang diceritakan dari mulut ke mulut kerajaan baru komunis akan menjadikan anak-anak lelaki sebagai spy untuk mengintip ibubapa mereka dan pelbagai cerita yang menakutkan lagi. Bapa Dr kim iaitu Thiet, yang bekerja dengan kerajaan terdahulu sebagai pegawai elektrik dan ibunya memutuskan untuk membawa keluar dua anaknya kim dan Thac dari Vietnam.
Mereka bersama sama dengan lebih kurang 500 orang yang lain menaiki bot kayu KG1170 yang panjangnya 20 meter dan lebar 4 meter dengan bayaran tertentu. Pada masa itu Kim berusia dua tahun. Mereka tiba di Pulau Bidong selepas mengharungi Laut Cina Selatan selama 28 hari dalam keadaan yang sangat ngeri dan mencemaskan. Kira-kira 2 hingga 3 dozen penumpang bot berhimpit-himpit di dalam kabin yang tidak lebih besar daripada dapur rumah pangsa mereka di Vietnam. Oleh kerana Kim merupakan orang yang paling muda maka beliau dan ibunya sentiasa dibenarkan berada di dalam kabin. Kim ditimpa sakit cirit birit yang teruk berkemungkinan disebabkan manusia terlalu sesak dan juga dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Sepanjang perjalanan tersebut bot mereka beberapa kali dilanda ribut dan bot mereka menjadi terumbang ambing umpama layang-layang putus talinya.
Disamping menjaga Kim di dalam kabin ibu Kim juga terpaksa meninjau abangnya Thuc berumur empat tahun yang berada di luar.
Menurut Thiet iaitu bapa Kim pula, pada suatu hari bot mereka telah didatangi oleh lanun , dan merampas barang-barang mereka, mereka tidak melawan , jika salah seorang daripada mereka melawan atau ingkar perintah lanun tersebut beerti maut. Lanun tersebut telah memberi amaran jika seorang ingkar bot mereka akan dirempuh dan semua akan karam.
Sewaktu dahaga Van cuma menghidu sahaja bekalan air yang ada kerana beliau menyimpan air itu untuk anaknya. Kadang-kadang Van menyanyi-nyanyi untuk menghiburkan Kim dan dirinya sendiri. Sesungguhnya kehendaknya yang begitu kuat agar anaknya terus hidup memberi satu semangat yang tinggi walaupun berada dalam keadaan yang sangat dhaif , letih,lesu dalam keadaan penumpang bot yang lain berputus asa.
Akhirnya mereka mendarat di sebuah pulau di Malaysia dan kemudiannya dipindahkan ke Pulau Bidong. Mereka mendirikan sebuah pondok daripada bahan buangan dan menjadikan guni dan plastik sebagai atap dan dinding. Abang Kim Thac pula jatuh sakit dan dihantar ke hospital terapung iaitu sebuah kapal Perancis “Limiree” yang berlabuh di tepi Pulau Redang. Hospitan ini merawat pesakit yang tenat akibat terlalu lama hanyut , wanita-wanita yang dirogol secara kejam oleh lanun atau pelarian yang berada dalam keadaan nazak.
Ibu bapa Kim beberapa kali berfikir dan berbincang mereka akan membunuh diri mereka jika kedua-dua anak mereka mati. Apabila sampai di sini mereka juga terfikir apakah sebenarnya kerajaan komunis Vietnam begitu kejam dan perlu ditukarkan dengan nyawa anak mereka untuk datang ke sini ?” Apakah hidup mereka beerti tanpa anak-anak ?”.
Hari ini di pantai Pulau Bidong, Van memakai topi yang sama ketika beliau memakainya sewaktu ditemuduga oleh delegasi Australia dulu. Dia juga meminjamkan topi ini kepada kawannya untuk tujuan yang sama. Dia dapat menunjukkan dengan tepatnya tempat dimana dia memandikan Kim yang sangat kurus pada masa dulu. Bagi bapa Kim pula dia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada menitiskan airmata apabila berada di sini pada hari ini.


Cerita 2
Ketika bot terumbang ambing di lambung ombak Laut Cina Selatan , Nguyen Thi Than meninjau-ninjau ke hadapan dengan wajah yang sungguh serius. 21 tahun yang lalu beliau telah datang ke situ bersama suaminya serta anak-anaknya yang berumur empat, tujuh , sepuluh dan dua belas tahun. Mereka menaiki bot selama tiga hari. Sewaktu melintasi Teluk Siam anaknya telah terkena demam panas, muntah-muntah dan meninggal dunia. “ ketika sakit anaknya ada membisikkan kepadanya bahawa beliau akan mati”. Than meminta kepada tekong bot agar anaknya di bawa ke pantai untuk disemadikan tetapi tidak dapat ditunaikan. Akhirnya penumpang bot telah menjumpai sebuah tong lalu mayat anak itu dihanyutkan ke dalam tong itu.

Cerita 3
Andrew seorang penganalisis komputer yang datang dari Melbourne yang kini berusia 34 tahun membawa bersama kamera yang akan merakamkan segala peristiwa di Pulau Bidong menceritakan .“ Saya datang ke sini sewaktu berumur 11 tahun pada 1981 dan tinggal selama tiga bulan sebelum dibawa ke Australia. Pada satu malam kami sekeluarga meninggalkan rumah untuk ke tempat yang tidak diketahui. Kakak saya memberitahu di sana nanti saya akan diberikan basikal”.
Andrew dan bersama tujuh orang adik beradiknya bersembunyi di sebuah pondok di pinggir Saigon selama seminggu bersama 92 orang lain sebelum di arah berjalan kaki sejauh lima kilometer sepanjang sungai. Mereka menaiki bot yang berukuran 2.5 meter lebar dan 13 meter panjang. Mereka belayar selama empat hari. Pada hari kelima mereka kehabisan makanan, minuman dan minyak menyebabkan mereka kelaparan dan kehausan. Bot mereka hanyut. Akhirnya mereka telah di selamatkan sebuah kapal pengangkut minyak Inggeris yang melalui kawasan itu. Pihak kapal telah menghubungi Singapura untuk menghantar orang-orang pelarian itu tetapi ditolak. Mereka telah di bawa Ke Pulau Bidong. Ketika diselamatkan Andrew bercerita “anak-anak kapal menghulurkan tali kepada kami untuk naik ke kapal mereka. Kami berebut-rebut memanjat kapal itu. Apabila berada di atas kapal kami melihat bot kami terlalu kecil. Sebaik sahaja tali pengikat kapal dibuka kapal itu tenggelam.” Andrew dan adik beradiknya disatukan semula dengan ibu bapanya setelah berada di Australia selama dua tahun.

Cerita 4
Derrick Nguyen berdiri ditepi satu tebing curam sambil merenung ke arah air tempat dimana satu ketika dahulu dia melihat delegasi negara lain mendarat di jeti dan keadaan menjadi riuh rendah dengan teriakan dan sorakan kawan-kawanya. Selepas itu mereka berkumpul untuk menunggu giliran ditemuduga. Berhampiran monumen ini jugala Derrick termenung dan memikirkan nasibnya pada masa akan datang. Satu ketika dia menyaksikan rakan-rakanya dibawa ke daratan Malaysia setelah diberi kebenaran untuk pergi ke negara lain. “ Apabila kawan-kawan saya dibawa pergi dari sinilah saya berlari-lari dan melambai-lambai kepada mereka sehingga mereka tidak lagi nampak di mata. Saya merasa gembira apabila mengenangkan nasib mereka tetapi sedih dan menangis mengenangkan nasib saya tidak terpilih bersama mereka “.

Ahad, 2 November 2008

Kisah Bidong 2

Sister Carol McDonald telah berkhidmat selama enam tahun di kem pelarian Pulau Bidong bermula tahun 1995. Dia mengingat kembali bagaimana seorang budak lelaki berumur 14 tahun menjadi bongkok akibat terlalu lama berada dalam keadaan demikian sewaktu di dalam bot. Budak itu dimaksukkan ke hospital beberapa hari.
Sister Carol merupakan seorang bekas pengetua, beliau telah membuka sebuah sekolah menegah rendah di Pulau Bidong yang menampung kira-kira 600 pelajar. Kelas itu diadakan selama dua jam sehari. “Mereka dalam keadaan kesepian, sedih dan tiada tempat bergantung , terutamanya yang dibiarkan meninggal kampung halaman mereka bersendirian” Katanya.
“Kitalah sepatutnya memujuk, memberi dorongan dan kasih sayang kepada mereka”. Sister carol juga begitu kagum dengan ketabahan yang dihadapi oleh orang-orang pelarian Vietnam ini. Kata Sister Carol “ keadaan pondok tempat tinggal mereka sangat teruk, 15 hingga 18 orang diam dalam satu bilik , penghuninya tidur secara berhimpit-himpit. Tetapi mereka sentiasa senyum kepada kami. Mereka selalu menjemput kami minum teh di dalam cawan yang diubah suai daripada botol sos.
Di sebalik keadaan seperti itu ramai pula yang mengalami penderitaan yang tidak tertanggung dan merayau-rayau dalam keadaan kebingungan.” Seorang wanita datang ke pejabat saya pada satu hari dengan pandangan mata yang cengkung dan tajam” melalui penterjemah saya mendapat tahu bahawa beliau datang ke sini didalam sebuah bot bersama suami dan enam orang anaknya. Sewaktu dalam pelayaran bot mereka telah dipintas oleh lanun. Mereka menaiki bot dan mengacukan pisau ditengkuk anaknya yang berumur empat tahun serta meminta supaya diserahkan anak gadis mereka yang berumur 14 dan 15 tahun termasuk dirinya. Selepas merayu cuma dua orang anak gadisnya yang dibawa lari. Berkemungkinan gadis gadis itu dirogol, dibunuh, dicampak kelaut atau dijual ke rumah-rumah pelacuran tidaklah diketahui nasibnya. “Selepas itu saya selalu bercakap dengannya dan beliau berkata beliau tidak dapat tidur dan merayau-rayau seperti mayat hidup (zombie)”.
Keadaan hidup disini sangat sukar kerana bekalan makanan tidak mencukupi. Walaupun aktiviti memancing dan memetik buah kelapa tidak dibenarkan ,orang orang pelarian disini selalu melakukannya secara curi-curi. Mereka akan didenda sekiranya ditangkap oleh pihak berkuasa.

Kisah Bidong - 1

Oleh Sister Maureen Lohrey

Sister Maureen Lohrey telah berkhidmat selama tiga tahun di Pulau Bidong bersama dua orang lagi Rahib Katollik iaitu Sister Carole Mc Donald dan Sister Joan Cambell untuk membantu orang-orang pelarian Vietnam. Sebelum berkhidmat di sini beliau merupakan guru besar di Melbourne Catholic School Australia. Mereka menggelarkan pasukan mereka sebagau The God Squad atau “Pasukan Tuhan”.
Sister Maureen selalu berada di sebuah pondok berhampiran pantai pada sebelah malam sambil menanti sekiranya ada bot orang orang pelarian Vietnam yang baru tiba. Kerapkali bot yang baru tiba dihalau pula ke laut agar mereka mencari perlindungan di tempat lain oleh pasukan pegawal atau pihak berkuasa Pulau Bidong pada masa itu. Sebagai langkah untuk mengelakkan daripada dihalau ke laut ada juga pelarian Vietnam ini akan membocorkan bot mereka dan mereka percaya orang-orang yang berada di Pulau Bidong akan menyelamatkan mereka. Terdapat juga pelarian yang muncul dan membawa peta yang koyak rabak dan bertanyakan arah dengan penghuni yang ada di Pulau Bidong.
Mengikut Sister Maureen apabila tiba di Pulau Bidong ramai orang pelarian ini tidak mampu berjalan akibat kekejangan kerana terlalu lama duduk atau berbaring di dalam bot. Mereka juga terlalu lemah , kelaparan dann kehausan serta sangat-sangat memerlukan air dan makanan. “ Saya berdiri di sini dan menangis apabila melihat kanak-kanak kecil dan bayi, dalam keadaan kehausan, kelaparan, comot dan sangat ketakutan , saya berasa sangat kasihan dan cuba membantu anak-anak kecil kerana proses untuk mendaftarkan mereka oleh pihak berkuasa mengambil masa yang terlalu lama sebelum diberikan makanan dan tempat tinggal”.
Kisah-kisah mengenai perpisahan yang memilukan, gadis-gadis diculik sewaktu di laut, orang-orang tua mereka ditinggalkan di negara asal mereka menjadi teka teki samada mereka dapat bertemu semula atau menjadi perpisahan buat selamanya menjadi bualan harian mereka di sini.
Untuk mengurangkan bebanan penderitaan yang ditanggung oleh kanak-kanak serta menghiburkan hati mereka ini Sister Maureen kerapkali mengadakan permainan sukaneka untuk kanak-kanak di disini. Pada satu ketika seorang gadis berusia 16 tahun pengsang apabila melihat darah kesan daripada terkena batu karang. Apabila dia sedar semula barulah diketahui gadis ini mengalami pengalaman yang sungguh menggerungkan. Dia merupakan salah seorang daripada dua orang yang tidak dibunuh oleh lanun sewaktu dalam pelayaran ke sini. Seorang lagi merupakan seorang lelaki tua. Dia menyaksikan bagaimana lanun tersebut mengerat jari untuk mengambil cincin dengan menggunakan parang panjang serta menetak orang-orang yang bersamanya di dalam bot. Dia berpura-pura mati dan mengapungkan diri di dalam air. Sister Mauren menjaga gadis ini dan membantu mempercepatkan proses mencari tempat perlindungan. Akhirnya gadis berkenaan dihantar ke Carlifornia.
Ketika Sisterr Maureen berada di Pulau Bidong istilah “orang-orang pelarian” didefinisikan semula berdasarkan situasi Negara Vietnam. Beliau menyatakan “ Pada 13 Mac 1989 ,satu pengumuman telah dibuat melalui pembesar suara , sebarang bot yang tiba mulai hari ini tidak lagi dikira sebagai orang-orang pelarian”. Orang-orang pelarian yang masih tinggal di sini semakin merasa tertekan untuk mendapat perlindungan di negara lain. Mereka cuma berserah kepada takdir. Satu peristiwa 20 orang pelarian Vietnam telah mengadakan mogok lapar, mereka memakai ikat kepala yang bertulis “Bebas atau Mati”. Pasukan keselamatan cuma memerhatikan mereka dari sebuah bot berhampiran pantai. Apabila loceng dibunyikan menandakan orang –orang pelarian perlu kembali ke kediaman masing-masing seorang kebanyakan penunjuk perasaan kembali ke kediaman masing-masing, tetapi seorang penunjuk perasaan telah melukakan perutnya sendiri. “Saya segera mendapatkannya untuk membantu tetapi saya telah ditolak dengan keras” cerita Sister Maureen. Mereka mengesat darah dengan menggunakan bendera Vietnam. Lelaki ini sempat diselamatkan.
Selepas proses temuduga oleh beberapa delegasi daripada beberapa buah negara untuk mendapat perlindungan kekal ,mereka terpaksa menunggu keputusan selama tiga bulan atau lebih. Sekiranya terpilih nama mereka akan diumumkan dengan pembesar suara. Apabila mendapat surat daripada pihak berkuasa di sini mereka kebanyakannya menjadi gentar seolah-olah akan menerima hukuman mati dan takut untuk membuka sampul surat berkenaan. Kerapkali juga mereka meminta Sister Maureen untuk membuka surat berkenaan.

Tales from Bidong's 30 years later

Mulai hari ini saya aka menghantar kisah-kisah orang pelarian Vietnam yang pernah satu ketika menjadi "tetamu kita" .Bagi sesetengah orang perkara ini dianggap remeh dan tak perlu di ambil tahu. Sebagai pendidik saya rasa amat rugi sekiranya kita tidak ambil tahu apa yang berlaku di "depan mata kita " sedangkan orang lain berlumba-lumba datang ke sini mengkaji , menulis, menghasilkan semula karya-karya dalam bentuk novel atau filem dan sebagainya. Peristiwa yang berlaku selama 16 tahun iaitu dari tahun 1975 hingga 1991 itu sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kerajaan kita dan juga masyarakat. Amat sedikit sekali bahan rujukan dan bahan bacaan dalam bahasa melayu. Semoga sedikit sebanyak catatan di sini memberikan kita satu perspektif baru terhadap pelarian Vietnam dan tragedi kemanusiaan di seluruh dunia sebagai satu iktibat. Cerita dalam versi Inggeris sila klik Tales From Bidong's. Semua cerita di sini adalah diambil dari internet dan dialih bahasakan. Segala kesilapan terjemahan dipohon kemaafan jua.

Isnin, 13 Oktober 2008

Yang Tersurat Yang Tersirat

"Bahawa ini surat pada menyatakan maka adalah kita Sultah Husin Syah bin Almarhum Sultan Mahmud Syah, sultan Johor dan Pahang, iaitu Sultan negeri Singapura mengaku dalam surat ini bahawa sesungguhnya maka adalah dengan suka-suka hati kita telah menyerahkan negeri Singapura ini serta perintah-perintahnya sekali kepada \ Kompeni Inggeris, adanya. Syahdan lagi adalah pula perjanjian Kompeni kepada Sultan : Maka jikalau kiranya Sultan hendak berpindah dari negeri Singapura ini ke negeri lain melainkan Kompeni memberi hadiah tiga puluh tiga ribu ringgit dan kepada Temenggung dua puluh enam ribu delapan ratus ringgit. Dan lagi, adalah perjanjian Kompeni Inggeris memberi belanja kepada kita pada sebulan seribu tiga ratus ringgit besar dan kepada Temenggung pada sebulan tujuh ratus ringgit . Bermula adapun pemberian Kompeni Inggeris yang tersebut pada sebulan-bulan itu, iaitu selagi ada hayat Sultan sahaja. Bahawa surat perjanjian ini diperbuat dalam negeri Singapura kepada dua hari bulan Agustu tahun Masihi 1824",

Sumber : Hikayat Abdullah, Karya Agung , Susunan Kassim Ahmad ( M/s 305)

Isnin, 22 September 2008

Perbandingan 2

Orang Cina Merana Kerana Judi

Orang India Merana Kerana Mabuk Todi

Orang Melayu Merana Kerana sibuk Kenduri

Fikir-fikirkan ?????

Sumber : Cikgu Goh seorang guru cina, sahabat baik aku.

Ahad, 21 September 2008

Perbandingan 1

Orang putih sewaktu keseorangan dia menyelidik, bila ramai mereka menjajah.

Orang Cina sewaktu keseorangan dia berkebun, bila ramai mereka berniaga.

Orang Melayu sewaktu keseorangan dia tidur, bila ramai mereka mengumpat.

Betul, salah, kadang-kadang, jarang-jarang ...... fikir-fikirkan !!! Caye tak ape tak caye pun tak ape.

sumber ; juruhebah radio tempatan

Khamis, 18 September 2008

10 Perkataan Yang Boleh Merubah Persepsi Orang Lain

Kalau satu katakan "please"
Kalau dua katakan "thank you"
Kalau tiga katakan "I love you"
Kalau empat katakan "may i help you"

Kalau dicampur jadi sepuluh. Selamat mencuba.

Sumber : the 8th habits , stephencovey

Pengenalan Blog Ini

Salam Hormat, Saya mengucapkan selamat mengunjungi blog ini. Blog ini diwujudkan sebagai kesinambungan dan pakatan strategik dengan blog rakanmppp.blogspot.com. Memandangkan blog rakanmppp boleh dikatakan sudah bernafas dengan selesa, terdapat pula saranan rakan-rakan saya yang bukan daripada rakanmppp 90/92 yang menghendaki supaya blog ini di perluaskan. Oleh yang demikian dengan rasa berbesar hati saya menjemput kawan-kawan saya yang mengenali diri saya atau yang belum mengenali diri saya untuk menyertai blog ini. Kepada kawan-kawan mppp 90/92 kita kekal di sana. Terima Kasih . Wassalam.